Dalam hidup ini jangan pentingkan diri sendiri, tidak kiralah dalam apa urusan sekali pun. Pelakon Adam Corrie turut berkongsi nasihatnya melalui postingnya di Facebook.
Namun katanya, “jangan ikut jika rasa dia salah, saya hanya cina muslim, bukannya pandai dalam bab agama.” Luahnya begitu bersederhana dalam menyampaikan nasihat dan berdakwah.
Ikuti perkongsian Adam Corrie ini dan fahami sebaiknya apa yang cuba dia sampaikan: Kalau kita makan bawang putih telah menyebabkan mulut kita berbau, kita tak boleh pergi solat di masjid kerana mengganggu orang lain beribadat.
Bukannya Pandai Dalam Bab Agama
Begitulah juga kalau perkara kita dalam situasi berpenyakit atau berbahaya… Tidak boleh datang masjid jika kita boleh memudaratkan orang lain.
Nak beribadat sangat dituntut dan disukai Allah tetapi pentingkan diri sendiri dan membahayakan diri sendiri dan orang lain itu tidak baik dan tidak disukai Allah.
Saya berbangsa Cina, kebanyakan masakan cina letak bawang putih banyak. Sebab ia berkhasiat. Tetapi saya perlu pandai pilih waktu makan bila, tempat dan kuantiti.
Supaya saya tidak membuatkan keadaan sekeliling kurang selesa dengan saya. Bersederhana dalam semua perkara.
Jangan Ikut Jika Rasa Salah, Saya Hanya Cina Muslim
Jangan ikut cakap saya jika tuan, puan rasa salah. Saya hanya Cina Muslim , bukannya pandai bab agama…
Senyum selalu Selalu bersangka baik Insyallah hati tenang Qanaah, asal punya rasa cukup Hidup ini pasti indah . #notahariini#pesansangkhalik#janganpentingkandiriwahaidiriku #adamcorrie . Hari ini cancel shooting. Sebab PKP Sambung lepas PKP Ini gambar semalam ketika shooting di masjid kawasan cyberjaya.
MW: Hidup ini menjadi mudah jika memudahkan, jangan pentingkan diri sendiri hingga mengabaikan keselamatan orang lain. Bersederhanalah dalam apa jua yang mak,ayah lakukan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Ibu ini, Siti Nur Ashima Makhatar, 28 sedang sarat mengandung anak keempat. Dalam masa yang sama, anak bongsunya, Nur Syifa Aulia Mohd Firdaus, setahun disahkan kanser tisu tahap empat.
Sejak Mei lalu bayi perempuan ini terus menahan derita, menangis bila kesakitan menyerang.
Ubat tahan sakitlah jadi menenang sementara buat anak bongsu daripada tiga beradik itu.
Sementara ibu ini berada di wad menjaga si kecil, anak yang lain-lain berada di bawah jagaan ayahnya, Mohd Firdaus Abdul Rahim, 32. Masing-masing berusia 8 dan 3 tahun.
Suaminya pula terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan, memandangkan dia perlu berulang alik dari rumah di Kampung Kubang Golok, Bachok ke hospital dengan motosikal.
Sebelum Sah Kanser Tisu.. Mulanya Demam Panas, Keluar Benjolan Dan Makin Membesar
Nur Syifa mulanya alami demam panas berpanjangan. Dari bulan April dia demam. Sehinggalah keluar benjolan dekat kiri leher dan makin lama makin membesar.
“Saya bawa anak ke klinik berhampiran dan doktor beri ubat antibiotik.”
“Melihat keadaan anak tidak berubah, saya membawanya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.”
“Selepas sampel diambil, doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser tisu.”
Sehingga hari ini, Nur Syifa sudah 7 kali jalani rawatan kimoterapi. Dan keadaannya masih sama.
“Setiap hari benjolan di leher makin membesar. Sebab tak mampu telan makanan, anak saya terpaksa bergantung dengan susu.”
Sayunya, Siti Nur Ashima dijangka bersalin Disember ini. Kalau bukan dia siapa lagi yang akan menjaga Nur Syifa di hospital. Tentulah berpantang bagi ibu ini bukan lagi keutamaan untuknya.
Perlu Guna Duit Sendiri Beli Susu, Lampin Pakai Buang..
Baru-baru ini, Siti Nur Ashima menerima bantuan dari Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak (PEKA) HUSM dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk tampung kos rawatan anaknya.
“Cuma untuk susu dan lampin pakai buang, saya kena guna duit sendiri. Ada yang dari bantuan keluarga dan orang ramai.”
Pembaca Mingguan Wanita yang bersimpati dengan ujian ibu sarat mengandung diuji anak sakit ini, boleh hulurkan sumbangan ke :
Raya hanya berbaki sekitar seminggu lagi. Dengan kelonggaran PKP, pastinya ada yang memasang niat untuk menziarahi keluarga (bagi yang tinggal berdekatan). Tetapi bila berpeluang untuk ziarah tu, jagalah adab dan tutur kata. Raya musim PKP ni, pastikan anda kekal menjaga penjarakan sosial, tak perlu adegan salam laga-laga pipi,bersentuhan tangan, pastikan anda memakai topeng muka serta sentiasa memastikan tangan dalam keadaan bersih. Bagi yang tak sihat, dinasihatkan batalkan saja keinginan nak berziarah atau menerima tetamu. Begitu juga menziarahi mereka yang baru menyambut kelahiran bayi. Jika tak ada keperluan, tak ziarah pun tak ada siapa yang berkecil hati. Sebab masing-masing aware dengan pandemik ini. Berziarah tetapi patuhi lah SOP PKP dan sentiasalah berjaga-jaga. Selain menjaga diri, diingatkan jaga juga perilaku dan tutur kata. Pesanan Dr Redza Zainol ni ada benarnya juga dan boleh dijadikan panduan.
Setiap hari, hidup saya dipenuhi dengan bayi. Maklumlah, jaga wad bayi. Hehe. Sehari boleh pegang, belek-belek sampai 30-40 bayi. Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi.
Kalau nampak bayi yang baru lahir, tak payah nak main cak cak dengan bayi tu. Dia belum pandai lagi nak main cak cak. Mata bayi tu baru boleh tengok bayang-bayang je.
Jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Bayi ni sistem imun dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.
Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejala tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.
Jangan tegur bayi tu mata dia juling. Kebanyakan bayi ni, kedudukan mata dia akan jadi normal semula selepas umur 4 bulan. Kalau masih juling selepas umur 4 bulan, boleh dirujuk pada doktor mata.
Kurangkan bagi tips itu dan ini pada ibu muda. Kalau dia tanya, bolehlah kita kongsi tips dan pengalaman. Yang lebih penting ialah sokongan moral dan mental. Kita ada di situ, dah cukup untuk buat dia rasa selesa.
Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi. Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi.
Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS).
Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.
Ni paling selalu pelawat buat. Mak tu berjam-jam susukan anak sebab nak bagi anak dia tidur. Kita pula datang terus kejutkan bayi. Memang boleh bikin mak tu naik gila dan stress.
Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Kadang-kadang kita tak sengaja sebab excited sangat nampak baby kan.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai yang lebih prihatin masa pergi melawat rumah keluarga terdekat semasa Raya ni.
Bukan kejadian pertama, kematian Rayan jatuh perigi mengimbau tragedi lama yang pernah berlaku sebelum ini.
Pemergian Rayan bukan saja ditangisi keluarga, malah seluruh dunia merasai kesedihan yang sama biarpun tidak pernah mengenali dan juga tidak memiliki pertalian.
Kehilangan Rayan menyatukan semua orang apabila masing masing berdoa tanpa putus dan dari semasa ke semasa mengikuti perkembangan anak syurga ini dari jauh. Namun Allah lebih menyayanginya. Al Fatihah.
Bukan Kejadian Pertama
Kematian Rayan Awram yang terjatuh dalam perigi sedalam 32 meter mengimbau tragedi sama yang berlaku di Arab Saudi.
Arab News melaporkan Rayan yang berusia lima tahun jatuh ke dalam perigi di kampung Ighrane di wilayah Chefchaouen Maghribi pada petang Selasa lalu.
Pada Disember 2013, Lama Al-Rouqi, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Arab Saudi terjatuh ke dalam perigi terbiar berhampiran bandar utara Tabuk.
Mayat kanak-kanak kecil itu ditemui tersangkut hampir 40 meter di bawah telaga sedalam 100 meter itu.
Kanak-kanak itu bersama keluarganya sedang berkelah sebelum kejadian.
Mengimbau Tragedi Lama
Teknologi moden termasuk kamera inframerah digunakan untuk menentukan lokasi sebenar Lama di dalam telaga.
Walaupun penyertaan syarikat minyak gergasi Saudi Aramco dalam pencarian, semua percubaan menyelamat terbukti tidak berjaya.
Mayat kemudiannya ditemui selepas operasi mencari yang panjang.
Ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat itu mengesahkan Lama meninggal dunia di dalam perigi itu.
Pada masa itu, Pertahanan Awam Saudi menyalahkan geografi kawasan dan diameter kecil telaga yang berukuran kira-kira 50 sentimeter atas kelewatan usaha menyelamat.
Ia menjadi penyebab utama yang dihadapi pasukan penyelamat termasuk kualiti tanah dan kedalaman telaga.
Kematian Rayan Jatuh Perigi
Beberapa tahun sebelum kejadian, Pertahanan Awam berkata, seorang lelaki yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 10 meter bernasib baik diselamatkan.
Berikutan kematian tragis Lama, sebahagian anak muda di Arab Saudi melancarkan aplikasi telefon yang menyumbang secara berkesan untuk mengurangkan insiden terjatuh dalam perigi di republik itu.
Permohonan itu melonjak popular selepas kematian Lama menjadi berita global.
Aplikasi yang dipanggil Lama menyediakan platform yang mudah digunakan untuk melaporkan sebarang telaga yang tidak diketahui ditemui oleh individu atau pihak berkuasa.
Aplikasi ini boleh berfungsi walaupun tanpa sambungan internet.
Tersedia pada kedua-dua sistem Android dan iOS, aplikasi itu boleh membantu Pertahanan Awam mencari telaga terbiar dengan mudah untuk menimbus dan memusnahkannya.
Kejadian Yang Sama Berulang
Beberapa insiden perigi lain juga berlaku di Arab Saudi pada tahun sebelumnya.
Pada 2012, seorang wanita berusia 30 tahun terjatuh ke dalam perigi di kampung Umm Al-Doum di Taif.
Dalam kes lain, Rehab Al-Ofi berusia empat tahun juga diselamatkan dari perigi terbiar sedalam 60 meter di kampung Al-Qusaiba di wilayah Madinah.
Bagaimanapun, kejadian seperti itu semakin jarang berlaku berikutan keputusan pihak berkuasa Saudi untuk menimbus atau memusnahkan semua telaga yang tidak digunakan di sekitar republik itu.
Mingguan Wanita : Sesungguhnya Kuasa Allah mengatasi segalanya. Walaupun pelbagai teknologi canggih digunakan dalam operasi menyelamat sebelum ini, namun tetap gagal.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...