Kejadian LRT bertembung, seorang bapa yang dihubungi anaknya dengar suara jeritan orang lain melalui telefon, syukur anak sendiri selamat biar pun tidak mengetahui keadaan sebenar anaknya sekarang.
Dalam kejadian pada jam 8.45 malam semalam, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru melibatkan satu tren yang membawa penumpang serta sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.
Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bapa Dengar Suara Jeritan Melalui Telefon
Salah seorang ahli keluarga mangsa kemalangan tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dikejutkan dengan suara tangisan dan jeritan anaknya yang menghubunginya semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.28 malam itu, mangsa, Nur Fashilah Al Jiilah, 25, sempat menghubungi bapanya, Kamarozaman Jamaludin, 55 memaklumkan kejadian itu.
Kamarozaman berkata, semasa menerima panggilan daripada Nur Fashilah kira-kira jam 8.28 malam, dia dapat merasakan sesuatu tidak diingini berlaku membabitkan anak sulungnya itu.
LRT Bertembung
“Anak saya memaklumkan tren dinaikinya terbabit dalam kemalangan dan pada waktu itu saya hanya mampu berdoa serta berpesan supaya tenangkan diri dan banyakkan beristighfar.
“Malah, lebih sayu apabila saya sendiri dapat mendengar jeritan dan tangisan mangsa-mangsa lain yang terbabit dalam insiden berkenaan,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, anaknya itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Jalan Ampang ke rumah mereka di Klang.
“Perbualan anak juga terganggu dan dia kerap ulangi perkara sama, mungkin sebab trauma.
“Sekarang dia sedang dirawat, kakinya tidak boleh bergerak, saya sendiri tidak pasti keadaan sebenarnya kerana dia tidak banyak bercakap,” ujarnya.
Bagaimanapun, Kamarozaman berkata, dia dan keluarga bersyukur kerana Nur Fashilah terselamat dalam kemalangan itu dan menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuan Ilahi.
Ads
“Gambar dan video yang tular itu menunjukkan ada darah yang mengalir, tetapi anak saya selamat,” katanya.
Mangsa Akan Terima Bantuan Khas
Bantuan khas RM1,000 akan diberikan kepada 213 mangsa yang terlibat dalam melibatkan dua tren di Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau turut memaklumkan, pihaknya juga akan memberi jaminan akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan LRT.
MW: Semoga dipermudahkan semua urusan mangsa. Diharap pihak berkenaan terbuka dalam menambah baik kemudahan sedia ada dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan LRT.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Dr Janefer – “Tiada Kesan Lebam, Tanda Penderaan Pada Tubuh Zara Qairina.” Prosiding inkues kematian remaja, Zara Qairina Mahathir, 13, pada Selasa mendengar keterangan daripada Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Janefer Voo, yang menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu.
Dr Janefer – “Tiada Kesan Lebam, Tanda Penderaan Pada Tubuh Zara Qairina”
Menurut saksi ketiga itu, mangsa dibawa masuk ke Jabatan Kecemasan pada jam 4.38 pagi selepas ditemui di tingkat bawah asrama sekolah. Hasil pemeriksaan awal mendapati pesakit tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius di bahagian kepala.
“Pesakit patah tulang tertutup pada pergelangan tangan kiri, patah tulang terbuka pada buku lali sebelah kaki kiri dan patah tulang tertutup pada buku lali sebelah kaki kanan,” katanya.
Dr Janefer berkata, beliau turut mendapati terdapat luka berdarah dan bengkak pada bahagian belakang kepala mangsa. Susulan itu, “Trauma Alert” diaktifkan pada jam 4.42 pagi bagi mendapatkan rawatan segera daripada pasukan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan dan Anestesiologi, sementara proses resusitasi dijalankan.
“Hasil pemeriksaan saya, pesakit disyaki mempunyai kecederaan otak yang teruk terdapat kecederaan pada bahagian belakang kepala dan patah tulang pada kedua-dua buku lali dan pergelangan tangan kiri, dan disyaki mempunyai pendarahan dalaman,” jelasnya ketika membaca keterangan bertulis di Mahkamah Koroner.
Beliau menambah, keadaan tekanan darah pesakit yang terlalu rendah menimbulkan syak wujud kecederaan dalaman akibat hentakan kuat.
“Hasil pemeriksaan saya, tiada sebarang kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit, hanya ada kecederaan pada bahagian belakang kepala dan patah tulang di tangan kiri dan kedua-dua buku lali,” katanya.
Selepas pesakit melalui rawatan kecemasan termasuk imbasan pengimejan, beliau mengesahkan Zara Qairina mengalami pendarahan pada otak, patah tulang terbuka pada buku lali dan tumit kiri, patah tulang tertutup di tangan kiri dan kaki kanan, keretakan pada tulang belakang lumbar dua, tiga dan empat, selain terdapat darah beku pada bahagian pinggul serta otot psoas kiri.
Sejak kembali bekerja ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang ketara kelangsingannya, makin kurus malah cantik berseri-seri merah-kemerahan wajahnya. Banyak juga cerita langsing penyanyi nombor satu negara ini boleh dibaca. Petuanya tentu-tentulah kerana Siti Aafiyah. Menunaikan tanggungjawab sebagai ibu Siti Aafiyah, itulah buatkan lemak-lemak degil yang dikumpul semasa hamil mudah menjauh pergi.
Bak kata Datuk Seri Siti Nurhaliza, melalui fasa seorang ibu itulah punca tubuhnya kembali langsing. Namun, selain faktor itu, ada 3 orang wanita yang membantunya melalui tempoh berpantang dengan betul. Ya, berpantang dengan betul inilah yang membantu seorang ibu lepas bersalin mendapatkan kembali bentuk tubuh bak anak dara.
Dalam instagramnya, beliau berkongsi. “Sewaktu hamil dahulu, saya berdoa agar proses kehamilan dan bersalin saya berjalan baik dan selamat.”
“Alhamdulillah. Selepas melahirkan, saya sangat bersyukur kerana ada insan-insan yang menjaga dan mengambil berat soal penjagaan berpantang, pemakanan dan juga menjaga anak saya, Aafiyah.”
Terima Kasih Kerana Kenalkan Saya & Aafiyah..
Ramai juga sedia maklum, ibu Siti Aafiyah ini menggunakan khidmat penjagaan berpantang dari Natalis Mother Care. Bukan saja soal penjagaan ibu dan bayi, malah pemakanan berpantang juga merupakan satu hal yang amat dititikberatkan.
“Saya harus dan ingin berterima kasih kepada @natalismothercare iaitu Puan Suzi dan saudara Danish yang memperkenalkan Kak Susi, Kak Nor dan Ira kepada saya dan Aafiyah.
“Saya tidak nafikan, mereka ini menjadi tulang belakang saya sehingga ramai yang memberi komen mengenai penampilan terbaru saya selepas bersalin. In sha Allah saya akan terus menggunakan khidmat mereka selepas ini walaupun akhir Mei ini, perkhidmatan mereka akan tamat.
“Namun, saya pasti akan membuat rawatan susulan nanti. Jika anda puji dan komen saya nampak kurus sekarang, mereka inilah salah satu sebabnya selain melalui fasa baru sebagai seorang ibu, berjaga malam, menyusukan bayi, tidak cukup rehat dan sebagainya.”
“Terima kasih di atas layanan, khidmat, bantuan dan kerjasama @natalismothercare selama hampir 2 bulan setengah bersama saya.”
Ramai Peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza Kata ‘Langsing Macam Anak Dara’
Dalam apa pun rutin penjagaan berpantang, disiplin itulah yang paling utama. Kalau diri sendiri tak betul-betul kuat semangat dan kental. Memang sukar untuk mendapatkan kembali tubuh idaman bak anak dara.
Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah buktikan, dengan rutin penjagaan berpantang inilah impian langsing berjaya. Jadi mak-mak yang masih ragu-ragu dengan rutin 44 hari berpantang, ambil contoh dari kisah artis kesayangan Malaysia ini ya.
Peminat puji penampilan terkini Datuk Seri Siti Nurhaliza
Peminat puji penampilan terkini Datuk Seri Siti Nurhaliza
Peminat puji penampilan terkini Datuk Seri Siti Nurhaliza
“Apa kau buat dekat anak buah kami…pembunuh, kami mahu keadilan,” itu ungkapan yang kedengaran dilontarkan oleh beberapa individu dipercayai ahli keluarga bapa kandung mangsa melaungkan takbir dan berteriak pembunuh.
Seorang bapa tiri dan isterinya didakwa di Mahkamah Majistret atas satu pertuduhan membunuh anak sulung wanita itu, dua minggu lalu.
Tangsian Si Ibu
Pengawal keselamatan, Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, dan suri rumah, Norfazira Radzi, 30, yang memakai baju hitam, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Chai Guan Hock.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan suami isteri berkenaan kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize, 8, di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, pada jam 11.51 pagi hingga 3.51 petang, 17 Ogos lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.
Sekiranya tidak dihukum gantung, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Izariah Zainal manakala pasangan tertuduh berkenaan tidak diwakili peguam.
Guan Hock tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes untuk laporan kimia serta bedah siasat, pada 16 Oktober depan.
Sebelum ini media melaporkan, hasil siasatan polis mendapati, kanak-kanak malang itu dipercayai dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga maut.
Mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.
Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga meninggal dunia.
Hasil siasatan mendapati, mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh. Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka, bibir, paha, dagu dan lutut.
Susulan itu, polis menahan bapa tiri dan ibu kandungnya di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Kisah mengharukan tentang Dr Siti Ruqyah Adnan yang kehilangan ayahnya beberapa jam sebelum konvokesyen, namun tetap bangga menunaikan impian ayah untuk melihatnya bergelar doktor.