Pandangan mata anak tak pandai berbohong. Apa yang dia nampak, itulah yang dia fikirkan. Sebab itulah bila nampak orang pakai kereta besar, ada rumah besar, anak akan fikir betapa kaya pemiliknya. Begitu jugalah yang difikirkan anak kedua ini.
Anak kedua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Abdul Muiez Ruslee ini bertanyakan soalan ‘deep’ kepada ayahnya. Tentang ciri-ciri kemewahan seseorang pada pandangan matanya. Dan jawapan ayah ini menyedarkan kita, bahawa setiap kita pernah juga melalui situasi yang sama.
Cuma sebagai orang tua, macam mana sepatutnya kita ‘handle’ pertanyaan anak itu.
Saya terdiam. Betullah apa yang dia kata. Dia nampak rumah besar, kereta besar. Firasat anak-anak mesti beranggapan bahawa pemiliknya adalah orang kaya. Tetapi mereka tidak nampak, apa yang pemilik itu perlu lepaskan untuk mendapat kesenangan itu
Fikiran saya melayang kembali ke zaman sekolah dahulu. Jujur saya katakan, saya agak rendah diri dengan kawan-kawan kerana kereta ayah saya biasa-biasa saja.
Bila mak ayah mahu pulang selepas melawat saya di asrama, cepat-cepat saya berundur. Jahatnya saya, kan?
Semakin berganjak usia, barulah nampak kenapa kereta mak ayah saya tidak sebesar kereta orang lain.
Ads
Kami punyai rumah selesa. Semua adik beradik mempunyai bilik sendiri. Tidak pernah berkongsi.
Makan pula selalu sedap.
Mak ayah memilih kereta sederhana kerana ingin memiliki bahagian kesenangan yang lain. Bagi mak ayah, kereta tidak sepenting rumah. Ya, inilah namanya pilihan.
Inilah Pilihan Orang Tua Kita..
Sekarang, anak saya pula selalu sebut, “besar kan kereta tu?” Sambil jari menuding ke arah Vellfire.
“Nanti dah besar, Iman nak beli kereta macam tu.”
Saya menjawab ringkas. “Baba mampu je beli kereta macam tu. Tapi lepastu kita makanlah pasir.”
Kami sama-sama ketawa.
Ads
Saya pesan kepada anak. “Walaupun kereta kita kecil, tapi setiap bulan pasti kita akan ke Perak dan Negeri Sembilan untuk balik kampung. Ada masa pula kita akan pergi melancong.”
Ya. Itulah namanya pilihan. Dengan pendapatan yang tak seberapa, mana mungkin kita miliki semuanya.
Sebagai ibu bapa, kami perlu ceritakan pada anak tentang kemampuan kami, tentang kerja kami, juga tentang perbelanjaan kami.
Kadang-kadang, bila ada jemputan ceramah, anak akan bertanya. “Baba nak ke mana?” Jawab anak yang lain pula, “baba nak cari rezeki.”
Bila anak-anak nak beli sesuatu, mereka akan sebut, “nanti mama dah gaji, mama belikan ya.”
Ads
Biarpun Mak Ayah Mampu, Elak Beri Anak Kemewahan Melampau
Benar kawan-kawan. Biarpun kita mampu, elakkan daripada memberi kemewahan yang melampau kepada mereka. Mereka perlu faham betapa susahnya ibu bapa mencari wang. Biar mereka pasakkan dalam fikiran, untuk dapatkan sesuatu perlu berusaha.
Supaya apa?
1. Supaya mereka tidak membandingkan hidup mereka dengan kawan lain.
2. Supaya mereka tidak berasa rendah diri jika hidup mereka tidak semewah rakan lain.
Ibu ayah sekalian.
Dalam tiga perkara yang kita bagi, pastikan satu kita katakan tidak. Agar mereka tahu, kita tidak akan boleh dapat semua yang kita mahu.
Pesan juga kepada mereka, satu hari nanti, mereka perlu melepaskan pegangan dan pengharapan kepada ibu bapa kerana mereka perlu belajar satu perkara. Erti tanggungjawab.
MW : Ajari anak hidup ini bukan glamour semata-mata. Sebaliknya, tanggungjawab itulah perlu jadi pegangan asas untuk menentukan hebat atau tidak seseorang yang bergelar insan.
Suami orang di kaca mata wanita yang masih single atau bahasa mudahnya penyondol, pendek kata serba-serbi nampak sempurnalah. Tiada cacat cela dan sangat secocok dijadikan pilihan suami.
Padahal kalua dia lelaki sempurna tidak ada maknanya dia sanggup menduakan isterinya memilih wanita lain di luar sana. Oleh itu sebelum memilih suami orang, selidik dulu reality sebenarnya.
Keperibadian “suami orang” dari kaca mata penyondol…
“Suami orang ini caring…” – Sebenarnya, kalau dia caring, tidak adanya isteri dia hendak makan hati dengan perangai dia…
Caring untuk benda yang belum dapat dan sudah tidak caring untuk benda yang sudah dapat, yang sudah beranak-pinak…
“Suami orang kewangan stabil…” – Nampak stabil lah sebab ada isteri yang bayar hutang-hutang lain… Keperluan dapur, yuran anak semua isteri tanggung…
Tengah bulan siap minta duit isteri lagi sebab duit sendiri sudah hbis…
Pendek Kata Serba-Serbi Nampak Sempurnalah
“Suami orang penyayang…” – Dia sayang isteri dia sebelum kahwin saja… Lepas kahwin, kerja rumah semua isteri buat sendiri…
Di mana “sayang” dia pada isteri? Anak-anak semua isteri yang uruskan dan besarkan… Di mana “sayang” dia pada isteri kalau dia biar isteri tanggung sorang-sorang?
“Suami orang romantik…” – Allahuakbar! Kau tanya bini dia bila last dia bawa keluar pergi candle light dinner, sambut anniversary, bagi hadiah birthday…
Tarikh-tarikh penting pun lupa, romantik celah mana???
“Suami orang pandai ambil hati…” – Adik, tidak ada lelaki yang tak pandai ambil hati selagi dia tak dapat adik… Apa yang dia buat itu, tujuannya nak bagi dapat saja adik… Nak ngap saja… Janji lepas rakam, delete…
“Suami orang pandai buat lawak, jenis humor…” – Bini dia gelak masa tengok maharaja lawak dan parodi saja adik… Kalau tengok dia, nak senyum pun susah, apatah lagi nak gelak…
Nak buat-buat gelak pun tak boleh…punya tak lawak…
“Suami orang ini berpengalaman…” – Kau ambil yang bujang pun, tidak ada pengalaman pun, mengandung juga nanti…
MW: Memanglah suami orang datang dengan pakej lengkap, namun sebaliknya Ketika bersama isteri dan anak-anaknya manalah kita pernah ambil pedulu. Selidik dulu, jangan sampai tersalah memilih calon suami iya.
Perasan tak, ada masa tertentu anak nampak terlalu hyperaktif. Bagi nasihat dan marah pun tak ‘makan saman’. Ada saja yang mak-mak naik angin.
Kadang-kadang terfikir juga kenapa anak boleh hyperaktif tiba-tiba. Sedangkan sebelum ini ok saja, masih mampu dikawal. Ada masanya pula siap bergaduh dengan adik beradik yang lain.
Mak-mak terfikir tak, apa yang mereka makan dan apa yang telah mak ayah beri pada dia. Mungkin kita rasa makanan dan minuman yang biasa-biasa diambil.
Rupanya, ada makanan dan minuman yang anak makan atau mak ayah beri ini mengandungi maltodextin yang lkita sendiri tanpa sedar ada dalam makanan yang biasa kita bagi.
Apa yang dikatakan dengan maltodextrin ini. Dr Mazliana Mazlan ada kupasannya.
Tak sangka, dalam aiskrim vanila pun ada maltodextrin. Waktu saya baru nak ambil tahu pasal pemakanan sihat, sibuk betul belek label makanan ini minuman itu. Lepas tu terkejut sendiri dengan bahan ramuan makanan yang biasa dimakan sebelum ni.
Maltodextrin ni pengganti gula, walau nama tak nampak macam gula langsung pun.
Asalnya dari kentang, jagung dan gandum. Semua ni datang dari sumber GMO (Genetically Modified Organism) dan sangat tinggi proses.
Kesan buruknya bila anak makan, lebih dua kali ganda dari gula biasa. Mencanak-canak naik gula dalam darah tau. Sangat tak sesuai untuk orang dewasa yang ada kencing manis atau penyakit metabolik lain.
Glycemic index untuk gula putih, baru 60-70 je. Tapi maltodextrin sampai 110.
Sebab tu kita kena elak, terutama dari anak-anak kecil kesayangan kita, yang baru nak kenal makanan tu.
Bila gula tinggi, akan tinggi jugak radang pada badan anak. Banyak penyakit akan mula timbul bila anak meningkat dewasa. Antaranya, obesiti.
Anak-anak suka makan ni.
Ini sup cendawan segera masuk air dan serbuk, siap sup cendawan.
Kandungan nya dalam aiskrim.
Limitkan Untuk Anak
Gula biasa pun kita dah cuba limit dari anak, apatah lagi maltodextrin ni. Banyak sangat makanan ultra processed yang ada kandungan maltodextrin. Cuma kita je tak perasan, sebab tulisan bahan ramuan biasanya halus mulus sangat sampai tak terbaca kan.
Kadang anak terlebih hyperaktif.
Kadang anak selera sungguh makan apa saja sampai berat badan bertambah.
Kadang lama betul sakit anak tak baik-baik.
Perhatikan semula, makan minum apa yang kita beri pada anak. Belek balik label, mungkin ada jugak kandungan maltodextrin dalam makan minum anak kita.
Cuba elak sebaiknya makan minum anak dari maltodextrin. Banyak kesan jangka masa panjang, yang kita dapat ubah kalau bertindak sekarang, insya Allah.
Sama-sama kita cuba untuk sediakan pilihan makanan yang lebih baik untuk anak-anak dan keluarga.
Potato chips yang mungkin jadi kegemaran anak kita.
Minuman kesukaan anak-anak.
Susu formula.
Mingguan Wanita : Patutlah, ingatkan makan coklat atau jajan anak jadi hyperaktif tapi makanan seharian juga pun ada pengganti gula ini.
Bila sudah berkahwin, tentulah kita sebagai isteri inginkan cahaya mata sebagai penyeri dalam hidup rumah tangga. Masa itulah, kita mula berjanji untuk jadi ibu sempurna dan terbaik pada anak dan keluarga.
Jangan ingat, untuk jadi ibu sempurna dan terbaik itu sesuatu yang mudah. Apatah lagi, bila anak-anak semakin meningkat dewasa.
Kadang-kadang, karenah anak-anak ini membuatkan kita sebagai mak-mak mula hilang kesabaran. Terus hilang apa yang dijanjikan sebelum ini.
Walau bagaimanapun, tak semestinya untuk jadi seperti yang diharapkan itu perlu berlembut dengan anak 24 jam, ditatang bagai minyak penuh dan ikut apa yang anak mahukan.
Jangan salah anggap. Ibu bukanlah sempurna tapi seboleh-bolehnya dia ingin jadikan yang terbaik untuk anak dan keluarga. Percayalah. Seperti pa yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif ini cukup menyentuh hati buat ibu-ibu di luar sana.
TERCUBIT ANAK
TERTENGKING ANAK
TERJERKAH ANAK
TERMARAH ANAK
Lebih lebih lagi ketika kita
Kena hadap kerja bertimbun
Nak kena hadap rumah bersepah
Kena hadap pelbagai karenah anak
Kesakitan badan akibat kepenatan
Sampai kadang-kadang tanpa sedar
Kita menangis sendirian Rasa sangat down Kita rasa bersalah dengan anak Rasa sebak sangat dalam dada
Ketahuilah emak dan ibu semua bahawa
Tak ada ibu yang sempurna, Tiada ibu yang tak pernah tersalah langkah Tak ada ibu yang tak pernah terlanjur marah Tidak ada ibu yang tak pernah buat salah
Belajar untuk memaafkan kesalahan diri, meminta maaf dan belajar untuk baiki diri dari hari ke hari.
Kerana ibu yang terbaik bukanlah ibu yang sempurna tetapi yang terbaik
adalah ibu yang bila tersalah langkah, dia sedar dan dia berusaha untuk berubah.
Maafkan dirimu kerana tak ada ibu yang sempurna. Yang ada hanyalah ibu biasa yang mencuba menjadi yang terbaik buat anak anak dan keluarganya.
MW: Moga mak-mak di luar sana terus tabah dan berjuang untuk menjadi yang terbaik pada anak dan keluarga. Mudah-mudahan.
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...