Dilema bagi mak ayah sebenarnya untuk berlaku adil dan beri kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak.Kadang kala terlalu fokus pada anak yang sulung, beri perhatian pada yang bongsu dan membuatkan anak kedua/ tengah rasa terpinggir.

Ini membuatkan terdapat sebahagian anak kedua cenderung buat perangai pelik-pelik, nakal mahupun degil, suka bergaduh dalam adik beradik untuk mendapat perhatian daripada mak ayah. Sampaikan wujud istilah sindrom anak kedua.

Untuk ketahui lebih lanjut, jemput baca perkongsian Dr Taufik Razif berkaitan Sindrom Anak Kedua/ Tengah ini sebagai panduan;

1.Tak semua anak nombor 2 akan kena Second / Middle Child Syndrome.

2.Second Child Syndrome adalah keadaan di mana anak itu merasa dipinggirkan sehingga karakter dirinya boleh berubah menjadi low self-esteem, suka menyendiri, merasa tak disayangi dan suka buat benda yang menyakitkan hati.

3.Sebenarnya ia bergantung kepada cara parenting ibubapanya. Jangan sampai kita terlalu fokus pada anak sulung dan terlalu bagi perhatian pada anak bongsu dan berharap anak nombor 2 memahami dengan sendirinya.

4.Anak yang mengalami Second Child Syndrome ni cenderung untuk tunjuk perangai attention-seeking contohnya suka buat perangai pelik pelik, suka tantrum dan bergaduh dengan adik beradiknya.

5.Tapi menjadi anak kedua ataupun anak yang berada di tengah (middle child) bukanlah satu kekurangan.

6.Anak kedua ni atau middle child ni biasanya lebih terbuka dengan idea baru kerana ego mereka lebih rendah. Mereka juga lebih bagus dalam memahami dan membaca karakter dan emosi orang lain di sekelilingnya.

7.Yang penting adalah mak ayah kena sensitif dengan emosi anak dan ada sifat empati yang tinggi pada semua anak tanpa mengira anak tu anak sulung ke, anak kedua, ketiga ke dan seterusnya. Semua anak adalah anugerah terindah kepada kita daripada Pencipta!

Kalau kita jenis suka pilih pilih anak tu maknanya kita mengamalkan Favouritism dalam parenting.Hati hati. Rosak anak kita nanti

Belajar sesuatu?

Boleh belajar Ilmu Parenting yang eksklusif setiap hari di Telegram Channel disini.

MW: Memang ada benarnya, mak ayah kena berikan perhatian dan kasih sayang yang adil, sama rata pada semua anak-anak. Janganlah terlalu fokus pada si sulung, beri perhatian pada yang bongsu sehingga buatkan anak tengah rasa terpinggir.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI