sifat anak kedua

Perangai atau sifat anak kedua ini selalu dikaitkan dengan kenakalan mahupun degil. Sampaikan wujud istilah sindrom anak kedua. Hakikatnya, baik anak kedua mahupun anak pertama waima ketiga sekalipun, mereka mempunyai karektor yang tersendiri. Pandai ibu membentuk jadilah mereka anak-anak yang hebat.

Hadamkan perkongsian ini. Coretan ibu anak 5, Puan Norhalimatul Nazurah Binti Abu Bakar (Zura Betty) , 33 tentang anak keduanya, Aisy Fayyadh Aqeel Bin Abdul Malik, 8 tahun.

Saya dulu lawyer. Berhenti kerja buat online bisnes sebab nak jaga anak depan mata.”

Sifat Anak Kedua Ini Buat Ibunya Sebak, Rupanya Kehadiran Setiap Permata Hati Itu Bersebab

Fayyadh Anak Kedua Yang Banyak Berkorban

Hari ni hari bertemu guru di sekolah Fayyadh. Membincangkan tentang performance untuk beberapa bulan ini.

Fayyadh anak kedua yang secara peribadi banyak berkorban sebenarnya.

Hadirnya Fayyadh di saat mama sibuk mengejar kerjaya. Boleh dikatakan, kehadiran yang tidak berapa dinantikan waktu itu.

Masih segar dalam ingatan bila tiba saat nak melahirkan. Apa barang pun tak ready. Dalam perjalanan ke hospital baru sibuk nak cari pampers sana sini.

Dalam menahan kesakitan nak bersalin, sempat lagi singgah dari satu stesyen minyak ke satu stesyen minyak cari pampers.

Emosi mama sepanjang mengandung juga tidak menentu. Arghh! Sakit! Jika diingat kembali. Lumrah anak nombor dua kiranya.

IKLAN

Dalam pantang, mama masih sibuk dengan tanggungjawab kerja. Ambil sekadar mahu susukan kemudian letak ke tepi sibuk kembali dengan kerjaya. Dalam pantang sudah ditinggalkan, kerana mama sibuk bertemu client sana sini.

Aduh! Sampai tak sedar bila anak ini membesar. Terlalu banyak dia berkorban sebenarnya. Sering mengalah memberi ruang pada abang yang cemburu tidak berkesudahan.

Tapi dia bijak mengambil hati, saat mama pulang keletihan dari bekerja. Diambil air buat mama basahkan tekak. Di saat bilik mama macam baru dilanda taufan, dikemas cantik tersusun rapi.

Prihatinnya sangat tinggi pada setiap ahli keluarga. Sering mengalah tidak kira pada adik mahu pun si abang.

Janji insan di sekelilingnya bahagia. Walaupun ada kala dia sakit menahan luka.

Hari ini bila bertemu guru, mama sebak menahan air mata.

IKLAN

Semua Puji Anak Kedua Ini Baik Sifatnya

Dari satu guru ke satu guru. Semua puji Fayyadh anak yang baik.

Fayyadh kalau saya marah dia hari ini. Esok mesti dia cari saya mintak maaf

Di saat orang lain tak mahu berkawan dengan Armi, Fayyadh yang akan suruh Armi duduk di sebelah dia dan ajarkan Armi siapkan kerja sekolah

Ada satu hari Armi kena denda tak dapat main di padang. Tapi Fayyadh datang pada saya, minta agar benarkan Armi main bersama

Saya tak nampak Fayyadh ada masalah dalam pembelajaran, dia sama sahaja macam student lain. Banyak perubahan dia dari awal dia masuk dahulu. Dia bijak, dia boleh faham dan buat apa pun arahan saya

Bila dia tengok saya tengah minum air, cepat je dia nak tolong angkatkan cawan siap basuhkan lagi

IKLAN

Fayyadh banyak sangat perubahan, memang perubahan yang amat ketara. Saya sendiri nampak perubahan dia

Patutlah Fayyadh hebat. Didikan mama dan papa dia mantap

Allahu, serius saya sebak.

Anak-anak hadirnya sebagai guru pada ibu ayah.

Maafkan mama sayang. Mama tahu Fayyadh anak hebat. Doa mama agar Fayyadh dan semua anak-anak mama berada dalam Rahmat, kasih sayang dan perlindungan yang Maha Berkuasa.

Buat Guru-guru

Ash Shura Institute of Quranic Sciences – ASIQS, kalian luar biasa. Terima kasih atas tunjuk ajar, keikhlasan dan kasih sayang yang diberikan dalam mendidik anak bangsa.

Sama-sama kita bantu dalam membentuk generasi “anak-anak kita” lahir dalam generasi yang terdidik hebat duniawi mahupun ukhrawi.

Seharusnya mak ayah memahami dan tidak menyalahkan sifat anak kedua dalam proses mendidik anak-anak menjadi insan terbilang. Mereka akan jadi hebat, andai mak ayah hebat cara membentuk karektor dan kejayaan anak-anak.

Sumber/Foto: FB Zura Betty

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI