Selalu kita dengar, suami kena ambil hati isteri, barulah jadi seorang suami yang penyayang dan sentiasa utamakan isteri. Tapi, bagaimana dengan isteri, sudah cukupkan isteri jaga hati suami selama ini.

Sebenarnya kalau nak bahagia, baik suami atau isteri kena ada peranan masig-masing. Isteri, jangan harapkan suami seorang yang kena ambil hati dan jaga perasaan, sedangkan suami tidak perlu. Mana adil kan.

Perkongsian daripada Samuel Dzul ini boleh dijadikan panduan buat isteri di luar sana. Kena fahami ilmu menjadi seorang isteri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jaga Hati & Jangan Biar Pasangan Memendam, Barulah Anak Isteri Bahagia

‘Rehatlah, Biar Abang Jaga Anak” Ayat Keramat Suami, Terus Hilang Segala PENAT ISTERI

Info Lebih Menarik DI SINI

Ambil Hati – 3 Cara Menjaga Hati Suami

Suami adalah penyelamat dan pemimpin bagi isteri. Walaupun begitu tanggungjawabnya, suami tetaplah seorang manusia yang mempunyai hati, perasaan dan memerlukan isterinya untuk bermanja.

Oleh itu, isteri cubalah lakukan perkara ini.

1. Beradap dengan suami. Banyak isteri memandang ringan di dalam menjaga adab ni. Memang betul suami itu boleh jadi kawan tapi jangan dilupai suami itu memegang kunci syurga buat para isteri.

Oleh itu, jagalah nada suara, jagalah tingkah laku walau suami sangat sempoi bersama isteri.
Isteri yang berlemah lembut dalam tingkah laku dan percakapannya pasti akan membuatkan suaminya sentiasa jatuh cinta berkali-kali.

IKLAN

2. Libatkan suami di dalam kesemua perkara. Walaupun isteri mampu untuk merancang dan membuat tindakan jangan dilupakan berkat yang ada pada suami. Libatkan kesemua perancangan bersama suami.

Suami yang mengetahui kesemua hal tentang isterinya pasti akan lapang hatinya. Dan isteri pasti mendapat bantuan dari Allah untuk setiap tindakannya.

Suami akan merasa lebih dekat dan rapat dengan isteri yang sentiasa melibatkan suami dalam setiap perkara. Di samping mendapat redha Suami, redha Allah juga hadir bersama.

3. Sentiasa mengutamakan suami. Inilah perkara yang membuat suami sentiasa sayangkan isterinya bila mana isteri sentiasa mengutamakan suaminya lebih dari yang lain.

Apa-apa suami didahulukan dan perlu melalui suami dahulu. Kerana izin suami sangat penting di dalam rumah tangga.

Saluran Halal

Isteri yang mengutamakan suami adalah sebaik-baik isteri di dunia dan mudah-mudahan di akhirat.

Yang terakhirnya adalah sentiasa bermanja-manja dengan suami. Suamilah satu-satunya saluran halal untuk isteri bermanja dan meluahkan perasaan.

IKLAN

Jagalah Suami dengan menjaga hatinya.

Kerap kalilah bermaafan dengan suami. Agar tiada hijab bantuan Allah pada isteri.

Insya Allah ditambah dengan doa pastinya suami akan menjadi sebaik-baik suami yang akan bersama-sama membesarkan Allah di dalam rumah tangga.

Suami adalah cinta dunia akhirat buat isterinya. Jagalah cinta itu dengan sebenar-benarnya.

Jadilah seorang isteri dan fahamilah ilmu menjadi seorang isteri.

IKLAN

Begitulah antara beberapa cara untuk menjaga hati suami yang tercinta.

Semoga hubungan suami isteri yang telah dibina berkekalan sehingga ke syurga.
Aamiin Ya Allah.

Insya Allah…

#kitakanimam
#cintamenujusyurga

MW: Ingat satu, redha suami itu penting.

Sumber: Samuel Dzul

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI