Isteri Itu Penyeri Bahagia, Bila Tiada Ini Yang Suami Akan Rasa Kehilangan

Ada lelaki bila belum berumahtangga, dia berimpian mahukan seorang isteri yang memenuhi citarasanya. Sayangnya, bila tuhan sudah jodohkan dengan isteri terbaik untuknya. Dia tak hargai.

Malah dikatakan isteri itulah penyebab hatinya lara. Dah kenapa isteri pula yang disalahkan, walhal dalam rumah tangga, ketua keluarga adalah suami.

Pelengkapnya isteri dan anak-anak. Tapi jangan sesekali kau pertikai, kau perlecehkan akan kehadiran seorang ISTERI. Kerana apabila dia sudah tiada inilah yang suami akan rasai kehilangannya.

Hilang Sentuhan Emosi Seorang Isteri Yang Paling Dalam

Faham tak maksudnya ini. Waktu isteri ada, bila suami susah hati, isteri akan damaikan hatinya. Kalau tak ada duit, isteri yang tak bekerja tapi pandai menyimpan tu.. akan hulur jugalah mana yang dia ada.

Sebab dia tak mahu tengok suaminya susah. Bila suami stress, isteri pun rasa sama.

Bayangkan bila isteri tiada. Mahu diluah pada siapa rasa susah itu. Iya boleh luah pada kawan, mak ayah atau anak-anak. Tapi takkan sama dengan sentuhan emosi yang isteri berikan.

Mana Lagi Nak Cari Air Tangan Yang Mengenyangkan Perutmu Selalu

Dulu masa kecil, memanglah air tangan ibu yang buatkan suami kenyang. Tapi selepas bernikah, isterilah jadi tukang masak keluarga. Pagi, petang, siang malam, air tangan isteri itulah yang mengenyangkan suami.

Lama-lama suami jadi sebati. Air tangan isteri itulah juga yang buat suami rindu,

IKLAN

Walau pergi kerja, outstation akan dicari juga air tangan isteri sebaik jejak kaki ke rumah. Isteri takkan tak nak masakkan. Kalau merajuk, mungkinlah. Isteri protes tak nak masak. Tapi kalau isteri dah tiada.. mana lagi nak cari air tangan serupa isteri masak.

Isteri Itulah Ibu Terbaik Untuk Anak-anakmu

Biarpun isteri diistilahkan anak-anak garang macam ‘singa’ tapi jiwa anak-anak tetap dekat dengan ibunya. Dimarah itu tandanya sayang, nanti akan ditunjukkan jalan kebenaran untuk anak-anak.

Takkan sama sentuhan kasih dengan orang lain.

Kalaulah ibu sudah tiada, anak-anak hilang sebahagian dari dirinya. Andai ayah tak pandai membimbing, maka makin punahlah masa depan si kecil itu. Sebab itulah, ayah kena sama-sama ambil peranan.

IKLAN

Berbagi tanggungjawab dengan isteri. Jangan selalu dibebankan dirinya dengan perihal bayaran hutang rumah, hutang kereta dan macam-macam jenis hutanglah.

Nak membesarkan anak-anak jadi orang itu bukan senang, jadi suami belajarlah hargai wanita yang ada di sisimu ketika ini.

Kerana dialah yang akan membuatkan rezekimu terus melekat, berganda-ganda atau itulah punca rezekimu tersekat.

 

IKLAN

Isteri Itu Penyeri Bahagia, Bila Tiada Ini Yang Suami Akan Rasa Kehilangan

Hargai Isteri, Raikan Isterimu

Sempena Hari Wanita Mac ini, Mingguan Wanita bakal meraikan wanita wanita dalam Showcase Amal Raikan Wanita yang akan berlangsung pada 30 MAC 2019 di Sime Darby Convention Centre.

Sesekali apa kata hilangkan stress isteri tu, dan berikan hadiah pada mereka untuk melihat persembahan selebriti terkenal tanah air, Harith Iskandar, Mark Adam, Zero dan Elly Mazlein serta Dayang Nurfaizah.

KLIK SINI UNTUK LIHAT DETAIL SHOWCASE AMAL RAIKAN WANITA

Sambil-sambil menonton, anda sebenarnya sedang berkongsi derma dengan dua buah rumah kebajikan, Rumah Kita dan Raudatul Sakinah melalui jualan meja.

TEMPAHAN MEJA : 019 6753057

KLIK LINK INI UNTUK TEMPAHAN ONLINE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI