kerja rumah

Percayalah, kerja rumah seorang isteri tak pernah siap. Kalau nampak isteri dah tarik muka masam, itulah peranan suami. Cuba tolong mana yang mampu sebab kadang isteri tak cakap walau dia penat. Tangan tetap bergerak demi kepuasan mata suami, sama ada isteri itu suri rumah atau keluar bekerja dia gigih uruskan rumah tangga.

Namun andai sesekali anda terlihat rupa isteri seperti orang berumur, rambut pun serabai, tidur berdengkur dan kadang rumah tak berapa nak kemas… bantulah dia. Itu mungkin dia dah tak mampu buat.

Bagi yang masih tak faham situasi isteri, bacalah perkongsian Ustaz Ebit Lew ini dengan hati terbuka. Moga para suami mampu menjaga hati seorang isteri…

Sebak bila melihat seorang isteri….

Malam tadi jumpa seorang abang 4 pagi di kedai mamak…ustaz, sakit jiwa saya bila balik rumah berserabut. Malas rasa duk rumah. Isteri selekeh, rumah bersepah, dan kuat membebel dan marah-marah..apalah kerja dia di rumah. Anak 2 orang. Saya balik penat-penat nak rehat. Rasa nak berehat..dia cuma suri rumah jer.

Ke ustaz rasa macam mana?

IKLAN

Kerja seorang isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa atau wanita yang bekerja. Dua-dua sangat penat abang. Sebab kerja rumah ini tak pernah habis.

Terutama jika ada anak-anak. Kerja di rumah tak pernah habis.

Cuba suruh isteri kerja 3 hari. Kita lelaki urus rumah 3hari. Rasanya Allah jer yang tahu. Penat, letih, lesu dan rasa nak menangis. Nabi saw paling memahami dan melayan perasaan isterinya. Tak marah dan sentiasa prihatin dan suka menawan hati mereka.

IKLAN

Saya jika balik tengah malam atau balik kerja isteri senyap atau tengah baring. Saya tolong picit kakinya. Urut tapak kaki. Saya tahu dia letih. Dan tolong tolak tarik bagi badan bunyi-bunyi. Sebenarnya bukan apa, saya tahu dia penat sangat..Bidadari saya buat semuanya kerana Allah. Begitulah semua isteri di dunia ini…kerana cinta kerana Allah mereka buat semua tu. Itulah ubat hati mereka.

Inilah Kerja Rumah Isteri

Perkara asas dalam hidup mereka terabai. Makan minum, rehat tidur, waktu mandi dan ke tandas, urus diri dan kasih sayang..mereka kena layan kerenah anak-anak. Jika ada anak di rumah. 24 jam nak makan. 24 jam rumah bersepah. Baru kemas sejam. Sekejap isteri urus benda lain. Rumah dah tak rupa rumah. Bersepah semula…mereka menjerit marah penat…belum kira anak menangis 24 jam. Nak susu, nak berak, main air, berebut mainan.

Boleh darah tinggi 24 jam kena menjerit. Melihat dan nak menegur anak-anak.

IKLAN

Basuh baju jer. Dari pagi kutip baju. Basuh baju. Lepas tu jemur baju. Lepas tu angkat baju. Lipat baju. Kemas dalam almari ikut jenis. Ikut almari masing-masing. Kadang almari tak cukup beli bekas dekat giant. Sekejap lagi anak terbalikkan. Kasihankan. Ya Allah.

Isteri Buat Macam-macam

Duduk seorang diri di rumah. Takde orang lain. 24 jam mengadap pintu rumah. Takde kawan bercakap. Banyak nak cakap. Suami balik. Ingat nak cerita. Salah luah. Sebab dah penat. Cakap merapu. Suami pula cakap awak duduk rumah apa kerja? Awak duduk rumah macam mana duit habis? Awak duduk rumah tak boleh urus rumah? Terus rasa nak pecah kepala mereka. Kat mana nak mula. Kerja rumah kalau terang habis satu buku. Kalau cerita 3 hari 3malam tak selesai. Suami mengamuk pergi lepak dengan kawan. Lepak mamak. Cian isteri..isteri nak lari mana. Siapa nak jaga anak di rumah..ya ALLAH…

Kita kahwin ini amanah ALLAH. Tolak ansurlah. Kerjasamalah. Biar ada hati budi. Ada hati perut. Doakan isteri. Sayangi mereka. Bantu mereka. Beri masa dengar kisah hidup mereka. Ya Allah kami suami sangat sayang isteri amanahmu. Sayangilah mereka. Kekurangan kami dalam sayang dan beri masa bangunkan mereka dengan Islam kau maafkanlah.

Abang tadi menangis. Ya Allah… ustaz. Terima kasih. Sedih rasa. Rindu isteri saya. Betul lah ustaz. Tulah abang, saya lagi rindu isteri anak-anak saya. Bila tadi saya suap anak-anak 3 pagi duduk lepak. Jauh mereka merayau. Ya ALLAH selamatkanlah keluarga kami semua. Dari tadi saya sebak. Maaf saya emosi sikit cerita pada abang ini-ebit lew

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI