Isteri Edika Yusof fail cerai. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba hari ini kecoh apabila isteri kepada suami contoh, Edika Yusof , Nor Hidayah Yusri, didakwa telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada pertengahan Februari lalu.
Untuk rekos kisah Edika yang setia menjaga Hidayah selepas isterinya lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu menarik perhatian ramai.
Psangan itu mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq serta Fereena Nurulhaq.
Isteri Edika Yusof Fail Cerai
Seperti mana dipetik merusi Kosmo Online, hal itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Hidayah, Mohd. Yazid Hazim selepas menghadiri sebutan pertama kes berkenaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
“Untuk hari ini, hanya sebutan biasa bagi penyerahan dokumen. Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir, namun kami menerima surat daripada pihaknya menyatakan tidak dapat hadir, mungkin atas alasan kerja dan sebagainya.
“Mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula,” kongsinya.
Ads
Tidak Dedahkan Butiran Terperinci
Pada masa yang sama, Yazid tidak mendedahkan butiran terperinci.
“Sebab-sebab pemfailan tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana bersifat subjudis kepada pihak defendan. Mungkin alasan-alasan itu akan dibentangkan berdasarkan arahan hakim pada 23 April nanti.
“Tetapi secara umumnya, punca penceraian adalah kerana tiadanya persefahaman antara plaintif dan defendan,” sambungnya lagi.
Tak Nak Beri Sebarang Komen
Manakala Hidayah pula tidak mahu mengulas lanjut tentang keputusan memfailkan perceraian.
Ads
“Semua tahu situasi dan keadaan saya. Kalau saya sudah sampai ke tahap pergi ke mahkamah, sudah tentu ada sebab yang sangat kukuh.
“Itu saja yang boleh saya katakan. Saya tak mahu memberi sebarang komen.
“Kalian boleh tanya pihak belah sana sebab saya tak mahu apa-apa keluar daripada mulut saya. Biar saya dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia.
“Saya dan dia sudah tidak serumah, cuma tak perlulah saya kongsikan sejak bila,” kongsinya.
Saf terputus kerana malas beranjak, pendakwah nasihat jemaah wanita sebaiknya solat di rumah. Di bulan Ramadan penuh kemuliaan ini, ada masjid yang menganjurkan solat sunat terawih 8 rakaat dan ada pula mencukupkan 20 rakaat.
Bila ada jemaah yang memilih membuat lapan rakaat atas sebab-sebab tersendiri, jemaah yang awalnya rapat-rapat akan mula longgar kerana ada yang memilih membuat 20 rakaat. Terputusnya saf bermula apabila ada jemaah yang suka duduk setempat kerana sudah selesa selain berasa malas beranjak memenuhkan ruang depan hingga terjadinya isu saf terputus seperti gambar dikongsikan.
Isu ini mendapat perhatian dari pendakwah bebas, Ustaz Shahrizan Daud At Turabi uang menasihati wanita sebaiknya bersolat di rumah jika punyai karenah sebegini.
Menurut pendakwah bebas ini,dirinya kerap kali diadukan perihal karenah wanita dalam masjid dan surau oleh jemaah wanita sendiri. Antaranya isu merapatkan saf.
Memberikan jawapan mudah, jelas Ustaz Shahrizan, jika inilah keadaannya atau punyai karenah sebegini, maka kerana itulah wanita tidak digalakkan ke masjid dan surau dan sebaiknya solat di rumah.
Luruskan saf-saf kamu ataupun Allah SWT akan memecah belahkan wajah-wajah di antara kamu ( Muttafaqun Alaih).
Dirinya turut berkongsi hadith sahih diriwayatkan oleh Muslim bahawa para malaikat meluruskan saf ketika bertemu Ya Rabb.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Balik kampung beraya memang seronok, belanja harian jangan kupa kongsi. Setiap kali menjelang Hari Raya, satu perkara yang paling dinantikan oleh ramai orang ialah balik kampung. Ia bukan sekadar perjalanan pulang ke tempat asal, tetapi lebih kepada satu tradisi yang menyatukan keluarga, mengeratkan silaturahim, dan mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak.
Suasana kampung yang penuh dengan ketenangan, bau masakan tradisional yang menyelerakan, serta gelak tawa sanak saudara menjadikan momen ini sangat istimewa.
Hari Raya bukan sekadar perayaan, tetapi juga peluang untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Anak-anak dapat bertemu sepupu-sepupu mereka, bermain bersama-sama di halaman rumah, manakala orang dewasa mengambil kesempatan untuk bertanya khabar, berkongsi cerita dan mengenang kenangan lama.
Hati mak ayah bukan main seronok bila anak menantu dan cucu balik beraya. Macam-macam makanan sudah disediakan. Ada yang buat persiapan membeli barang kering. Nanti nak dimasak sup tulang lembu korban untuk anak menantu yang suka sup. Itulah cara mak ayah luahkan sayang dan kasih mereka pada anak-anak. Mungkin bukan jenis cakap di mulut, tapi dengan perbuatannya kita dah faham.
Bila semua balik, selain kemeriahan, soal belanja juga berganda bertambah. Kalau dulu mak ayah tinggal berdua di rumah, tapi kini mungkin kena sediakan makan untuk 17 orang. Mereka memang tak kisah, tapi anak-anak pun kenalah ‘reti bahasa’. Takkan nak biarkan mak ayah yang keluar duit?
Bila dah ramai, anak-anak kena main peranan. Tak patut susahkan mak ayah. Bincang dan berpakat adik beradik. Berapa nak kutip duit untuk makan minum sepanjang cuti di kampung. Kalau boleh, jangan biarkan mak ayah yang keluar duit ye.
Bila semua sepakat, seorang ambil tugas untuk jadi bendahari. Tiap hari nak beli barang makanan, dia akan bagi duit. Jadi, terkawal bajet. Rancang juga belanja harian untuk memudahkan beli barang dapur.
Bila ramai-ramai, seronok kalau masak sama-sama di dapur dengan mak dan adik beradik serta ipar duai. Selain eratkan silaturahim, ia juga bantu kita kawal bajet. Kalau masak, bajet rendah dan makan pun puas. Lebih-lebih lagi anak-anak tengah meningkat remaja, selera makan memang ‘besar’. Bila masak, dapat sediakan dalam kuantiti yang banyak. Bolehlah mereka makan berulang.
Tak dinafikan, adik beradik ada banyak kepala. Belum kira ipar duai. Mungkin ada yang jenis ambil kesempatan dan berkira. Dia nak keluar duit sikit punya payah. Ada saja alasannya. Kononnya anak-anak dia makan sikit je. Haii..macam tu pulak ye?
Ada juga sumbang sedikit dengan alasan keluarga dia kecil, dia ada dua anak je. Biarlah adik beradik yang ada anak ramai keluar lebih bajet. Boleh difikir macam tu? Cubalah berlapang dada. Bila kita hulur duit dan dibeli barang makanan yang kemudian dimakan ramai-ramai, tak ke banyak pahala kita dapat? Janganlah berkira sangat.
Lainlah memang kewangan keluarga itu agak ketat. Yang bekerja hanya si suami. Mungkin ada kelonggaran dan adik beradik lain pun faham. Tapi sepatutnya, walau pun begitu, dia kena keluarkan juga bajet tapi ikut kemampuan. Kalau mampu beri RM30 saja, tak apa.
Sebenarnya bukan jumlah yang dilihat, tapi sebagai tanda kesepakatan adik beradik. Dalam hal ini, kena terus terang juga pada adik beradik yang lain. Jangan pendam, sebab tak bagitahu mana orang nak tahu kan?
Bila semua dah balik, rumah pun mesti bersepah, pinggan mangkuk kotor bersusun dalam sinki. Jadi, pandai-pandailah bahagi tugas. Bukan untuk isteri saja tapi para suami juga. Ketika ini, kita boleh ajar anak-anak untuk sama-sama ada tanggungjawab dan berdikari. Misalnya keluarga besar yang cucu-cucu lelaki tidur di ruang tamu rumah. Ha..pagi selepas bangun tidur, masing-masing kena kemaskan tempat tidur dan sapu.
Selain itu, seeloknya latih dan pesan pada anak-anak, bila balik kampung, cuci pinggan masing-masing lepas makan. Bila masing-masing buat, taklah terbeban pada seorang saja nak mencucinya nanti. Yang lebih besar tolong cuci pinggan adik yang kecil. Kalau nak mudah, beli siap-siap pinggan, cawan dan susu plastik. Dah guna, buang! Terpulang.
Isteri-isteri pula tak kira anak atau menantu, sepakat dalam tugasan di dapur. Jangan ada yang ‘mengelat’. Asyik kendong anak 24 jam sedangkan anak tu boleh disuruh anak yang lebih besar jagakan. Suami pun ada. Yang memasak orang yang sama. Mana tak penat! Ingat, bila semua kerja dilakukan bersama, pasti akan rasa lebih ringan.
Bila masing-masing nak balik, pastikan bersihkan rumah kampung itu elok-elok. Kemaskan apa yang patut. Jangan biarkan mak ayah yang dah tua tu kemas nanti. Ingat tu!
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi wajib rakyat Malaysia ialah menukar duit raya.
Tradisi memberi duit raya ni sebenarnya satu cara kita kongsi rezeki dan sebarkan kegembiraan. Tak kira kecil atau besar jumlahnya, yang penting kita buat dengan niat yang baik.
Namun selalunya kita agak stres menukar duit raya kerana perlu beratur berjam-jam di kaunter, masa yang sama jumlah yang boleh tukar dihadkan. Ada kalanya balik hampa begitu saja sedangkan masa sudah terbuang beratur.
Kalau anda pelanggan CIMB, berita baik! Tahun ini, CIMB menyediakan 29 lokasi terpilih di seluruh Malaysia untuk memudahkan urusan tukaran duit raya melalui mesin ATM sahaja. Tak payah risau kehabisan duit kecil atau beratur panjang saat akhir – anda boleh rancang awal dan settle sebelum sibuk cari baju raya nanti!