Rupanya dalam sedar atau tidak, bab nak rancang jumlah anak…ramai para suami terlepas pandang perkara-perkara kecil seperti yang dikongsikan oleh Prof Datuk Dr. Harlina Halizah Hj Siraj. Dalam komentarnya menerusi program bual bicara, Bidadari Dunia Episod empat Astro Oasis beliau menerangkan khilaf suami yang ada waktunya sedikit sebanyak menjejaskan emosi isteri bila bab nak tambah anak. 

Berikut adalah antara empat perkara menarik yang harus diberi penekanan mengenai perancangan isu tambah ahli keluarga yang wajar dipertimbangkan. 

  1. Kesihatan isteri

Menurut Dr Harlina keterujaan pasangan suami isteri dengan kandungan pertama berbeza dengan kandungan seterusnya.Kehamilan pertama selalunya disambut dengan rasa gembira dan sebolehnya nak dihebahkan segera khabar gembira ini. Maklumlah ini pengalaman pertama.

Excitednya dengan kandungan pertamamembuatkan bakal ibu bapa rasa teruja dan tak  sabar nak bergelar ibu bapa.Kita sendiri boleh saksikanbetapa gembiranya seorang isteri  itu disahkan hamil. Walaupun kandungan baru berusia beberapa minggu, suami semangat nak ikuti perkembangan bayi dalam kandungan. Ada yang baru lima bulan mengandung, kalau boleh berkali-kali nak scan tengok bayi dalam kandungan. 

“Tetapi graf gembira itu takkan samakalau isteri ditakdirkan hamil sekali lagi setelah anak pertama baru berusia empat bulan. Dalam keadaan masih belum bersedia. Ada isteri yang terhamil tanpa dirancangmenyebabkan kegembiraan itu berubah kepada  penolakan dan penafian.

“Jika sebelum ini hamil anak pertamasebaik sahaja disahkan hamilSemangat nak buat  pemeriksaan kesihatan dan kandungan. Tetapi bila kehamilan kedua, berlaku jaraknya terlalu dekat dengan kehamilan pertama. Isteri hamil lagi dalam keadaan dirinya belum bersedia. 

IKLAN

“Letih menguruskan ragam anak pertama yang masih kecilditambah pula dengan  kesihatan dirinya yang tak menentu akibat kehamilan tak dirancang.Menyebabkan dia tak gembira dengan kehamilan ini. Ibu yang tak gembira boleh menjejaskan emosi bayi yang dikandung.

“Suami seharusnya prihatin dengan kesihatan isteri dan emosinya. Jadilah suami yang empati. Ambil sikap konsep ‘we’re pregnant’, maksudnya disinisama-sama mengambil berat keperluan dan emosi isteri dan juga ibu kepada anak-anak. Sebaiknya jika merancang kehamilan lagiisteri perlu benar-benar bersedia dan telah mendapat ‘green light’ daripada doktor yang bermaksud kesihatan isteri dalam keadaan baik.

  1. Kesediaan isteri

Jika dilihat isu kehamilan isteri,Dr Harlina menegaskan suami perlu ambil peduli tentang  kesediaan isteri untuk menambah zuriat lagi.Ada isteri yang dinafikan haknya untuk merancang kehamilan dan memendam emosi kerana hamil dalam keadaan tidak bersedia 

“Kalau dulu-dulu, kita sudah terbiasa mendengar mengenai isu kehamilan ini sememangnya urusan isteri sahaja. Suami sekadar mengiyakan apabila soalan adakah isteri mengandung lagi ditanyakan kepadanya. Tetapi adakah seorang suami itu mengambil kira perasan isteri dan bertanyakan kepada isteri kesediaannya untuk mengandung lagi. 

“Sepatutnya urusan kehamilan ini sewajarnya bukan terletak di bahu isteri semata. Ada isteri yang redha dalam terpaksamemendam rasa dan hamil. Dalam keadaan diri tak bersedia, dia tak berani mengatakan tidak sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri. Si isteri hamil lagi walaupun sudah memiliki anak lain yang masih kecil dan jarak usia kehamilan yang kerap.

“Tanpa kita sedar mereka sebenarnya kepenatan dalam menguruskan keperluan diri dan anak-anak. Suami yang baik adalah suami yang mengambil kira kesediaan isterinya termasuk dalam hal kehamilan. Jadilah suami yang peka dengan keperluan emosi si isteri. 

Emosi dan kesediaan isteri perlu diambil kira kalau nak tambah anak lagi 
  1. Keupayaan kewangan

Menurut Dr. Harlina lagiduit bukanlah segalanya. Tetapi segalanya memerlukan duit. Ada suami yang culas dalam memberikan nafkahmengharapkan semuanya diuruskan oleh pihak isteri. Ada juga yang menghantar anak-anak ke kampung, untuk diuruskan oleh mertua ataupun orang tua sendiri. Menjadi ibu bapa tugasnya memerlukan anda menyediakan makan pakai dan keperluan secukupnya untuk anak-anak. Sebab itulah kita perlu merancang anak sebaiknya. 

4. Keupayaan menguruskan masa 

Ada pasangan suami isteri yang ditakdirkan berkahwin tetapi melalui kehidupan berasingan. Ada diantaranya terpaksa duduk asing atas tuntutan kerja mereka. Keselesaan mereka dalam melalui kehidupan begini akan menjadi lebih sukar apabila mereka mempunyai anak. Sebaiknya rancanglah bagaimana anda sebolehnya duduk dan membina keluarga bersama di tempat yang sama. Ini bagi memastikan anak mendapat perhatian dan kasih sayang sepatutnya. Ada pasangan yang tinggal berasingan memilih untuk menghantar anak ke kampung untuk dipelihara nenek. Kesilapan ini menyebabkan anak-anak membesar tanpa kasih ibu bapa dan keluarga sebegini pastinya akan berasa kekok apabila bertemu sesekali. Tidakkah perkara sebegini memberi kesan emosi kepada anak-anak.