Setiap hari fikirkan menu apa untuk dimasak, memang mencabar buat mak-mak. Apatah lagi dalam keadaan sekarang hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan membeli keperluan.

Setelah fikirkan menu, kena fikirkan pula senarai barang yang perlu suami beli agar tidak ada yang tertinggal. Begitulah rutin mak-mak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Dari pagi hingga ke malam, isteri hanya di dapur, bila ditanya mahu makan apa jawablah janganlah berteka-teki. Tetapi, beringatlah tempoh PKP ini masa untuk survival, bukannya masa untuk festival makanan.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan hadamkan :

“Lauk ni lagi…?”

28 hari… 28 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)… Dalam tempoh ini, banyak sektor dan bahagian yang terjejas dan menerima kesan…

28 hari bukan masanya kau nak Mc Donald… 28 hari ini bukan masanya kau nak KFC…

IKLAN

Kalau 28 hari ini kau kena makan telur, maka makan saja telur itu… Ini masa untuk survival, bukan masa untuk festival…

Dalam 28 hari ini, isteri kita pun sebenarnya pening nak masak apa untuk bagi kita dan anak-anak makan… Dari pagi hingga malam, di dapur saja isteri kita itu…

Berterung-teranglah & Jangan Bagi Teka-Teki

Kau nak makan ayam, kau pergilah beli ayam, balik nanti beritahu hendak makan ayam… Kau nak makan ikan, kau pergilah beli ikan, balik nanti beritahu nak makan ikan…

Kau nak laksa, nak bihun sup, nak mee kuah, sila beli semua bahan-bahan bagi complete…

Kalau isteri sudah hidang pastu kau tanya, “Lauk ini lagi…?”, maka kau tak faham keadaan sekarang…

Sekarang bukan hidup untuk makan dan bukan makan ikut sedap perut… Low your demand and appreciate akan apa yang dihidangkan…

Selagi ada benda untuk dimakan, maka selagi itulah kau tak perlu nak complain…

Nota kaki : Nak makan apa, beritahu… Jangan cakap ikut awak lah… Itu umpama bagi teka silangkata pada isteri…

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Setiap hari cubalah bagi idea pada isteri menu apa untuk dimasak, sekurang-kurangnya mak-mak tak buntu fikirkan menu dan dia terus boleh masak. Barulah isteri bolek memasak dengan ikhlas untuk suami dan keluarga. 

Artikel berkaitan:

Jep Sepahtu Manfaat Cuti PKP Dengan Aktiviti Mr Mama

PKP Fasa Kedua BOLEH Keluar Beli Makanan, TAPI Satu Kereta SEORANG

Dapur Kita Walau KECIL, Jadi Medan PAHALA Lagi-Lagi Time PKP