Video klipnya pada 20 Mac lalu ketika PKP baru dua hari dikuatkuasakan hanyalah berdurasi sekitar 1.24. Dalam klip video pendek itu Jep Sepahtu menyiram pokok di laman rumahnya, sambil menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah, mendapat hampir 1 juta tontonan di instagramnya.
Suami kepada selebriti Sariyanti ini lagi dilihat ada saja modal menghiburkan pengikutnya di instagram. Jep yang terkenal dengan kelebihannya ber ‘pick up line’ dan ber ‘punch line’ berkongsi rutin hariannya di rumah sepanjang tempoh PKP dengan cara yang menghiburkan.
“Kena extand lagi dua minggu pun, kita tak rasa sangat… Sebab kita tahu banyak benda boleh buat. Hari ni lipat baju, hari tu masak welcome-welcome. Taklah boring. Nampak…tolong orang rumah, dia pun tak penat sangat,”kata Jep sambil menunjukkan teknik lipat baju yang dibelajarnya selepas berkahwin. Tambah Jep lagi nak lipat baju, logo biar di depan senang sikit nak pakai.
Ads
Masak ‘Welcome-welcome’, lipat baju, tidurkan anak antara rutin harian Jep sempena PKP bersama keluarga
Memandangkan Sari sedang sarat hamil anak kedua mereka, Jep dilihat tak kekok memasak di dapur. Dari sesi menidurkan Baasit dengan gaya tersendiri, menggoreng jemput-jemput, yang dipanggilnya ‘Welcome-welcome’, demonstrasi melipat baju dengan logonya di depan dan kekeliruan antara ikan sardin dan ikan mackerel ketika memasak makan malam mereka sekeluarga membuatkan Sariyanti pun ketawa dengan penjelasan suaminya tentang dua ikan berbeza itu.
Ads
Sebenarnya apa yang Jep kata ni ada betulnya. Inilah masanya encik suami tolong bantu-bantu isteri buat kerja rumah. Kena extend PKP pun tak apa, sebab masa yang ada terisi dengan kerja rumah. Jangan kata Sariyanti, semua isteri-isteri di luar sana, confirm happylah bila encik suami ringan tulang. Time cutilah masa nak tambah pahala berbakti pada isteri ye tak. Sambil-sambil itu, isteri pun boleh rehat bila ada yang tolong ambil alih sekejap uruskan hal rumah dan anak-anak.
Sebaknya, ketika berdepan ujian Covid-19, pelakon Serina Datuk Redzuawan diuji kehilangan ibu, Norhayate Ayub yang meninggal Rabu lalu kerana komplikasi buah pinggang dan jantung di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
Cerita Serina, ketika dalam sakit tenat pun, ibunya masih mengingatkan penjaga agar memberi sedekah pada anak-anak tahfiz.
Kebaikannya yang selalu memberi kucing makan, juga menjadi asbab banyaknya kucing menunggu jenazah ibunya sebelum dikebumikan.
Malah, bekas suami arwah yang merupakan tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak pernah mengabaikan bekas isterinya ini.
Selama 34 tahun, Chef Wan tetap menyediakan nafkah dan menjaga bekas isterinya itu sehinggalah ke akhir hayatnya hingga selamat dikebumikan.
Kongsinya, “Rindu yang tiada berpenghujung, darah dagingku mengalir darahmu Ibu. Tenanglah di alam abadi, sudah lama mama menderita sakit. Mama rehatlah dengan tenang, Rina redha pemergian mama.”
“Moga segala amalan yang mama lakukan menjadi bekalan di akhirat, Mama. Kak Natrah penjaga mama ada bagi tau di saat mama sakit tenat pun mama masih ingat minta dia hantarkan sedekah pada anak anak tahfiz.
“Allahuakhbar! Rina bangga jadi anak mama.”
“Mama sayang pada kucing kucing, selalu kasi makan kucing sampaikan di masjid kucing penuh tunggu mama jaga jenazah mama sebelum di kebumikan. I Love u so much!!! Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada Ibu Serina (HAJAH NORHAYATE BINTI FATIMAH)”
Akui Chef Wan, biar pun pada mulanya dia berasa risau dengan urusan pengebumian jenazah arwah isterinya itu. Namun, urusan itu dipermudahkanNya.
“Waktu tu saya panik, tak tahu nak buat apa. Jadi, saya ke Masjid Ampang, yang mana dah bertahun-tahun saya menyumbangkan derma di sana.”
“Nasib ada ahli jawatan kuasa masjid ketika itu dan imam yang kata.. “CW jangan susah kan ini..”
“Memandangkan dia tinggal di sini (Ampang) dan CW selalu bantu kami, biar kami bantu uruskan semua ini.”
Lega hati Chef Wan dan sebaik dapat surat forensik dari hospital, kenderaan jenazah membawa jenazah bekas isterinya pada malam (Rabu) itu. Urusan seterusnya dikendalikan oleh pihak masjid. Keesokan hari, barulah urusan pengebumian dijalankan.
Tulis Chef Wan, pernah dulu arwah ibu berkongsi cerita dengan Serina. Katanya, Chef Wan adalah bekas suami terbaik, mana-mana wanita harapkan. Sentiasa pemurah, menyayangi dan baik budi dengannya.
Demi memastikan bekas isteri dan ahli keluarga terjaga dengan baik, Chef Wan sentiasa bekerja keras. Tidak mudah, namun Chef Wan sentiasa memastikan segalanya berjalandengan baik.
Allahyarham Norhayate mendirikan rumah tangga dengan Chef Wan pada tahun 1982, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.
Hasil perkahwinan, keduanya dikurniakan dua orang anak, Mohd Nadzri dan Serina.
MW : Al Fatihah.. salam takziah buat Serina dan Chef Wan sekeluarga. Semoga roh Allahyarham Norhayate Binti Fatimah ditempatkan di taman-taman syurga bersama-sama orang yang soleh.
Pelakon dan pengacara Yana Samsudin berkongsi berita duka tentang satu-satu adik lelakinya, Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Sebaknya hati kakak, apabila adik lelakinya yang baik ini baru saja bergelar bapa. Malah, isterinya sedang berpantang di Sarawak, ketika arwah menghembuskan nafas yang terakhir. Allahu..
Kongsi Yana,
Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri.
Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari…..
Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali
Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya..
Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. .
Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya…
Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… .
Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… .
Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin..
Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .. .
Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88
Yana merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Bapanya, Samsudin Jamuri berasal dari Yong Peng dan ibunya, Suhaily ‘Elly’ Abdullah dari Serian, Sarawak.
MW :Al Fatihah.. semoga roh arwah Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di taman-taman syurga yang indah.
Usahawan, Syifa Melvin akhirnya buka mulut berkongsi cerita sebenar tentang dirinya yang dikaitkan dengan prestasi merudum pemain bola sepak skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.
Akuinya, sejak kisah tentang dirinya tular, dia tidak mahu ambil peduli tentangnya. Namun, ramai pula yang mengecam tanpa tahu hakikat sebenar yang dia sedang lalui.
Tulisnya di instagram miliknya,
“I didnt open my mouth since benda ni tular.. and i tak tau macam mana dorang press ni dapat cerita? Since ramai yang menghentam.. let me spill the tea.
I’ve been working my ass off cari duit sendiri tidur tak cukup apatah lagi rehat tak cukup just for the sake of nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri, tak pernah sekali mintak duit “Dia” untuk sara hidup… Dia pun kenal Syifa macam mana.
Part Paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, Cuma dia sahaja tahu.
Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, Sekali pun Syifa tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.. Tak tau pulak boleh jadi besar macam ni.. Terima kasih kepada yang komen maki, hina atau puji.. Syifa doakan korang jangan melatah dengan apa yang korang baca, yang mengalami dan rasai hanya kami berdua.. Semoga semua dalam lindungan Allah swt.
Sebelum ini tular di instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegur sikap bintang sensasi bola sepak JDT itu yang dikatakan sedang hangat bercinta sehingga hilang fokus. Dan berdepan tekanan apbila didesak untuk berkahwin daripada kekasihnya yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin.
MW :Doakan yang baik-baik untuk mereka. Semoga dapat diatasi kekeliruan ini dengan sebaiknya.
Kisah menyentuh hati seorang ibu tunggal yang menemui jodoh selepas lima tahun membesarkan enam anak sendirian hingga anak-anak teruja akhirnya dapat solat berjemaah bersama imam di rumah.