Sebenarnya jika seorang suami yang peka dengan keperluan dapur rumah setiap bulan, apabila disuruh ketua keluarga membeli barang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sudah tentu mereka tidak akan berdepan dengan sebarang masalah.

Perkara ini menjadi rumit apabila selama ini suami menyerahkan tugas membeli barang keperluan dapur kepada isteri bulat-bulat. Jadi walaupun telah sepuluh, 20 tahun berkahwin, sudah tentu ayah-ayah jadi pening dan huru-hara apabila tidak biasa melakukan tugas isteri yang “satu” ini.

Oleh itu, sebaiknya suami ambil tahu apa keperluan di dapur, jadi bila disuruh ke pasar tidak akan timbul sebarang masalah.

Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin ini :

“Hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar untuk membeli keperluan harian…”

Selepas itu pakat-pakat post macam mana rupa daun sup, daun saderi, daun ketumbar, daun bawang, halia, lengkuas, sawi, bok choy, kailan, bayam dan sebagainya…

Nampak?

IKLAN

Sepanjang perkahwinan, kita orang lelaki jarang ambik tahu perihal keperluan dapur isteri… Kita bawa dia pergi shopping, kita bagi dia duit… Dia yang beli, dia yang uruskan from A to Z…

Isteri Tahu Segalanya

Suruh suami masuk dapur, cari tempat letak kunyit…

Itu pun belum tentu dia jumpa dekat mana isteri dia letak kunyit… Susun atur dapur, isteri yang tahu… Barang keperluan dapur, isteri juga yang tahu…

Apa yang habis, apa yang ada, apa yang dia nak guna…

IKLAN

Now, 14 days to get to know setiap barang keperluan dan kelengkapan yang selalu digunakan isteri… Sekarang juga masa kita tengok berapa jumlah perbelanjaan dapur yang diperlukan isteri untuk seminggu, atau pun sebulan…

Orang perempuan lain kalau tengok senarai yang diberikan pada lelaki, mereka sudah tahu yang mesti isteri dia nak buat nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak, dan sebagainya… Kita orang lelaki  tak tahu apa yang isteri nak buat dengan senarai tersebut, kita hanya tahu beli dan bagi…

Ada isteri yang tulis siap dengan kuantiti, ada yang tak tulis kuantiti…

IKLAN

Bagi suami yang biasa menolong isteri, dia tahu jumlah yang dia patut beli… Bagi yang jarang sekali menolong isteri, dia akan beli kuantiti macam nak buat kenduri…

Masa ini kita akan tahu nilai 50 ringgit bila digunakan ke pasar…

Cukup tak cukup, isteri membazir atau tidak dengan duit yang kita bagi…after this, gandakan atau tambahkan nilai duit belanja dapur yang kita bagi pada isteri sekiranya kita sedar bahawa selama ini isteri banyak top up duit sendiri atau banyak yang dia tak beli disebabkan duit yang kita bagi itu tidak mencukupi…

Sudah 10 tahun kahwin pun akan jadi noob kalau baru pertama kali nak tolong isteri membeli…

#ambiktahu
#pekadanprihatin
#jgnddukdiruangtamusaja

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Semoga selepas tempoh PKP nanti semua suami lebih peka dengan keperluan isi rumah dan tidak menyalahkan isteri jika meminta wang belanja lebih. Tentu pengalaman 14 hari ini juga akan mengajar ayah-ayah untuk menjadi suami yang lebih “cakna”.