Viral sejak semalam, bila ramai mula “panic buying” gara-gara bimbang stok makanan dan keperluan kehabisan stok. Situasi ini tanpa kita sedar akan membuatkan ramai terdedah kepada virus Covid-19 apabila masing-masing bersesak-sesak membeli keperluan.
Selebriti Fasha Sandha antara yang terkena tempias apabila ke pasaraya untuk membeli biskut, ramai orang bersesak membeli barangan. Gara-gara orang lain “panic buying”, dia tak dapat biskut kegemaran.
Ikuti perkongsian, Fasha Sandha di akaun Instagramnya:
Semua gambar ini diambil oleh saya sendiri. (Kisah semalam)
Mall jadi sepi, tapi grocery store sesak sampai i nak beli biskut cap ping pong kegemaran i pun habis. Semua orang pakat beli macam nak meniaga…. Ya lah kalau semua ambil seorang 5 bungkus, sebungkus pun tak ada untuk i 😢
Jom la kita semua doakan agar situasi virus ini berakhir.
Dalam masa yang sama, Fasha turut berkongsi dirinya turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan membatalkan majlis yang bakal dianjurkan hujung bulan nanti kerana Covid-19.
Majlis saya yang sepatutnya disambut hujung bulan ni pun terpaksa ditangguhkan demi keselamatan dan menghormati keputusan Kerajaan. Memang sukar, sebab persiapan telah dibuat, jemputan semua dah dibuat, pembayaran semua dah dibuat 😢tapi keselamatan semua lebih penting dari segalanya.
Akhir sekali, pelakon ini menyeru semua pengikutnya mendoakan yang terbaik untuk negara kita dan mengikut arahan kerajaan.
Ads
Kita doa yang terbaik untuk negara kita Malaysia. Kita mendapat perintah untuk mengawal pergerakan kita, Jadi kita harus ikut demi kesejahteraan Semua. ❤️
Be Safe kesayanganku.
I love you.
MW: Paling penting bersederhanalah dalam apa jua tindakan. Tidak salah membuat persiapan tetapi jangan keterlaluan hingga mengabaikan keselamatan diri. Lagi pula kedai pembekal makanan, kedai serbaneka dan kedai runcit dibuka seperti biasa dan tidak diarahkan tutup. Jadi jangan panik.
Tengahari tadi Mingguan Wanita Talkshow telah bersiaran selama sejam dengan membincangkan isu yang agak panas iaitu Dadah Penghancur Rumah Tangga.
Dek kerana hari ini merupakan hari ke sembilan PKP, tetamu undangan dihubungi dari studio. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Tuan Musa Awang telah berkongsi pendapat mengenai isu ini. Menurutnya kadangkala pasangan yang berkahwin tidak tahu pasangan mereka adalah penagih.
“Isu dadah ini sangat besar kadang-kadang mereka yang ambil dadah bukan satu ketagihan. Tapi bila jadi ketagihan, itulah yang menjadi punca berlakunya keruntuhan rumahtangga. Kadang-kadang pasangan yang berkahwin tak tahu pasangan mereka adalah penagih. Ada yang tahu awal tapi dia terima dengan harapan pasangan mereka akan berubah,” ungkap Tuan Musa.
Isteri Berhak Mohon Cerai
Ditanya adakah isteri berhak memohon perceraian dek kerana masalah ini;
“Isteri berhak memohon perceraian iaitu secara fasakh atas alasan suami berperangai keji (ketagihan dadah).
“Bila isteri dah patah hati barulah akan failkan cerai ke mahkamah.
“Harapan yang diberikan terlalu besar. Kadang-kadang perceraian itu isteri tak nak dan mampu bertahan. Tapi bila isteri dah tak mampu barulah dia failkan cerai.
Tip buat isteri bagaimana jika isteri nak jaga aib suami dan nak cari penyelesaian?
“Dalam rumahtangga seorang isteri tak boleh bercakap sendiri dengan suami. Isteri kena cari orang ketiga yang suami hormat seperti mak ayah atau bapa saudara atau kaunselor atau jabatan agama untuk memberi nasihat kepada suaminya. Jika suami masih tak berubah telah diberi nasihat. Namun dalam tempoh setahun jika suami masih dalam keadaan yang sama, isteri boleh buat keputusan yang terbaik untuk dirinya,” akhiri Tuan Musa.
“Gadis Cantik Berjubah, Tudung Litup Lepas Kahwin Berubah Perangai” Dr Sallina Mansor
Menurut Pengarah PUSPEN Sg Besi, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Dr Salinna Mansor pula kebanyakkan mereka yang terlibat dalam penagihan najis itu adalah lelaki.
“Saya pernah ada klien seorang gadis yang sangat cantik, berjubah dan bertudung labuh, rupa-rupanya bila berkahwin dia tak tahu suami penangih. Lepas bersalin dia berasa sakit dan suami bagi ubat yang mengandungi najis itu. Isteri tak tahu itu dadah dan lama kelamaan dia ketagih,” terang Dr Sallina Mansor.
Malah ada juga isteri yang ketagih bila terasa ingin mencuba dek kerana suami merupakan seorang penagih.
Menurut Dr Sallina lagi di AADK mereka menerima mereka yang mahu pulih secara sukarela.
“Kami memulihkan penagih. Setakat ini secara sukarela, kami terima orang yang nak pulih. Ada program keagaamaan, kaunseling, pembimbing rakan sebaya (PRS). Kami juga memegang konsep iaitu Komuniti Kita Tanggungjawab Kita,” luah Dr Sallina.
“Terlibat Sejak Usia 11 Tahun” Mak Wan
Salah seorang tetamu yang dihubungi merupakan seorang Sahabat AADK, Pembimbing Rakan Sebaya iaitu Wan Kamariah Daud (Mak Wan).
“Mak Wan terlibat dengan najis itu lebih kurang usia 11 tahun, faktornya disebabkan tekanan emosi. Sebab waktu tu Mak Wan duduk dengan keluarga angkat. Pergaulan sosial tak ada.
“Kemudian Mak Wan kahwin dengan suami yang juga seorang bekas penangih dan pengedar. Dan mula dari situ terlibat dalam najis tersebut. Rumahtangga, pada tahun 1991, suami Mak Wan dihukum gantung mandatori, lepas dia tak ada, Mak Wan terus terjerumus lagi dalam dadah.
Pulih Sepenuhnya
“Dengan AADK, Mak Wan banyak program yang dibuat sebab banyak kali keluar masuk. Ada program Halaqah berkonsepkan kegamaan dan kerohaniaan. Dan akhir sekali Mak Wan ikut program Terapi Kekeluargaan.
“Proses pemulihan yang paling sulit yang Mak Wan harungi apabila harus mengharungi gian. Sebab gian itu tidak pada tubuh badan saja. Gian ada dalam emosi kita, itu payah nak pulih. Bergantung pada pegawai AADK, bantu untuk kita selesaikan apa yang kita nak alami.
“Mak Wan ambil masa selama lapan tahun untuk pulih dan masa itulah bekerja sambil bantu rakan-rakan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya di bawah AADK,” ungkap Mak Wan yang berpesan agar jangan seesekali cuba walau apa jenis dadah pun. Najis ini bukanlah penyelesaikan kepada masalah yang anda hadapi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cukup sayu di wajah Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Dr. Maszlee bin Malik apabila Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, berkuatkuasa mulai 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.
Menerusi status yang dikongsi di status Facebook Dr. Maszlee, beliau merayu agar penduduk di kedua-dua kampung itu berada dalam keadaan tenang.
“Dalam waktu kritikal sebegini, saya mohon agar penduduk di Kg Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Ibrahim Majid untuk berada dalam keadaan tenang dan tidak panik.
“Kita patuhi arahan pihak berkuasa dan kekal berada dalam rumah.
“Makanan dan bantuan lain akan terus disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Parlimen Simpang Renggam sendiri.
“Sama-sama kita mengangkat doa agar kita terus kuat dan tabah melalui ujian besar ini.
Dr. Maszlee juga turut berkongsi Pejabat Parlimen Simpang Renggam dengan kerjasama NGO Merdeka! telah melancarkan Tabung Derma Kilat Simpang Renggam.
“Ia dibuka bagi membolehkan orang ramai membantu penduduk Kg Dato’ Ibrahim Majid & Bandar Baharu Ibrahim Majid di Simpang Renggam sepanjang tempoh PKPD. Kepada yang ingin menderma, boleh ke akaun CIMB, Persatuan Perniagaan Ekonomi Merdeka: 8010159117.
“Terima kasih sangat-sangat saya ucapkan kepada semua yang prihatin dan mahu sama-sama meringankan beban penduduk Simpang Renggam.
“Jasa anda, hanya Tuhan yang bisa membalasnya. Teruslah berdoa agar keadaan ini segera pulih.
Sejurus selepas diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan Simpang Renggam, Dr. Maszlee telah mengeluarkan kenyataan akhbar dan memohon rakyat Malaysia agar mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk di kawasan tersebut. Kenyataan dibawah sempat juga turut dikongsikan di status facebook milik beliau;
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita kerap mengalami masalah kawalan kencing atau Stress Urinary Incontinence (SUI). Kajian menunjukkan sebanyak 44.1 peratus wanita yang telah berumah tangga di Malaysia mengalami masalah kawalan kencing.
Jelas Pengamal Perubatan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Nurhalina Azly binti Minhat, masalah terkucil ialah apabila terkeluarnya air kencing dengan tidak sengaja. Masalah ini kerap berlaku di kalangan wanita.
Masalah terkucil akan menyebabkan seseorang itu kurang selesa dan menyukarkan keadaan untuk beriadah, solat atau mengerjakan ibadah umrah atau haji.
Simptom ini tidak semestinya akan berlaku setiap kali. Aktiviti yang menambah tekanan pada pundi kencing akan menyebabkan seseorang itu terkucil, lebih-lebih lagi jika pundi kencing penuh dengan air kencing.
SUI juga sering dikaitkan dengan kurang keyakinan diri. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah SUI ini akan merasa malu, mengasingkan diri dan mengurangkan aktiviti sosial.
Namun demikian, masalah terkucil (SUI) ini ada rawatannya.
Masalah terkucil (SUI) boleh dirawat. Sekiranya masih di peringkat awal, rawatan berikut boleh dilakukan untuk memulihkan masalah terkucil:
Senaman ini ialah seperti menahan perjalanan air kencing sewaktu tengah kencing. Kemut selama 5 saat dan rehatkan otot 5 saat. Ulangi 10 kali, dan lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Biasanya ujian darah akan dilakukan terlebih dahulu. Sekiranya paras hormon estrogen atau testosterone rendah, ia boleh diganti dengan hormon bioidentikal dalam bentuk krim sapuan atau dalam bentuk pil.
Rawatan ini dilakukan sewaktu tiada haid. Ujian Pap Smear diadakan terlebih dahulu untuk memastikan kesihatan pangkal rahim. Alat radiofrekuensi dimasukkan ke dalam faraj untuk memanaskan bahagian dalam faraj ke suhu 41 darjah Celsius.
Rawatan ini tidak menyakitkan tetapi cuma berasa suam di dalam faraj. Rawatan mengambil masa 20-30minit sehingga semua bahagian di dalam faraj sampai ke tahap 41 darjah Celsius.
Rawatan radiofrekuensi ini akan menyebabkan lebih banyak pembentukan kolagen yang mampu menguatkan otot lantai pelvis dan sphincter urethra. Rawatan ini juga dapat mengetatkan faraj bagi wanita yang mengalami masalah kelonggaran faraj selepas bersalin atau menopos.
Setelah selesai rawatan radiofrekuensi, aktiviti harian boleh dilakukan seperti biasa, termasuk hubungan intim. Rawatan perlu diulangi sebulan sekali sebanyak 3 kali dan diulangi jika perlu.
Seperti rawatan radiofrekuensi, laser dimasukkan ke dalam faraj dan dinding faraj dilaser. Proses ini menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak kolagen. Pesakit yang menjalani rawatan laser faraj memerlukan jangkamasa sekitar 1 minggu untuk sembuh. Dalam lingkungan waktu ini, pesakit tidak dibenarkan melakukan hubungan intim kerana ditakuti luka laser akan dijangkiti kuman. Rawatan laser vagina perlu diulangi jika perlu.
Jika kesemua rawatan di atas tidak berhasil atau tahap kelemahan otot lantai pelvis dan sphincter urethra sudah di tahap yang serius pembedahan mungkin diperlukan.
1)Masalah depresi disebabkan wanita ini akan sering mengelak untuk keluar beriadah atau bersosial. Mereka juga akan merasa kurang keyakinan diri kerana perlu memakai tuala wanita atau lampin dewasa.
2)Masalah “urge incontinence” atau “overactive bladder” iaitu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat menahan kencing sebaik sahaja terasa hendak kencing
3)Masalah radang kulit di kawasan di mana air kencing terkena pada kulit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ditakdirkan kahwin tak sekufu, ini salah satu cabaran buat pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Bukan tidak mampu menolak awal-awal tetapi kalau sudah jodoh, lari macam mana pun tetap akan berjumpa