Ira Kazar dipanggil JAWI, Puteri Sarah lega, begitlah luahan pelakon Puteri Sarah apabila wanita dikenali Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami Syamsul Yusof sudah dipanggil untuk memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) baru-baru ini.
Puteri Sarah yang ditemubual sewaktu bersua wajah dengannya di majlis sidang media teater Maduku Terpaling Kalut turut menerangkan, menerusi aduan yang sudah dibuatnya di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sebelum ini, siasatan ke atas wanita terbabit kini giat dijalankan oleh pihak berkaitan dan semoga semuanya lancar.
Sebelum ini Puteri Sarah mendedahkan sejak tahun 2019, wanita bernama Ira Kazar telah menggangunya dengan fake akaun dan komen-komen menyakitkan hati.
Kesabaran yang dipertahankan Puteri Sarah akhirnya meletus jua bila mana Ira mula menyentuh tentang anak-anaknya.
Terbaru Puteri Sarah juga memaklumkan mahkamah telah mengeluarkan arahan injuksi yang melarang Ira mendekati dia dan seluruh ahli keluarganya.
Malah Puteri Sarah juga meluahkan berasa lega sekarang hidupnya lebih aman.
Menurut laporan akhbar pula pada 20 Ogos lalu Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.
Ads
“Apa yang saya boleh beritahu, memang dia (Ira) sudah pun dipanggil dan tampil memberikan keterangan (kepada pihak JAWI). Sekarang, pegawai penyiasat sedang menjalankan siasatan selanjutnya.
“Walaupun siasatan dilakukan mengambil masa, tapi saya lega kerana ia terus berjalan. Insya-Allah selepas selesai siasatan itu, saya akan bertindak ke peringkat seterusnya,” kata Puteri Sarah.
2 Aduan Dibuat Di Mahkamah Syariah & Di Mahkamah Sivil
Tambah Puteri Sarah lagi, terdapat dua aduan sudah dibuatnya iaitu satu di Mahkamah Syariah untuk dakwaan orang ketiga, manakala di Mahkamah Sivil pula bagi dakwaan melakukan gangguan.
“Apapun, saya berasa amat lega kerana segala usaha yang dilakukan ini adalah bagi melindungi keluarga dan anak-anaknya saya. Harapan dan doa saya agar kemenangan akan berpihak kepada saya.
“Semua yang saya perjuangkan ini untuk diri sendiri dan anak-anak. Ia memang satu proses yang panjang, tetapi setidak-tidaknya Alhamdulillah, ada menunjukkan perkembangan.
Ads
“Saya juga tidak kisah menunggu lama, asalkan ada pergerakan tentang siasatan dilakukan ini. Bagaimanapun, syukurlah nampaknya usaha keras yang saya lakukan terus berjalan,” sambungnya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Benarlah hidayah itu milik Allah. Siapa lah kita manusia untuk menidakkannya. Siapa sangka Harry Zulkifli, 26, yang dulu pernah hidup dalam dunia maknyah kini kembali berubah kepada fitrah.Tatkala dulu dia lebih selesa dikenali sebagai’ Yana’, kini dia mahu melupakan selamanya gelaran wanita itu dan lebih selesa disapa dengan nama lelaki iaitu Harry. Perkongsian hijrah ini dikongsikan oleh beliau ketika menjadi tetamu jemputan didalam program Live FB Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf awal tahun ini.
Menurut Harry tempoh dua tahun diambil untuk berubah dan beliau percaya ia hasil berkat doa ibunya dan dorongan kawan-kawan.Harry juga menyatakan kekesalan dengan perlakuan lamanya, kini bertekad untuk kembali menjadi lelaki sebenar.
“Dua tahun saya ambil masa untuk berubah, ini berkat doa keluarga terutama mak dan dorongan kawan-kawan,”
“Saya pasak tekad, moga ALLAH SWT kuatkan saya untuk terus menjadi seperti ini dan tidak kembali kepada perbuatan lama saya,” katanya.
Miliki Naluri Kewanitaan Sejak Umur 4 Tahun
Sementara itu menyingkap kembali sejarah hitamnya, Harry berkata, dia yang sejak berusia empat tahun mempunyai naluri kewanitaan semakin ‘menjadi-jadi’ perubahannya selepas hidup bebas di Kuala Lumpur.
“Keluarga saya memang perasan mengenai saya, dulu saya selalu curi-curi pakai celak dan bersolek dan makin melarat tatkala usia menginjak remaja dan mula tersasar jauh setelah hidup bersendirian di Kuala Lumpur ketika itu,” katanya.
Ketika di ibu negara, dia mulai berani pergi ke kelab malam dan menghabiskan masa di tempat tidak berfaedah.
“Duit saya sentiasa tidak cukup… hinggalah saya tersedar satu ketika hidup saya semakin jauh daripada keluarga dan agama,” katanya sedih.
Detik Penghijrahan
Dalam pada itu, bercerita mengenai kisah penghijrahannya, detik penghijrahan itu bermula selepas tertarik dengan akhlak sahabatnya yang mula menarik untuk berubah.
“Terdetik untuk saya berubah dua tahun lepas. Saya tertarik dengan akhlak yang elok daripada seorang sahabat, dia bimbing dan tarik saya untuk bertemu dengan orang warak dan alim.
“Daripada itu saya mula dekat dengan agama dan mula tersedar bahawa ALLAH SWT menciptakan saya sebagai lelaki… memang tahun pertama itu susah untuk istiqomah, namun Alhamdulillah saya semakin baik dan makin berubah,” katanya.
Anak kelahiran Kuching Sarawak ini berkata, antara pendukung kuat untuk dia berubah juga adalah ibu dan kakaknya.
“Baru-baru ini saya balik kampung, mak cakap inilah anak lelaki sebenarnya, dia gembira sangat.
“Kongsi mak, dia tidak putus-putus berdoa untuk saya berubah menjadi lelaki sebenar,” katanya yang tinggal bersama ibunya selepas ibu bapanya bercerai.
Diri Semakin Tenang & Bahagia
Harry yang kini bekerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan di sebuah Hospital di Negeri Sembilan, berkata, selepas berubah dia kini semakin tenang.
“Alhamdulillah ketenangan yang saya tidak boleh bayangkan, saya boleh solat dengan selesa dan ia betul-betul memberi kebahagian kepada saya,” katanya.
Kongsinya lagi selepas dia berubah dia kini lebih dekat dengan keluarga.
“Dulu saya selalu abaikan panggilan mak, ada sahaja alasan untuk saya lari daripadanya, hinggakan kalau berbual pun diakhirnya kami akan bergaduh.
“Tapi, Alhamdulillah, sekarang saya kerap balik kampung dan akan hubungi ibu selalu untuk maklum tentang hari-hari saya,” katanya.
Nasihat Buat Teman-Teman
“Golongan pondan boleh berubah, cuma kita masyarakat janganlah memandang serong, beri kata positif dan dorongan,” katanya.
Katanya, keluarga juga perlu menjadi pemangkin semangat yang utama buat golongan ini.
“Jangan buang mereka, tak mengaku anak… saya minta jasa baik ibu dan ayah jangan buang mereka,” katanya.
Doakan sahaja yang baik-baik semoga hidayah terus berkekalan dalam diri Harry dan istiqamah dalam penghijrahan beliau. Jangan sesekali kita memandang rendah pada golongan sebegini, berikan mereka peluang dan dorongan untuk berubah menjadi lebih baik.
Zaman sekarang ini, ada macam-macam cara untuk orang menipu terutamanya yang melibatkan wang ringgit. Terbaru, duit RM100 palsu yang digunan untuk membeli barangan.
Izzad Syamer dalam video perkongsiannya di page Port Dickson Area menunjukkan perbezaan antara duit RM100 palsu dengan original apabila dilihat di bawah cahaya sinaran UV.
Daripada perkongsiannya, memang sama dan hanya nombor siri pada duit itu saja membezakan ia palsu dan tulen.
Daripada apa yang dikatakan, persamaan duit RM100 palsu dengan duit sebenar adalah hampir 93 peratus sama.
Apa yang dibezakan dalam video tular itu adalah duit RM100 palsu tetap mengeluarkan cahaya reflektif kehijauan pada angka 100 di bahagian cetakan Gunung Kinabalu, tulisan dan logo Bank Negara Malaysia (BNM).
6.
Sebaliknya, cahaya reflektif sama tidak kelihatan pada bahagian nombor siri seperti duit asli. Sedangkan pada duit asli, cahaya dapat dilihat pada nombor siri.
Lelaki itu turut menasihatkan agar pengguna supaya berhati-hati kerana not wang palsu itu sukar dibezakan dengan duit kertas sebenar.
Mingguan Wanita : Sindikit pun makin pakar dah. Tapi, pakar macam mana pun, ia tetap tidak akan dapat sama dengan yang tulen. Kena hati-hati dan jangan mudah tertipu terutamanya pada penjual.
Kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun manalah dia tahu ular itu berbisa atau tidak. Hendak mengadu pun belum pandai. Tetapi itulah yang berlaku pada Nur Safia Sumayyah Muhammad Firdaus
Pada awalnya dia hanya mengadu jatuh dan ibunya ingatkan anaknya terseliuh. Rupanya kaki anak bengkak kerana dipatuk ular ketika berbasikal sendirian. Mujurlah cepat di bawa ke hospital dan anak ini selamat.
Mengadu Jatuh, Ingatkan Terseliuh
Aktiviti berbasikal menjadi mimpi ngeri buat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Kampung Pulai Mutiara, Gelang Patah di sini, apabila kaki kanannya dipatuk ular yang melingkar di rantai basikal.
Ibu kanak-kanak itu, Aida Dalila Damia Zulkipli, 31, berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi semalam ketika Nur Safia Sumayyah Muhammad Firdaus, 3, bermain sendirian di pekarangan rumah.
Menurutnya, dia tidak mengetahui anaknya dipatuk ular sehinggalah melihat kaki anak kedua itu bengkak dan menelefon suami untuk pulang serta membawa Nur Safia ke hospital.
“Sebelum itu Nur Safia minta nak main basikal dan tak lama kemudian masuk ke dalam rumah serta cakap dia terjatuh, tetapi dia main macam biasa dengan kakaknya di dalam rumah.
“Cuma selepas itu, dia mengadu kaki sakit dan minta disapukan minyak. Saya pula tidak syak apa-apa dan menyuruhnya mandi dahulu. Selesai mandi, dia masih bermain dengan kakaknya sebelum datang kepada saya untuk menyapu ubat.
“Ketika itulah saya melihat kakinya sudah bengkak tetapi tidak fikir lain, sebaliknya bimbang dia terseliuh atau patah. Saya menelefon suami yang bekerja supaya pulang dan kami ke hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terkejut Kepala Ular Di Bahagian Rantai Basikal
Aida Dalila berkata, semasa menyapukan minyak pada kaki anaknya, dia melihat ada kesan gigitan dan bertanya berulang kali sama ada Nur Safia benar-benar jatuh atau sebaliknya.
Katanya, dia kemudian terkejut apabila terlihat kepala ular di bahagian rantai basikal anaknya yang diletakkan di hadapan pintu rumah.
Menurutnya, suaminya yang pulang segera memukul ular itu dengan dengan kayu dan mereka membawa Nur Safia ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Gigitan Ular Tidak Kena Abdomen
“Alhamdulillah Nur Safia dalam keadaan baik dan pemantauan 24 jam dilakukan doktor mendapati darahnya baik (tiada bisa) dan gigitan ular tidak mengena abdomen.
“Lebam yang sehingga lutut itu juga sudah berkurangan, cuma kakinya masih bengkak. Dia masih dalam pemantauan,” katanya yang memberitahu rumah sewa didiami empat bulan itu berdekatan kawasan paya.
Dia juga memberitahu pakar ular yang hadir memaklumkan ular menggigit Nur Safia berkemungkinan spesis ular kapak bakau.
MW: Semoga Nur Safia kembali sihat dan sembuh seperti biasa. Biar pun mak, ayah rasakan anak selamat bermain sendirian tetapi jangan ambil mudah kerana malang tak berbau. Harapnya kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...