Zaman sekarang ini, ada macam-macam cara untuk orang menipu terutamanya yang melibatkan wang ringgit. Terbaru, duit RM100 palsu yang digunan untuk membeli barangan.
Izzad Syamer dalam video perkongsiannya di page Port Dickson Area menunjukkan perbezaan antara duit RM100 palsu dengan original apabila dilihat di bawah cahaya sinaran UV.
Daripada perkongsiannya, memang sama dan hanya nombor siri pada duit itu saja membezakan ia palsu dan tulen.
Daripada apa yang dikatakan, persamaan duit RM100 palsu dengan duit sebenar adalah hampir 93 peratus sama.
Apa yang dibezakan dalam video tular itu adalah duit RM100 palsu tetap mengeluarkan cahaya reflektif kehijauan pada angka 100 di bahagian cetakan Gunung Kinabalu, tulisan dan logo Bank Negara Malaysia (BNM).
Ads
6.
Sebaliknya, cahaya reflektif sama tidak kelihatan pada bahagian nombor siri seperti duit asli. Sedangkan pada duit asli, cahaya dapat dilihat pada nombor siri.
Lelaki itu turut menasihatkan agar pengguna supaya berhati-hati kerana not wang palsu itu sukar dibezakan dengan duit kertas sebenar.
Mingguan Wanita : Sindikit pun makin pakar dah. Tapi, pakar macam mana pun, ia tetap tidak akan dapat sama dengan yang tulen. Kena hati-hati dan jangan mudah tertipu terutamanya pada penjual.
“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku” begitulah luahan pelakon yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua, Jasmin Hamid, 47.
Selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal, baru-baru ini Jasmin telah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Nazmir Abd Rahim, 35, juga pembantu peribadinya.
Malah kegembiraan pelakon senior ini sentiasa mendapat hati di kalangan peminat-peminatnya. Apatah lagi selepas mendirikan mahligai, Jasmin sering berkongsi kisahnya menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Terbaru, Jasmin berasa sangat bersyukur kerana dapat menyambut hari lahir suami selepas bergelar isteri. Malah suaminya juga berasa bertuah tahun pertama menyambut hari lahir sebagai seorang suami.
“Terima Kasih ALLAH kerana masih pinjamkan suamiku buat ku..
“Ini adalah tahun pertama sambut Birthday sebagai seorang SUAMI katanya..
“Lain bebenor rasanya,” luah Jasmin.
Menerusi perkongsian tersebut juga Jasmin memanjatkan rasa bersyukur kerana diberikan rezeki menyambut hari lahir suami walaupun hanya di set penggambaran.
“Apapun keadaan,kami tetap bersyukur dengan rezeki Allah walaupun hanya mampu sambut di set shooting kerana tanggungjawab..
“Terima kasih pada teman-teman di set #cintaamnesia. Happy Birthday juga pada December Babies,” ungkap Jasmin.
Mahu mengambil tong sampah, tanpa sengaja pekerja pembersihan ini jumpa bayi perempuan masih bertali pusat.
Malangnya bayi yang ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Allahuakbar, sedihnya mengenangkan bayi sekecil itu yang baru mengenal dunia diperlakukan sebegitu rupa.
Mayat bayi perempuan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di tempat letak kereta bertingkat sebuah flat di Bandar Tun Razak, Cheras, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mayat ditemui pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada jam 5.50 petang.
“Lelaki itu mendakwa semasa mengambil tong sampah di bawah flat, dia ternampak mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan memaklumkan kepada penyelianya.
“Polis yang menerima laporan ke lokasi dan pemeriksaan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat bayi malang itu dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk bedah siasat.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.
Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan.
Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Mingguan Wanita : Biar apapun alasan yang diberikan, mak dan ayah kepada bayi tersebut tetap bersalah. Meragut nyawa bayi kecil yang tak berdosa. Semoga pesalahnya dapat ditangkap dengan segera.
Ajal, maut, rezeki dan jodoh semuanya dibawah ketentuan tuhan. Selepas 4 tahun bergelar ibu tunggal, Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, mengesahkan telah bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, baru-baru ini.
Berkongsi berita gembira menerusi hantaran dalam laman Instagram (IG), Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, namun, tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu.
“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani. Sempena malam Jumaat yang juga ‘sayyidul ayyam’, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi dari kecil lagi.
“Beliau adalah saudara Rushdi Ramli,” dedah Nora menerusi hantaran dimuat naik, beberapa jam lalu.
Melalui hantaran sama, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini memohon maaf tidak menghebahkan awal berita gembira itu.
“Dari awal lagi saya berniat mahu tidak berkongsi berita gembira ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
“Saya berpegang kepada prinsip perkahwinan satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti.
“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang ditentukan,” luah penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Mengharapkan keberkatan di sebalik keputusan dibuat, Nora turut mengharapkan doa semua pihak agar mahligai dibina berkekalan hingga ke alam syurga.
“Saya mohon peminat dan insan yang mengenali saya menitipkan doa buat saya semoga mendapat keluarga sakinah, mawaddah dan warrahmah.
“Moga dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredai Allah SWT dunia dan akhirat. Insya-Allah,” katanya.
Nora mengakui, sifat prihatin suami membuatkan pintu hati terbuka menerima lamaran daripadanya.
“Beliau adalah insan pertama melamar, membantu saya dan anak-anak pada saat berdepan tekanan serta tidak punya apa-apa.
“Suami mengajar saya erti sabar, reda dan percaya pada ketentuan Tuhan,” katanya.
Nora menyifatkan perkahwinan keduanya itu juga adalah takdir sudah tertulis buat mereka.
“Saya tidak pernah mencarinya dan suami juga tidak mencari saya. Tetapi, Allah menemukan kami.
“Suami juga sayangkan arwah Johan dan Alif. Moga jodoh kami diberkati,” ujar penyanyi bersuara gemersik ini.
Sebelum ini, Nora pernah dikaitkan dengan dakwaan sudah berkahwin dengan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.Namun, ia dinafikan kedua-dua pihak walaupun dikesan tular dalam media sosial mengenai sekeping salinan sijil pernikahan didakwa milik mereka.
Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah dan selamat pengantin baru buat Nora. Kembali bertemu jodoh dengan rakan arwah suami. Semoga hubungan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Mulianya hati Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terhadap golongan golongan berpendapatan rendah (B40) di Johor, Seri Paduka Baginda bertitah mahu melaksanakan program kekeluargaan.