Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini ditemui masih hidup. Allah Maha Besar.
Biarpun lumpur ini masih panas, kucing ini masih panjang umurnya apabila ditemui masih bernyawa walaupun rumah pemiliknya hampir tenggelam dek lumpur.
Tenggelam Dalam Lumpur Panas Gunung Semeru
Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa meskipun tenggelam di dalam lumpur panas semasa letusan Gunung Semeru, Indonesia, lapor laman berita Berita Hits semalam.
Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki menemui kucing berwarna putih itu hampir tenggelam di dalam lumpur di rumah pemiliknya.
Dia kemudiannya mendekati kucing tersebut sebelum haiwan itu bangun dan bersembunyi di sebalik kayu-kayu hanyut.
Kucing Putih Ini DiTemui Masih Hidup
“Kuasa Allah, seekor kucing masih hidup di ‘lautan’ lumpur Semeru yang masih panas,” tulis lelaki berkenaan dalam video tersebut.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan kasihan melihatkan keadaan kucing tersebut.
Ads
Mohon Selamatkan
“Tolong selamatkan kucing itu, pasti ia haus dan lapar,” kata seorang netizen.
“Minta tolong bawa kucing itu jauh dari kawasan lumpur panas,” kata seorang lagi.
Pada penghujung rakaman, lelaki berkenaan meminta rakannya membawa kucing itu ke lokasi yang lebih selamat. – Agensi
Mingguan Wanita : Kasihan haiwan-haiwan peliharaan yang terlibat dalam bencana ini, mujur kucing ini selamat. Semoga penduduk di daerah ini tabah berdepan ujian ini.
“Moga Besar Pahala Papaku. Anak Yang Baik Dapatkan Hospital & Doktor Terbaik Untuk Nenek” begitulah ungkapan daripada anak perempuan Datuk Redzuawan Ismail atau mesra dikenali Chef Wan yang memberikan pujian buat ayahnya.
Betapa tinggi sekalipun kedudukan seorang anak di mata dunia, anak yang hebat dan baik takkan sekalipun melupakan jasa orang tuanya. Inilah yang dilakukan oleh Chef Wan dalam melayani ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani. Ada banyak ciri-ciri baik yang patut anak-anak lain contohi dengan sikap Chef Wan melayan ibu kesayangan.
“Moga Besar Pahala Papaku”
Terbaru menerusi hantaran di Instagram milik Chef Wan telah berkongsi rasa bersyukur tentang Cik Ani yang telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudara.
Menerusi perkongsian di Facebook pula, anak perempuan Chef Wan, Serina Redzuawan turut menyatakan perasaan bersyukur dan gembira apabila neneknya telah selamat menjalani pembedahan.
Paling terharu, Serina turut memuji dan titipkan doa buat ayahnya yang begitu baik dalam membalas budi kepada Cik Ani.
“Syukur Alhamdulillah nenek dah selamat pembedahan untuk buang kanser ketumbuhan tu besar sangat ngeri!
“Patut lah nenek mengadu sakit dan keras sangat tempat yg ada ketumbuhan tu. Nampak nenek makin segar muka dia pun ceria. Esok katanya dah boleh balik rumah.
“Terima kasih ya Allah kerana mudahkan urusan nenek operation, TQ so much juga buat barisan doktor & medical assistant yg bertungkus lumus jalani operation dengan jayanya.
“Papa memang anak yang baik dapatkan the best Hospital & doktor untuk nenek.
“Moga besar pahala papaku Aminn,” luah Serina.
Alhamdulillah, Ketumbuhan Yang Mengerikan Tu Sudah Dikeluarkan
Selepas ibu Chef Wan selamat jalani pembedahan, ternyata pesanan Chef Wan buat ramai terharu.
“Maaf kerana membuat semua orang dalam kerisauan. Menjelang jam 1 tengah hari, dia kembali ke biliknya. Dia seorang wanita yang tegar dan hanya berada di bilik pemerhatian setengah jam sebelum dia terjaga semula, saya diberitahu.
“Seperti yang anda boleh lihat dia masih terpinga-pinga daripada ubat bius dan ubat penahan sakit yang saya rasa.
“Alhamdulilah terima kasih kepada ALLAH dan segala doa daripada anda semua.
“Dan beliau berjaya keluar dari pembedahan dengan jayanya tanpa sebarang masalah,” katanya.
Tambah Chef Wan, seakan melapah daging limpa, doktor berkongsi kepadanya beberapa gambar tumor berkenaan.
“Doktor menghantar kepada saya semua gambar tumor yang menakutkan untuk melihat ketulan yang begitu besar serta bagaimana dia telah memotong payudara ibu dibuka dan membentuknya semula.
“Macam melapah daging limpa sekeping-sekeping. Kalaulah saya boleh berkongsi dengan anda semua tetapi saya nasihatkan untuk tidak menakutkan anda semua.
“Sekarang saya telah memberinya sedikit air dalam dua jam terakhir dia masuk ke dalam bilik, memberinya makan bubur ikan.
“Selepas makan dia terus meronta mahu menarik tiubnya dan terus meminta saya membawanya pulang. Saya berasa sangat tertekan cuba menenangkannya dan akhirnya doktor memberikan ubat tahan sakit dan beberapa lagi untuk menenangkannya dan menidurkannya.
“Memandangkan dia tidak tidur sepanjang malam seperti saya, inilah masa yang sesuai untuk dia tidur. Dia tidak membenarkan mana-mana pelawat buat masa ini.
“Kami hanya perlu memberinya masa ditambah semua kekeliruan ini sebagai pesakit dimensia. Alhamdulilah, ketumbuhan yang mengerikan tu sudah dikeluarkan,” ujarnya.
Kejadian yang menimpa anak murid seusia 7 tahun baru-baru ini begitu menyentuh hati. Sememangnya besar tanggungjawab pemandu bas atau bawa van sekolah ini. Lagi-lagi yang melibatkan anak-anak sekolah.
Dari soal mengambil tahu bilangan penumpang mencukupi atau tidak, mengambil tahu adakah anak-anak sudah turun dengan selamat dan sebagainya.
Sebagaimana luahan Liza Idris yang berkongsi peringatan agar pemandu mengambil sikap lebih bertanggungjawab dengan pekerjaan yang mereka usahakan.
Kecuaian Manusia Nyawa Terkorban
Allahuakbar.
Sungguh saya terkesan bila tengok video budak kena langgar van sekolah tu.
Ini bukan kejadian kali pertama begini. Sungguh, ajal maut ditangan Tuhan. Namun disebabkan kecuaian manusia nyawa terkorban.
Pintu van baru sahaja ditutup, pemandu terus pecut laju. Walaupun van dalam keadaan bergegar, pemandu masih terus menekan minyak ke depan.
Ini Peringatan Untuk Pemandu Bas, Bawa Van Sekolah
Peringatan untuk diri kita semua:-
Sewaktu berhentikan kenderaan untuk menurunkan budak sekolah, pastikan mereka sudah lintas terlebih dahulu, baru jalankan kenderaan.
Pesan pada budak sekolah supaya tidak melintas depan kenderaan semasa menurunkan mereka.
Pemandu, perlu turunkan budak sekolah pada sisi yang tak bertentangan untuk elak mereka melintas depan atau belakang kenderaan.
Jika pelajar masih kecil, tanggungjawab pemandu untuk turun dan memimpin mereka melintas.
Lagi satu, jika berlaku kemalangan usah angkat mangsa begitu. Bimbang kecederaan lebih parah. Sebaiknya lapik kepala mangsa dan payungkan dulu sementara ambulance sampai.
Bawa van atau bas sekolah ni, tanggungjawab sangat besar. Tak boleh main turunkan van dan pecut kejar trip lain.
Syurga buat mu anak. Moga Allah kurniakan ketabahan buat ibu ayah anak ini. Semoga ibu bapanya reda dan tabah dengan pemergiannya.
Kepada kita ini, jadikan ini sebagai satu peringatan agar tak leka dan cuai.
Mingguan Wanita : Benar ajal maut di tangan tuhan, jika sikap lebih bertanggungjawab ditekankan dalam diri, insyaAllah kadar kecuaian dapat dikurangkan.
Kasihan sungguh nasib seekor kucing yang ditinggalkan dalam rumah kosong selama 52 hari, hingga terdesak makan cebisan kertas untuk terus hidup. Fitrah kucing makan sumber makanan berasaskan daging, namun siapa sangka kerana lapar dan tiada sumber makanan lain, hingga terpaksa makan kertas.
Makan Kepingan Kertas
Seekor kucing ditemui terselamat selepas ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah rumah kosong selama 52 hari dengan hanya memakan kepingan kertas, lapor akhbar Daily Star semalam.
Kucing yang dinamakan Finn itu ditemui oleh seorang pembeli rumah yang ingin memasuki rumah baharunya itu.
Haiwan tersebut kemudiannya dibawa menemui doktor haiwan, dan hasil pemeriksaan mendapati, perutnya dipenuhi dengan kertas yang dimakan akibat terdesak.
Enggan Di Samping Manusia
Menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal, Finn buat masa ini enggan berada di samping manusia.
“Finn amat kurus ketika ia ditemui di rumah tersebut, namun kini telah sihat.
“Berkemungkinan terdapat paip bocor di mana-mana yang membolehkannya untuk minum air.
“Ia amat sedih dengan apa yang telah dilaluinya. Jadi, kami akan mencari seorang pemilik yang sesuai dengannya,” kata Nagtegaal.
Dibuang Tanpa Makanan & Minuman
Setakat ini, polis masih mencari pemilik lama Finn, yang berkemungkinan berdepan dengan tuduhan kekejaman terhadap haiwan.
Selain itu, polis juga tidak dapat memastikan bagaimana kucing itu boleh berada di dalam rumah kosong tersebut, selain tidak menolak kemungkinan bahawa ia dibuang oleh pemiliknya di situ tanpa sebarang makanan dan minuman.
Mingguan Wanita: Kasihannya, terdesak lapar sehingga terpaksa makan cebisan kertas. Jika nak ‘buang’ kucing sekalipun, letaklah ditempat terbuka dan ramai orang, serta letak sekali makanan dan minummanya. Bukannya dibiarkan begitu sahaja, terkurung dalam rumah kosong.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...