Inspirasi kisah penghijrahan, aktif misi kemanusiaan Mizz Nina terima Anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan.
Tahniah diucapkan buat selebriti yang juga bergelar aktivis Syazrina Azman atau lebih dikenali dengan Mizz Nina yang menjadi antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Wanita yang aktif sebagai aktivis kemanusian sejak 2013 itu dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan berikutan pelbagai sumbangan dan jasanya dalam misi kemanusiaan dijalankan sehingga ke luar negara.
Inspirasi Kisah Penghijrahan, Aktif Misi Kemanusiaan
Kisah hijrah Mizz Nina sememangnya sangat mengispirasikan ramai. Mingguan Wanita juga kagum dengan penghijrahan Mizz Nina ini, berusaha menjadi muslimah sejati.
Malah dugaan keruntuhan rumah tangga dan akhirnya berpisah dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang dilalui sebelum ini juga menjadikan dirinya dilihat sebagai wanita yang cukup tabah.
Sebelum memilih untuk berhijab Mizz Nina pernah terleka dan terlibat dalam bidang seni yang penuh cabarannya. Sungguh pantas masa berlalu, tanpa sedar sudah hampir 10 tahun Hajjah Mizz Nina, memakai hijab menjadi muslimah sejati. Malah sejak itu juga dia aktif menyertai misi kemanusiaan, dirinya juga kerap kali ke negara-negara bergolak atas misi kemanusiaan.
Terdahulu pada 2016, Mizz Nina bersama rakan kongsinya ada mengasaskan saluran gaya hidup Islam iaitu Deen of Peace Studios atau DOPS TV Sdn Bhd yang menghasilkan beberapa siri TV dan program bual bicara.
Tidak hanya itu, Mizz Nina juga komited untuk berkongsi dan memberi kembali kepada masyarakat menerusi jalinan kerjasama dibuat dengan pelbagai organisasi seperti Cinta Syria Malaysia, 1moment4them, Possible Dreams International, Feeding The Needy, Miasa dan Into Taqwa Malaysia untuk membantu golongan kurang bernasib baik.
Pada Mei tahun lalu, menerusi Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang disertai 20 badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan dikhabarkan berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta hasil sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.
Perkara itu diumumkan Mizz Nina menerusi Instagram di mana dia sangat bersyukur dengan hasil kutipan dikumpul dan tidak menyangka mendapat sokongan luar biasa.
Hasil sumbangan itu juga dimaklumkan diguna secara berperingkat untuk disalur kepada klinik Malaysia Al-Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Doakan semoga arwah nenda ditempatkan bersama hamba Allah beriman” Aliff Aziz kehilangan insan tersayang. Salam takziah diucapkan buat selebriti popular Aliff Aziz dan keluarga yang telah kehilangan nenek tersayang.
Perkhabaran sedih itu dimaklumkan oleh Aliff menerusi akaun rasmi Instagramnya. Kehilangan neneknya, Hajah Rahmah Ismail, 82, yang disahkan meninggal dunia di Singapura pada 23 Februari cukup meninggalkan kesan buat Juara Gegar Vaganza Musim kelapan itu.
“Doakan Semoga Arwah Nenda Ditempatkan Bersama Hamba Allah Beriman”
Malah Aliff juga menyatakan, Allahyarham neneknya merupakan seorang penyayang dan banyak berkhidmat membawa Jemaah mengerjakan ibadah Umrah dan Haji ketika muda.
“Assalamualaikum kepada semua.
“Nenda saya Hjh Rahmah Binti Ismail telah kembali ke Rahmatullah.
“Saya selaku cucu yang pertama, berhajat kepada semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan juga doakan semoga arwah nenda saya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman.
“Seorang yang sangat penyayang dan juga banyak berkhidmat membawa jemaah untuk ibadah Umrah dan Haji sewaktu beliau muda.
Semoga Baba Tenang Disana
“Alhamdulillah.
“Selamat jalan, Baba. Aliff doakan semoga Allah beri perlindungan di atas segala ketakutan dan dimakbulkan segala pengharapan Baba.
“Semoga Baba tenang disana. Ameen Ya Rabbal’alameen,” luah Aliff.
Ketika ini Aliff dan isteri Bella Astillah masih lagi menjalani kuarantin selepas pulang ke tanah air beberapa hari lalu daripada mengerjakan umrah sejak 9 Februari lalu.
Menerusi ruangan komen pula, para pengikut Aliff di Instagram turut mengucapkan salam takziah.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Aliff dan keluarga. Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan para syuhadah.
Neelofa ingin Bilal fasih 3 bahasa, mahu berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan anak. Kehidupan selebriti yang juga usahawan terkenal Noor Neelofa sentiasa menjadi perhatian masyarakat.
Sejak mendirikan rumah tangga dan kemudian dikurniakan cahaya mata, Neelofa dan keluarga sentiasa mencuri perhatian masyarakat.
Anak lelaki kepada Neelofa iaitu Muhammad Bilal juga sentiasa menjadi perhatian ramai disebabkan kulitnya yang putih dan gebu. Sebagai seorang ibu Neelofa juga sering berkongsi perihal Bilal dan terbaru dia mahu Bilal fasih tiga bahasa.
Neelofa Ingin Bilal Fasih 3 Bahasa
Tiga bahasa yang menjadi pilihannya adalah bahasa Melayu, Inggeris dan juga bahasa Arab. Isteri kepada PU Riz ini juga kini sedang gigih mempelajari dan mendalami bahasa Arab.
Seperti mana dipetik menerusi Gempak, Neelofa ingin Bilal mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dan dirinya jugak turut akan berusaha mempelajari bahasa tersebut untuk kemudahan berkomunikasi bersama anaknya.
“Saya nak Bilal boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dan saya nak diri saya juga boleh bercakap bahasa itu.
“Kalau saya tak tahu bahasa Arab macam mana saya nak berkomunikasi dengan Bilal.
“Jadi, saya dah dedahkan Bilal dengan tiga bahasa (Melayu, Inggeris, Arab) sebab saya memang nak dia mahir bahasa-bahasa ini,” ujar Neelofa.
Pendidikan Aliran Agama & Bahasa Arab Untuk Bilal
Hasrat murni Neelofa juga agar anaknya Bila mengambil pendidikan yang mempunyai aliran agama dan bahasa Arab untuk anaknya itu bila sudah tiba waktunya.
Malah dirinya juga menyatakan bahawa kemahiran asas berkomunikasi dalam bahasa Arab akan memudahkan urusannya yang di dalam perancangan untuk menetap di luar negara.
Penyanyi popular Indonesia, Afgan mengakui teruja apabila buat pertama kalinya bakal menjayakan konsert yang dipimpin oleh orkestra penuh dari Malaysia.
Afgan atau nama lengkapnya Afgansyah Reza ketika ditemui di majlis sidang media konsert Afgan Live In Concert with Orchestra yang bakal diadakan esok di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ia akan melibatkan kira-kira 25 orang pemuzik orkestra tempatan.
“Saya baru sahaja menjayakan konsert di sini (Malaysia) pada Disember tahun lalu di lokasi yang sama. Namun untuk konsert kali ini, saya akan tampil bersama pemuzik orkestra dari Malaysia. Ini merupakan kali pertama persembahan saya di sini akan diiringi pemuzik dari Malaysia. Saya tidak sabar menjayakannya,” katanya nyata teruja untuk membuat persembahan di hadapan para peminatnya di Malaysia.
Pada masa sama, penyanyi berusia 34 tahun itu turut memuji kualiti pemuzik orkestra Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
“Saya hanya sempat menjalani sesi latihan bersama pemuzik Malaysia semalam. Sejujurnya saya memang kagum melihat kualiti yang dipamerkan mereka. Apa yang membuatkan saya kagum, pemuzik baru sahaja mendapat nota muzik untuk konsert saya dan mereka sudah boleh memainkannya dengan baik,” ujar pelantun lagu Bawalah Cintaku itu.
Afgan yang ditemui semasa sidang media Afgan Live In Concert With Orchestra di sini, hari ini bakal membawakan sebanyak 25 buah lagu, termasuk lagu oleh penyanyi tempatan yang dirahsiakan.
Menariknya, untuk konsert kali ini, Afgan turut mengundang penyanyi terkenal Indonesia, Raisa yang turut memeriahkan persembahan esok.
Sementara itu, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati kerana Afgan sekali lagi menerima pelawaan dan bersetuju untuk menjayakan konsert di sini. Difahamkan, sebanyak 3,000 tiket konsert yang dibawakan oleh penganjur, Renjana Idea telah pun habis terjual.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...