#KitaBersama bantu golongan memerlukan, begitulah langkah inisiatif yang diambil syarikat-syarikat barangan pengguna apabila berganding bahu membuat kebajikan dalam situasi pandemik Covid-19.
Ternyatapandemik Covid-19yang melanda secara langsung memberi impak kepada kemerosotan ekonomi serta pendapatan di Malaysia dan serata dunia. Malah semakin ramai rakyat yang terkesan dalam meneruskan kehidupan harian. Paling menyayat hati ada yang kehilangan ahli keluarga dan juga kehilangan sumber pendapatan.
Inisiatif #KitaBersama Bantu Golongan Memerlukan
Bagi meringankan golongan yang terkesan dan dengan niat untuk membantu secara berpanjangan, inisiatif #KitaBersama telah dilancarkan sebagai pemangkin untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna bekerjasama dalam membuat kebajikan.
Inisiatif terbaik ini merupakan gabungan antara syarikat Baba Products (M) Sdn. Bhd., Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Sime Darby Oils, dan Kumpulan Syarikat Etika, bersama dengan Food Aid Foundation (FAF), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Sebagai permulaan, syarikat-syarikat tersebut telah pun berjaya membuat penghantaran pertama produk-produk BABA’S, MAMEE, ALIF, dan SUSU GOODDAY berjumlah melebihi RM90,000. Malah FAF juga akan segera mengedarkan makanan dan minuman yang diterima kepada mereka yang memerlukan, terutamanya penduduk di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Lembah Klang.
Niat Menggalakkan Syarikat-Syarikat Barangan Pengguna Hulurkan Bantuan
Menurut Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Baba Products (M) Sdn. Bhd., Farhan Hafetzinisiatif #KitaBersama dimulakan dengan niat untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna untuk menghulurkan bantuan.
Ads
“Kebanyakan syarikat sudahpun membuat aktiviti amal secara bersendirian, tetapi lebih baik jika dibuat bersama-sama. Apabila kita semua bekerjasama, lebih ramai yang dapat dibantu secara berterusan,” ujarnya.
Manakala menurut Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Kerajaan Mamee Double Decker (M) Sdn.Bhd., Ahmad Syukry Ibrahim pula mengalu-alukan inisiatif sebegini dan menyatakan bahawa gabungan bersama ini merupakan susulan dari program Mamee Prihatin yang ditubuhkan sejak tahun 2011.
Pengurus Kanan Bahagian Jualan Pengguna Sime Darby Oils, Mohamad Rahimi Abdullah juga meluahkan inisiatif ini menggalakkan kerjasama ke arah kebaikan.
“Sime Darby Oils berbesar hati untuk menyertai insiatif ini yang menggalakkan kerjasama ke arah kebaikan. Kami berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk turut serta menghulurkan bantuan terutamanya dalam keadaan sekarang,” kongsinya.
Bukan itu saja malah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika Malaysia, Singapura, dan Brunei, Khalid Alvi juga turut menerangkan dengan menyertai inisiatif berkumpulan sebegini salah satu cara perluaskan peluang membuat kebajikan.
Ads
“Sejak bermulanya pandemik, Etika Cares, sebuah program bantuan jangka panjang oleh Etika telahpun melancarkan beberapa kempen untuk membantu komuniti yang terkesan. Menyertai initiatif berkumpulan sebegini adalah salah satu cara untuk kami meluaskan lagi peluang membuat kebajikan,” kata Khalid Alvi.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diperkenalkan pada bulan Mac 2020, FAF telah mengedarkan lebih daripada 2 juta kg makanan kepada yang memerlukan. Walaubagaimanapun, sejak PKP 3.0, peningkatan permintaan naik secara mendadak, khususnya dari komuniti B40.
Menurut Pengasas FoodAidFoundation.org., Rick Chee mereka tidak menang tangan menguruskan permintaan bantuan dan mengalukan sumbangan agar dapat meningkatkan jumlah bantuan.
“Kami tidak mampu untuk memenuhi keperluan masyarakat sepenuhnya. Oleh itu kami mengalukan-alukan sumbangan terutama daripada syarikat pengeluar makanan agar kami dapat meningkatkan jumlah bantuan”, kata Rick Chee, pengasas FoodAidFoundation.org.
Malah menerusi kempen ini dijemput semua syarikat pengeluar makanan dan minuman di Malaysia untuk bersama-sama menjayakan inisiatif #KitaBersama. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi farhan@babas.com.my.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penjagaan kulit terutamanya kulit wajah amat penting bagi semua orang. Sayangilah diri dan kulit anda dengan penjagaan kulit yang baik agar kulit tidak bermasalah. Kulit wajah yang sihat dan cantik memberikan banyak manfaat kepada kesihatan dan keyakinan dalam diri sendiri.
Sebaiknya sebelum memilih produk penjagaan kulit wajah, seharusnya anda mengenalpasti dan memahami terlebih dahulu apa yang kulit mahukan. Setiap orang tidak ada jenis kulit yang sama dan masalah kulit yang dihadapi.
Umumnya terdapat lima jenis kulit:
Normal
Anda wanita yang bertuah apabila miliki kulit seimbang iaitu dari segi kelembapan kulit, minyak dan ketahanan.
Berminyak
Kulit nampak berminyak dan berkilat selepas beberapa jam dicuci. Disarankan untuk memilih pencuci muka dengan pH rendah (acidic) untuk memudahkan proses penyingkiran minyak.
Kering
Paling ketara apabila liang roma pada kulit sukar dilihat selepas beberapa jam muka dicuci. Seharusnya anda harus elakkan diri daripada menggunakan pencuci muka yang mengandungi alkohol dan minyak.
Sensitif
Selalunya anda akan berasa gatal-gatal ataupun tegang dan senang alami alahan bila terkena bahan kimia tertentu. Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi (fragrance), minyak atau bahan kimia yang boleh merengsakan kulit.
Kombinasi
Kebiasaannya sebahagian kulit wajah akan berminyak pada bahagian zon-T bagi wanita yang mempunyai kulit kombinasi. Manakala bahagian lain adalah kering atau sensitif. Oleh itu pilih pencuci muka yang lembut pada kulit dan bilas dengan air suam.
Atasi Kulit Sensitif Dengan Produk La Roche-Posay
Mempunyai kulit sensitif bukanlah pengakhiran hidup sebaliknya anda boleh memilih produk terbaik iaitu La Roche-Posay untuk mengatasinya. Produk La Roche-Posay telah disarankan oleh lebih 90,000 pakar dermatologi seluruh dunia.
Misi utama La Roche-Posay ialah untuk menawarkan kehidupan yang lebih baik untuk wanita yang mempunyai kulit sensitif. Dicipta oleh ahli farmasi sejak tahun 1975 lagi, jenama ini telah menembusi pasaran di lebih 60 negara.
Selain menawarkan rangkaian perjagaan kulit harian yang unik, ternyata produk ini juga telah dikembangkan agar sesuai bagi setiap jenis kulit. Sudah tentu La Roche akan memberikan rawatan yang sepadan dengan masalah kulit yang dihadapi setiap wanita.
Jenama ini membangunkan formula dengan menggunakan air dari sumber haba di Thermal Center, Pusat Dermatologi pertama di Eropah yang kaya dengan ‘Selenium’. ‘Selenium’ dikatakan mempunyai ciri antioxidant dan juga agen penyembuhan.
Kelebihan utama produk La Roche-Posay adalah kesemua produknya telah menjalani ujian klinikal yang ketat untuk keberkesanan dan selamat biar pun pada kulit sensitif.
La Roche-Posay merupakan jenama dermo-kosmetik pertama di seluruh dunia. Antara rangkaian produk yang kami menawarkan ialah Lipikar (kulit kering), Anthélios (photoprotection), Effaclar (jerawat), Tolériane (kulit sensitif) dan Cicaplast (pembaikan kulit).
Sudah tentu kulit kami memerlukan penjagaan yang rapi lebih-lebih lagi kini waktu negara kita dilanda Covid-19. Biarpun wajah tersorok disebalik pemakaian topeng muka, jangan abaikan penjagaannya dan sayangi kulit sebaik mungkin lebih daripada kebiasaannya.
Berikan penjagaan TENDER LOVING yang diperlukan dengan menggunakan produk bebas paraben dan wangian yang telah disyorkan oleh pakar dermatologi seluruh dunia. Jika anda sayangi kulit, jangan ketinggalan dapatkan produk kami dari ‘LaRoche-Posay x Shopee Super Brand’ pada 27 hingga 28 Mei di sini
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai yang mengeluh kek jadi bantat, kek pecah di tengah, melekat di loyang, berderai bila dipotong serta lain lagi ketika kali pertama cuba membuat kek. Semua itu adakalanya membuatkan semangat mereka yang baru mencuba jatuh merudum.
Sebenarnya tak susah pun sebaliknya membakar kek boleh jadi satu pengalaman yang menyeronokkan bagi yang baru ingin mencuba buat kek di rumah. Kek marble antara kek paling mudah dibuat. Bahan diperlukan juga tak banyak. Kek pun terlajak gebu dan sedap. Sesuai dibuat minum petang di rumah.
Seronoknya Membakar Kek
Nak bakar kek, ada beberapa perkara anda perlu tahu dan jika ikut, membakar kek boleh jadi satu keseronokan.
Pertamanya, bagi yang baru berjinak-jinak membuat kek, masa membakar kena berdasarkan panduan resipi. Contohnya bagi kek marble masa diambil antara 45-50 minit.
Teknik kedua kena tahu ialah ketika mixing. Adunan perlu dipukul sempurna. Kalau mentega dan gula dipukul tak sempurna, kek boleh berkerak pada keliling kek selain timbul bintik-bintik putih di tengah kek.
Ketahui Teknik Mudah Gerenti Jadi
Antara tips lain ialah suhu oven terlalu panas dan kek terlalu lama dibakar selain cara memukul tadi tidak cukup kembang. Dan apa yang terjadi ialah kek akan bantat.
Mesti adakalanya kek kita melekat pada loyangkan. Tips elak semua ini terjadi ialah sapu minyak sedikit pada bawah dan keliling loyang selain gunakan kertas pelapik. Tapi sebenarnya masalah kek melekat adalah kerana kita menggunakan terlalu banyak gula atau banyak manisan lain. Jadi kurangkan sedikit, kata orang secukup rasa.
Ok inilah antara tip-tip penting untuk membuat kek dan jadikan kek idaman berhasil. Tidak ada lagi alasan kenapa kek tak jadi, kenapa kek bantat atau tenggelam dan sebagainya.
Jom buat kek marble dan menang duit…
Sambungan dari Fiesta Homebakers Usha-Usha Kuih Raya yang berlangsung pada Februari, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) meneruskan usahanya dalam menyokong dan memupuk minat membakar kek di kalangan ramai melalui kempen “Bake It Better” yang bertujuan untuk menjadikan proses membakar kek lagi menyeronokkan dan lebih baik dengan perkongsian produk, pengetahuan dan pengalaman dari professional.
“Bake It Better” terdiri daripada 4 siri yang bermula dari peringkat mudah hingga peringkat pertengahan dan peringkat pakar. Dalam setiap cabaran CSR bekerjasama dengan rakan kongsi yang berbeza untuk menaikkan cabaran itu. Siri pertama – Kek Marble telah berlangsung pada 5 Jun dan akan tamat pada 25 Jun 2023.
Apa nak buat dan bagaimana nak sertainya?
Ikut saja step di bawah ini:
Ikuti semula video resipi “Kek Marble” Jelita Memikat Hati CSR
Inilah masanya untuk serlahkan bakat baking anda dalam Peraduan #CSRBakeItBetter! Mudah je, cuma hasilkan resipi kek yang dinyatakan dengan kreativiti anda dan anda berpeluang untuk menangi hadiah berupa produk dan E-Wallet TouchNGo!
Jom tengok siapa yang paling terer buat kek marble! Nak lagi meriah, ajaklah kawan-kawan sekali tau.
Sambutan hari raya yang meriah sering dikaitkan dengan aneka jenis kuih raya untuk dijamu sepanjang Syawal. Biasanya sebelum Ramadan lagi kita sudah berkira-kira menempah biskut raya. Inilah masanya nak merasa sampel-sampel biskut supaya kena dengan cita rasa.
Memudahkan orang ramai mencari dan menempah awal biskut raya, Mingguan Wanita dan Gula CSR akan menganjurkan Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya pada 12 Mac 2023, jam 10 pagi hingga 10 malam di Centre Court, Lower Ground Setia City Mall (SCM).
Di sini akak-akak baker berhimpun mempromosi, menjual dan menerima tempahan biskut raya. Lebih menarik lagi, pengunjung boleh merasa hampir 10,000 sampel biskut raya yang disediakan oleh para baker secara PERCUMA! Untuk mendapatkan Kupon Biskut Raya, anda hanya perlu daftar menerusi pautan ini . Untuk mendapatkan kupon tersebut, sila klik pautan ini :https://docs.google.com/forms/
Kupon boleh ditebus di kaunter urusetia dengan menunjukkan bukti pendaftaran secara online. Bagaimanapun pengunjung walk in masih boleh mendapatkan kupon di kaunter urusetia juga. Ada lebih 10,000 kupon untuk diberikan. Rugi sangat kalau terlepas peluang ini kerana ada 1001 jenis biskut raya yang akan disediakan.
Fiesta turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti pentas menarik seperti Demo Biskut Raya Tanpa Oven, Showcase Biskut Raya Gergasi oleh pelajar kulinari, Pertandingan Tekan-Tekan Semperit Raya, Pop Kuiz, Happy Hour, Demo Biskut Raya Kurang Manis Dan Pertandingan Susun-Susun Biskut Raya selain bertemu mesra dengan selebriti terkenal, Marsha Milan Londoh dan pengasas Gula Cakery.
Manakala bagi para baker yang ingin menyertai fiesta sebagai vendor, sila klik pautan ini untuk pendaftaran vendor:https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/ . Yuran pendaftaran hanyalah RM100. Apa yang menarik, selain berpeluang menjual dan menerima tempahan biskut raya oleh pengunjung, vendor juga akan mendapat pelbagai manfaat lain antaranya membina networking baharu antara vendor dan juga pengunjung.
Dalam masa sama, pautan akaun sosial media vendor juga akan disenaraikan dalam artikel di portal Mingguan Wanita sebagai usaha mempromosi perniagaan. Portal dikunjungi lebih 2 juta pengunjung dengan jumlah Page views mencecah lebih 3 juta.
Selain itu, vendor juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik daripada pihak penganjur, dan penaja berupa goodie bag bernilai RM100. Mudah sahaja untuk memenangi hadiah-hadiah menarik ini antaranya ialah menjadi vendor yang paling aktif mempromosikan penyertaan mereka di fiesta, vendor yang paling kreatif menghias booth serta paling pantas menghabiskan 200 pek sampel biskut raya. Syarat utama sebagai vendor ialah perniagaan membuat biskut diusahakan sendiri dan bukan menjual biskut dari pihak lain.
Dalam keriangan menikmati biskut raya, pihak penganjur dan penaja utama iaitu Gula CSR menyeru pengguna agar mengambil gula secara bersederhana dan mengamalkan budaya hidup sihat.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.