#KitaBersama bantu golongan memerlukan, begitulah langkah inisiatif yang diambil syarikat-syarikat barangan pengguna apabila berganding bahu membuat kebajikan dalam situasi pandemik Covid-19.

Ternyata pandemik Covid-19 yang melanda secara langsung memberi impak kepada kemerosotan ekonomi serta pendapatan di Malaysia dan serata dunia. Malah semakin ramai rakyat yang terkesan dalam meneruskan kehidupan harian. Paling menyayat hati ada yang kehilangan ahli keluarga dan juga kehilangan sumber pendapatan.

Inisiatif #KitaBersama Bantu Golongan Memerlukan

Bagi meringankan golongan yang terkesan dan dengan niat untuk membantu secara berpanjangan, inisiatif #KitaBersama telah dilancarkan sebagai pemangkin untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna bekerjasama dalam membuat kebajikan.

Inisiatif terbaik ini merupakan gabungan antara syarikat Baba Products (M) Sdn. Bhd., Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Sime Darby Oils, dan Kumpulan Syarikat Etika, bersama dengan Food Aid Foundation (FAF), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Sebagai permulaan, syarikat-syarikat tersebut telah pun berjaya membuat penghantaran pertama produk-produk BABA’S, MAMEE, ALIF, dan SUSU GOODDAY berjumlah melebihi RM90,000. Malah FAF juga akan segera mengedarkan makanan dan minuman yang diterima kepada mereka yang memerlukan, terutamanya penduduk di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Lembah Klang.

Inisiatif #KitaBersama Bantu Golongan Memerlukan, Syarikat-Syarikat Barangan Pengguna Ganding Bahu Buat Kebajikan

Niat Menggalakkan Syarikat-Syarikat Barangan Pengguna Hulurkan Bantuan

Menurut Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Baba Products (M) Sdn. Bhd., Farhan Hafetz inisiatif #KitaBersama dimulakan dengan niat untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna untuk menghulurkan bantuan.

IKLAN

“Kebanyakan syarikat sudahpun membuat aktiviti amal secara bersendirian, tetapi lebih baik jika dibuat bersama-sama. Apabila kita semua bekerjasama, lebih ramai yang dapat dibantu secara berterusan,” ujarnya.

Manakala menurut Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Kerajaan Mamee Double Decker (M) Sdn.Bhd., Ahmad Syukry Ibrahim pula mengalu-alukan inisiatif sebegini dan menyatakan bahawa gabungan bersama ini merupakan susulan dari program Mamee Prihatin yang ditubuhkan sejak tahun 2011.

Pengurus Kanan Bahagian Jualan Pengguna Sime Darby Oils, Mohamad Rahimi Abdullah juga meluahkan inisiatif ini menggalakkan kerjasama ke arah kebaikan.

“Sime Darby Oils berbesar hati untuk menyertai insiatif ini yang menggalakkan kerjasama ke arah kebaikan. Kami berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk turut serta menghulurkan bantuan terutamanya dalam keadaan sekarang,” kongsinya.

Bukan itu saja malah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika Malaysia, Singapura, dan Brunei, Khalid Alvi juga turut menerangkan dengan menyertai inisiatif berkumpulan sebegini salah satu cara perluaskan peluang membuat kebajikan.

IKLAN

“Sejak bermulanya pandemik, Etika Cares, sebuah program bantuan jangka panjang oleh Etika telahpun melancarkan beberapa kempen untuk membantu komuniti yang terkesan. Menyertai initiatif berkumpulan sebegini adalah salah satu cara untuk kami meluaskan lagi peluang membuat kebajikan,” kata Khalid Alvi.

Inisiatif #KitaBersama Bantu Golongan Memerlukan, Syarikat-Syarikat Barangan Pengguna Ganding Bahu Buat Kebajikan

’Inisiatif Ringankan Beban MakAyah’ 20 Sekolah Terima Sumbangan 50,000 Pelitup Muka

‘Dalam Wad Uwan Paling Sihat..’ Umur 95 Tahun Diuji Positif Covid-19

IKLAN

“Dapat Tunaikan Permintaannya.” Sukarelawan Urus Jenazah Covid-19 Hadapi Detik SUKAR Kebumikan IBU Sendiri

Peningkatan Permintaan Bantuan Naik Mendadak

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diperkenalkan pada bulan Mac 2020, FAF telah mengedarkan lebih daripada 2 juta kg makanan kepada yang memerlukan. Walaubagaimanapun, sejak PKP 3.0, peningkatan permintaan naik secara mendadak, khususnya dari komuniti B40.

Menurut Pengasas FoodAidFoundation.org., Rick Chee mereka tidak menang tangan menguruskan permintaan bantuan dan mengalukan sumbangan agar dapat meningkatkan jumlah bantuan.

“Kami tidak mampu untuk memenuhi keperluan masyarakat sepenuhnya. Oleh itu kami mengalukan-alukan sumbangan terutama daripada syarikat pengeluar makanan agar kami dapat meningkatkan jumlah bantuan”, kata Rick Chee, pengasas FoodAidFoundation.org.

Malah menerusi kempen ini dijemput semua syarikat pengeluar makanan dan minuman di Malaysia untuk bersama-sama menjayakan inisiatif #KitaBersama. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi farhan@babas.com.my.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI