Aktiviti mengaji Al-Quran secara beramai-ramai ini amat digalakkan. Banyak kelebihan yang akan diperoleh. Yang mana, guru mengaji akan mendengar bacaan seorang anak murid dan yang lain akan mendengar. Ada juga yang mengaji dengan mengikut bacaan seorang qari.
Pelbagai cara boleh dilakukan dalam mendidik hati agar mendekati Al Quran. Selain membaca al-Quran secara sendirian, membaca al-Qur’an secara berkumpulan merupakan perkara yang digalakkan. Imam an-Nawawi Rahimahullah berpendapat bahawa jika satu kumpulan itu membaca al-Qur’an secara berganti-ganti atau bergilir-gilir, maka itu adalah suatu langkah atau cara yang baik dan diharuskan.
Gambaran yang diberikan mengenai kaedah bergilir-gilir ialah seorang qari’ (pembaca) al-Qur’an membaca sebanyak sepuluh ayat atau satu juz atau seumpamanya, dan apabila dia selesai membaca dia pun diam. Kemudian bacaan ayat seterusnya disambung lagi oleh pembaca selepasnya dan begitulah seterusnya sehingga selesai.
Kelebihan membaca dan mempelajari al-Qur’an secara beramai-ramai adalah sangat besar ganjarannya. Ini jelas disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang sering dibawakan sebagai dalil mengenai perkara ini:
Maksudnya: “Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid), mereka itu membaca al-Qur’an dan saling bertadarus antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, di kelilingi para malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya.” (Hadis riwayat Muslim)
Selain daripada masjid dan tempat ibadat, maka termasuklah juga di rumah, tempat belajar ilmu, sekolah dan yang seumpamanya.Disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Ahwadzi,
Maksud Tadarus
1. Sebahagian daripada pembaca itu membaca dan sekaligus memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an kepada sebahagian yang lain.
Ads
Tujuannya untuk pembetulan (tashhih) lafaz-lafaz al- Qur’an (sekiranya ada kesalahan atau kesilapan) ataupun dengan tujuan untuk mengetahui makna-maknanya; Berdasarkan kepada pengertian tadarus di sini, ianya serupa dengan apa yang pada kebiasaannya dilaksanakan ketika bertadarus khususnya di bulan Ramadhan.
Sebahagian atau seorang daripada kumpulan itu memperdengarkan bacaannya, manakala sebahagian yang lain itu mendengar sambil menyemak bacaan tersebut. Jika terdapat kesalahan atau kesilapan, maka individu atau kumpulan yang menyemak tadi akan segera memperbetulkannya.
Untuk menambahkan lagi kualiti pembacaan, adalah disarankan, dalam kumpulan itu terdapat seorang yang baik bacaan al-Qurannya, maka dia boleh pula membimbing pembaca-pembaca yang lain apabila diperlukan.
2. Maksud tadarus itu, membaca al-Quran dengan bersungguh-sungguh (komited) dengan cara menjaga dan mengamalkannya agar tidak lupa.
Ads
3. Menurut al-Qari’, tadarus itu lebih khusus daripada membaca al- Quran semata-mata.
Jangan Malu, Rendah Diri.. Faham Maksud Tujuan Asal Mengaji
Namun bagi mereka yang enggan memperdengarkan bacaannya kerana sebab-sebab tertentu, seperti kurang mahir dalam bacaan atau alunan suara, janganlah merasa rendah diri dan malu, kerana tujuan asal bertadarus ialah untuk mendapatkan pahala membaca al-Quran.
Ia juga bertujuan untuk mempelajari al-Quran, memperbaiki mutu bacaan dan memperbetulkan bacaan qari’ (si pembaca) jika terdapat lafaz-lafaz atau bacaan yang tidak betul. Perkara ini sukar diperolehi ketika membaca al-Quran secara bersendirian. Apatah lagi membaca al-Quran secara bertadarus itu mempunyai ganjaran dan kelebihan tersendiri.
Ads
Janganlah kita sekali-kali meninggalkan membaca al-Quran, kerana membaca al-Quran itu mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan bukan sahaja kepada pembacanya, bahkan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Perbanyakkanlah membaca al-Quran kerana pada hari kiamat al-Quran akan datang sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya, sebagaimana riwayat Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya: “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an) itu datang pada hari Qiamat menjadi syafa’at kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)
Jelasnya, al-Qur’an adalah zikir, doa dan juga permohonan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar mengurniakan kebaikan, rahmat dan keampunan kepada orang-orang yang membacanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tuhan ‘Azza wa Jalla berfirman: “Barangsiapa sibuk membaca al-Qur’an untuk selalu mengingatiKu, maka Aku beri dia lebih utama daripada apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta-minta. Dan keutamaan kalam Allah dan kalam-kalam yang lainnya adalah seperti keutamaan Allah pada makhlukNya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
“Realiti Impian Wanita”, moto yang cukup sinonim dengan Nona, iaitu portal yang mengangkat dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.
Malah, bagi meraikan dan mengiktirafkan kejayaan setiap wanita ini, satu majlis yang meriah telah dianjurkan o;eh portal Nona ini.
Majlis “The Enchanted Night” yang berlangsung di Zebra Square Kuala Lumpur ini adalah untuk meraikan golongan wanita yang pernah diiktiraf dalam Nona Superwoman Award 2018 – 2022. Acara Nona Superwoman Award pernah diadakan sebanyak tiga kali pada tahun 2018, 2020 dan 2022 untuk memperkasakan golongan wanita di dalam pelbagai bidang, sekaligus menjadi inspirasi kepada wanita lain.
Majlis ini diadakan bukan sahaja untuk mengangkat kaum wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang, malah ianya bertujuan menyuntik semangat kepada mereka yang ingin berjaya dan mengikut contoh idola mereka di mana Nona menjadi sumber rujukan kepada mereka ini.
Nona percaya, wanita mampu menggalas tanggungjawabnya dengan cara tersendiri yang tidak terjangka, cuma ianya sering terselindung di sebalik lelaki. Dalam majlis tersebut juga turut menyaksikan pelancaran rasmi kempen Nona No. 1 Inspirasi Wanita.
Kempen ini bertujuan untuk menjadikan Nona sebagai pemangkin kepada wanita-wanita untuk berjaya dalam bidang masing-masing.
Majlis The Enchanted Night yang ini diserikan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan di kalangan wanita-wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing seperti Datin Amyera, Nur Amirah, Datin Za Glow Glowing, Liza Hanim, Fouziah Gous, Ifa Raziah, Bellapark, Puan Sri Syazara Aisha, Mawar Rashid, Dato’ Seri Vida dan Cik B, Dr. Soo Wincci, Rizman Ruzaini, Datin Ayu Roslan Bokitta dan ramai lagi.
Berita baik buat pemilik kucing. Sebenarnya senang sahaja jika hendak buat makanan kucing sendiri, tidak perlukan bahan yang rumit mahupun perlukan masa yang banyak, malah lebih menjimatkan.Iyalah, kalau nak beli pun wet food selalu boleh tahan juga harganya.Baik buat sendiri, lebih terjamin selamat dan bebas pengawet.Lebih menarik resipi ini mempunyai campuran sayur-sayuran yang pastinya berkhasiat dan bebas daripada bahan pengawet untuk si comel kesayangan.
Ikut cara berikut untuk membuat makanan basah (wetfood) sendiri di rumah.
Bahan-Bahan:
3 ekor ikan selar
1 batang lobak merah
Sedikit sayur bayam
1 peket kecil agar-agar
Cara Membuat:
1.Rebus ikan selar dan ambil isinya. Asingkan tulang dan air rebusan ikan.
2.Kisar isi ikan tersebut bersama lobak merah dan sayur bayam dan masukkan kedalam periuk.
3.Kemudian masukkan air rebusan ikan dan kisar bersama tulang ikan tadi.
4.Tapis kisaran tulang ikan tadi dan masukkan kedalam periuk.
5.Masukkan pula agar-agar kedalam periuk. Kacau dan masak sehingga agar-agar hancur.
Siap! Selamat Mencuba
Info Ekstra!
Selepas siap disediakan masukkan dalam bekas, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.
Agar-agar berfungsi bagi memekatkan bancuhan serta memudahkan kucing untuk makan.
Selain sayur bayam, boleh juga gunakan buah labu.
Boleh juga gantikan ikan dengan organ dalaman ayam (hati, pedal, jantung dan hempedu ).
Gunakan sudu plastik bila menceduk, bagi memastikan wetfood ini tidak mudah basi.
Sumber: Liyana Kamaruzaman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Demi ‘cinta’ dan harta ramai yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi hasrat hati. Hinggakan mudah terpedaya apabila dijanjikan dengan pelbagai janji manis dan ganjaran mewah.
Terbaru, seorang wanita sanggup mengeluarkan ‘modal’ RM4,200 demi memenuhi hasratnya menjadi isteri seorang ‘menteri’ yang dikenali melalui laman sosial Facebook, awal bulan ini.
Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.
Dihubungi Menerusi Aplikasi WhatsApp
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki tersebut menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp bagi menyatakan hasratnya itu.
Menurutnya, sekiranya mangsa setuju, dia diminta berurusan dengan seorang wanita bernama Siti yang bertugas sebagai pengurus bank kepada ‘menteri’ itu.
“Mangsa yang bersetuju untuk menjadi isteri lelaki tersebut diminta membuat bayaran RM4,200 sebagai yuran proses perkahwinan mereka.
“Pada Jumaat lalu, mangsa membuat bayaran seperti diminta melalui mesin deposit sebuah bank ke akaun bank atas nama seorang lelaki,” katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.
Buat Laporan Polis
Mohd Wazir berkata, selepas bayaran itu dibuat, mangsa mula curiga dan syak bakal suaminya itu penipu yang menyamar dengan menggunakan nama menteri berkenaan.
“Mangsa yang mengalami kerugian RM4,200 tampil membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh pada Ahad.
“Tindakan itu diambil mangsa kerana bimbang dengan keselamatan diri, keluarga dan hartanya di kemudian hari,” katanya.
Tambah beliau, polis percaya suspek menggunakan identiti salah seorang menteri untuk menipu mangsa hingga mengalami kerugian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya.
Mingguan Wanita: Pesanan buat wanita, jangan mudah terpedaya dan ‘melayan’ mesej atau panggilan daripada orang yang tidak dikenali. Apatah lagi jika tak pernah bersua muka. ‘Terdesak’ bagaimanapun dijanjikan ‘bulan dan bintang’, sebaiknya siasat dahulu betul-betul bagi mengelakkan diri daripada ditipu.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...