Ada yang masih ragu-ragu tentang moratorium? Perlu ambil kah atau tidak. Ada juga bimbang, jika ambil bagaimana nanti faedahnya yang akan dikenakan dekat hutang kita tu kelak.
Mungkin ada yang sudah faham, tapi masih lagi keliru. Boleh hadamkan nasihat Mohd Shukur yang berpengalaman 30 tahun sebagai Agensi Takaful ini.
Penghutang yang manakah patut ambil moratotium, dan penghutang yang tak perlu pun nak ambil. Penjelasannya di bawah.
Nasihat Saya Tentang Moratorium
Alhamdulillah, saya berjaya menahan diri dari memberi pandangan tentang Moratorium sehingga 7 Julai, iaitu tarikh mula mohon dan sekarang boleh lihat syarat-syarat yang digunapakai oleh bank.
1) Ada banyak juga kebaikan moratorium ini ( selepas ini diringkaskan..sebut mora) dan ternyata ianya tidaklah dimasukkan dalam Rescheduled & Restructure ( R&R ) dalam CCRIS.
2) Siapakah yang seeloknya kena ambik mora ni?
Jika cash flow kau tak bagus, elok ambik.
3) Jika cash flow OK dan kau handal “money make money” pun bagus ambik. Apa sangatlah interest terakru tu bagi orang yang boleh gandakan extra cashflow 6 bulan ni.
4) Jika kau ragu-ragu… nak ambik ke tak mora ni. Eloklah ambik. Orang kaya tak ragu-ragu, mereka sangat jelas tentang kedudukan kewangan mereka.
5) Jika kau beli kereta mewah disebabkan kena jolok kat kawan-kawan dan sekarang terasa komitmen berat, elok ambik sebelum makin berat dan tumbang. Kalau sebulan 2K, so 6 bulan kau ada 12K untuk Cash Reserve kau.
6) Jika kau baru pindah rumah, siap renovate bagai penuh stylo dan kau beli petiais baru, dapur baru dan pelbagai kelengkapan rumah guna credit card sampai maksimum dan kau pening bayar minimum sahaja, elok kau ambik mora ni. Interest Credit Card tu 18% lagi teruk kena…guna mora utk bayar baki credit card.
7) Jika kau terfikir nak ambik Mora ni sebab saving kau takde langsung, Yes…kau sesuai ambik….so mora ni macam ‘cuti bayar loan kereta & rumah’ selama 6 bulan untuk buat saving. Matlamat ialah peace of mind yang kau ada savings @ emergency fund. Kalau tak, kau dalam bahaya sebab saving yilek.
Ambil Moratorium Tak Bermakna Teruk
Moratorium ni pun Bank tak happy, sama macam orang pinjam duit kau dah janji bayar ansur-ansur setiap bulan tapi kau terpaksa bagi 6 bulan dia tangguh bayar. Jangan kau anggap Bank nak untung jer, kau pun untung. Mengambil Mora ini tidak bermakna kau tak bagus atau teruk.
Ads
Tetapi cara kau gunakan duit mora ni yang tentukan samada kau bagus atau tidak.
9) Jika kau tengah sakit cash flow, dan jika tak yah bayar ansuran kereta dan rumah selama 6 bulan ni akan Okay sket, YES kau lah golongan sasaran dan mora ni penyelesaian masalah kau.
10) Ada yang kata jangan ambik mora untuk loan kereta, begini….jika cash flow kau cantik, betullah dia kata. Tapi jika cash flow tak cantik, elok ambik. Nanti kau stress, pening, dapat darah tinggi.
Bila darah tinggi, kau tak boleh hadapi tekanan. So kau tak boleh berjaya dalam karier / bisnes, ada problem sket kau akan melenting marah. Nak berjaya ni kau mesti hadapi tekanan.
Dah kau tak nak pakai MyVi second….. nak pakai H atau Merc, so begitulah.
11) Siapakah orang yang tak perlu ambik Mora ?
Dia tak terjejas sikit pun. Cash flow cun giler. Savings banyak.
Rumah pun ada 3 bijik cash. Kereta ada 5 buah cash. Benda2 branded pun dia tak minat nak beli sebab orang tau dia terlebih dari mampu.
Orang camni tak perlu ambik Mora. Buat semak. Amboiii
12) Ada orang kata, moratorium ni akan lanjutkan lagi tempoh pembayaran hutang, macamana kalau meninggal dunia, kesian anak bini tanggung hutang.
Ini senang sahaja. Katakanlah mora kau sebulan R.M 5000 so 6 bulan ialah R.M 30,000.
Kau hanya perlu ambik takaful atau jika dah ambik, hanya tambahkan lagi Sum Covered 30,000 ribu sahaja.
Ads
Alang-alang 30,000 baik kau genapkan 50,000 Perlindungan Takaful kau untuk keluarga tersayang.
50,000 tu kalau lelaki umur 30 tahun baru R.M 59 sebulan jer.
Boleh pm Pakar Hibah Takaful, Asyraaf Bohari atau tekan link https://bit.ly/2TJcem8
13) Mora ini tidak ada caj ‘interest atas interest’, tidak ada penalti, tidak ada R&R dalam CCRIS tetapi ianya ada interest terakru ( accrued interest ).
Oleh itu ianya memanglah ada peningkatan kos tapi itu biasalah hanya interest terakru sahaja, kau mestilah bekerja lebih sedikit dan duit penjimatan mora mestilah digunakan dengan baik bukan untuk dibazirkan seperti membeli barangan bukan keperluan …contoh tukar handphone, tukar sofa dan lain-lain.
Gunakan untuk survival keperluan kepada yang terjejas.
Untuk yang tidak terjejas boleh simpan ditempat yang menghasilkan pulangan / dividen bertujuan sebagai emergency fund.
Ads
Ini pilihan terbaik sekarang untuk mereka yang terjejas.
Juga siapa yang takde saving, sebab bahaya sekarang kalau apa-apa berlaku nanti seperti dibuang kerja dan lain-lain.
Orang kaya dan yang tak terjejas apa pun, kau tak ambik pun takpe.
14) Apa pun keputusan kau buat, hanya kau yang tahu kedudukan sebenar kewangan kau. Bukan orang lain yang akan bayarkan bulan-bulan kereta dan rumah kau.
Jangan terkejut, jika dari 10 orang yang mengkritik Moratorium tu, 8 akan ambik mora kecuali dia ialah yang No. 11 di atas.
15) Mesej saya jika dipermudahkan kepada sebaris ayat sempoi ialah,
TAKDE DUIT KAU PENING KEPALA, ADA DUIT KAU HILANG PENING KEPALA.
Beringatlah semua
Celik saja mata waktu pagi, kepala mak-mak terus berkira-kira apa yang patut dilakukan untuk hari ini. Inilah kerja hari-hari yang mak ayah buat. Memikirkan dan mencari rezeki demi membesarkan anak-anak.
Apabila anak sudah berjaya, giliran anak-anak untuk membantu dan membalas jasa mak ayah. Namun, berapa ramai yang mampu berbuat demikian. Kononnya, anak-anak sudah mempunyai keluarga sendiri pula.
Akhirnya, ada mak ayah yang kerja sehinggalah usia lanjut. Sedihnya. Sebagai anak, jangan abaikan tanggungjawab dan ingat apa yang telah mak ayah korbankan semasa kita kecil.
Malah, mak ayah sebenarnya tahu apa yang ada pada anaknya. Perasan tak, mak ayah tidak pernah sekali meminta duit belanja daripada anak-anak. Dia tidak mengharapkan, cuma sebagai anak kenalah fikir tanggungjawab dan balas jasa mereka.
Daripada perkongsian Dr Ahmad Samhan, cukup menyentuh perasaan tatkala berbual bersama pesakitnya yang agak berusia. Bersyukur kerana anak-anaknya mampu membalas jasa mak ayah.
Menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukan kerja yang mudah. Sekuat dan secekal manapun seorang wanita adakala, emosi dan mental cukup penat dan lelah. Lebih-lebih lagi jika suami tidak berusaha untuk memahami, segala urusan diserahkan pada isteri, kena tanggung sendiri.
Sebenarnya, jika isteri dah mula marah-marah walaupun hanya kesalahan kecil yang anak-anak lakukan, itu merupakan tanda-tanda dirinya dah penat mental dan emosi.
Jemput fahamkan dan hadam betul-betul perkongsian catatan Firdaus Shakirin ini.
Tanda-tanda isteri kita dah penat mental dan emosi…
Bila berbicara tentang penat, lelaki penat, perempuan pun penat…beza penat lelaki dan perempuan ialah penat lelaki banyak disebabkan oleh kegunaan anggota badan untuk melakukan sesuatu kerja… Itu penat fizikal, penat yang boleh dirawat dengan mendapatkan rehat yang secukupnya, pengambilan supplemen, pengamalan gaya hidup yang sihat, penjagaan pemakanan ataupun tido…
Penat Orang Perempuan
Tapi penat orang perempuan, banyak disebabkan oleh mental dan emosi…
Penat yang macam ni, sukar dirawat jika pasangannya tidak memahami keadaan dirinya… Ianya perihal dalaman, perasaan serta emosi yang ada didalam hati dan akal fikirannya yang berkemungkinan tidak diluahkan atas alasan untuk menjaga hati orang lain especially pasangannya
Memendam perasaan inilah yang menyebabkan kaum isteri penat mental dan emosi…
Isteri Cepat Marah Kesalahan Kecil
Tanda-tanda isteri kita mengalami penat ini ialah cepat marah atau meninggi suara untuk kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak… Contohnya, anak-anak tertumpahkan minuman, anak-anak terjatuhkan barang, anak-anak tersilap buat keje sekolah, anak-anak tidak respon apabila dipanggil dan sebagainya…
Isteri Cepat Hilang Sabar…
Apabila kita dengar isteri dah mula meninggi suara pada anak-anak, ketahuilah yang bukan kesalahan anak-anak itu besar, tapi dirinya dah penat mental dan emosi dalam melayani anak-anak
Mungkin kita sebagai suami membiarkan dia bertungkus lumus dan berperang seorang diri dengan anak-anak… Kita hanya bersilang kaki menonton rancangan kegemaran kita dikaca televisyen sambil makan popcorn atau main hp.
Isteri hilang mood untuk bergurau senda, isteri tidak mempamerkan riak wajah gembira atau bersedih – emotionless, isteri kurang ramah seperti sebelumnya, isteri banyak menjauhkan diri dari kita, isteri mengasingkan diri di dapur atau di bilik, dan isteri menangis tanpa sebab…
Dia cepat sensitive kerana dalam hatinya bergelora, fikirannya serabut, banyak perasaan bercampur aduk…
Rawat Penat Mental & Emosi Isteri
Penat mental dan emosi ni hanya dapat dirawat jika kita menolong meringankan bebanan yang dibuatnya, berkomunikasi a.k.a menyelami isi hati si isteri, menghargai apa yang dia dah lakukan dalam rumahtangga itu, bawak dia keluar atau bercuti seketika untuk menjauhkan dirinya dari persekitaran yang sama yang hari-hari dihadapnya…
Jangan biarkan isteri menghadapi penat ini seorang diri jika kita masih perlukan kehadiran dirinya dalam hidup kita…
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Memang ada benarnya, penat orang perempuan, banyak disebabkan oleh mental dan emosi… Pihak suamilah kena main peranan, dalam memahami keadaan isteri dan perubahan yang dialami. Jangan buat tak tahu sahaja.
Kena kuat, ikhlas dan redha terima ujian tuhan. Itulah prinsip yang dipegang ibu lima anak ini. Dua anaknya disahkan buta secara tiba-tiba. Belum pun reda, anak keempat hampir diuji hilang penglihatan dan tak boleh bercakap.
Lebih pilu, 6 bulan lamanya suami wanita ini tak boleh bekerja selepas alami kemalangan. Ibu ini, Rekiah Deraman, 48 tak sekelumitpun patah semangat. Sebab dia percaya, setiap ujian itu ada hikmah yang cukup besar untuknya.
2 Anak Tiba-Tiba Hilang Penglihatan
Lima anak Hairudzi Said, 49 dan Rekiah Deraman, 48 dilahirkan dalam keadaan normal. Keluarga ini mula teruji apabila dua daripada anaknya tiba-tiba hilang penglihatan.
“Sebagai ibu bapa kami kena kuat demi anak-anak.” Tutur ibu kepada Muhd Rifqi Hairudzi,21, yang tiba-tiba hilang penglihatan pada usia 14 tahun. Dan anak ketiga, Muhd Rifaa’ Hairudzi, 14 yang hilang penglihatan pada usia 2 tahun.
“Mula-mula Rifaa’ hilang penglihatan. Seminggu sebelum raya. Kain baju semua dah dikemas nak bawa pulang ke kampung. Waktu sibuk memasakd i dapur, Rifaa’ bangun tidur, minta saya bukakan TV.
“Tiba-tiba dia cakap ‘Umi kenapa adik tak nampak?’ Saya ambil cermin matanya. Dia masih ulang benda yang sama. ‘Adik tak nampak apa-apa’.
“Memang saya hairan. Kemudian dia minta air, bila saya hulur gelas, dia mula teraba-raba. Saya terus peluk dia sambil menangis bila tahu dia memang betul-betul tak nampak. Saya call suami kat tempat kerja dia maklumkan.”
Selepas kejadian itu, ibu ayah ini bawa Rifaa; ke HKL. Doktor masukkan ke wad oftalmologi. “Tiga hari sebelum Hari Raya, dia dibedah. Kami satu keluarga beraya dalam wad. Doktor kata Rifaa’ kena tidur meniarap 24 jam.
“Tapi umur 2 tahun kan tengah lasak. Susah sedikitlah nak menjaganya. Doktor kata selapur nipis mata Rifaa’ boleh terkoyak bila-bila masa.” Dekat 3 kali Riffa jalani pembedahan. Akhirnya, doktor pakar sahkan dia tak boleh melihat selama-lamanya kerana ia berkaitan dengan saraf (retina regithman).
Rifqi Cuma Silau, Bila Terkena Bola Langsung Buta
Anak sulung mereka, Rifqi alami masalah rabun silau waktu 6 tahun tapi masih boleh melihat. Sebelum itu, dia tinggal di asrama Sekolah Pendidikan Khas Setapak. “Kami tak perasan yang penglihatannya makin teruk. Sampailah dia tak dapat melihat sepenuhnya sebab terkena bola.”
Waktu itu umur Rifqi 14 tahun. Dia aktif bersukan. Bila tak boleh melihat, ia beri tamparan hebat buatnya. Ibunya pun alami kesan kesedihan yang sama, “Sebaik doktor pakar sahkan Rifqi tak dapat melihat selamanya, saya sedih sangat. Rasa tertekan tu sampai saya minta doktor ambil mata saya gantikan.”
Tekanan itu buatkan ibunya jalani kaunseling dengan doktor pakar. Dari situlah ibu ini kumpul kekuatan dan akhirnya berjaya harungi ujian sukar itu.
Ada Yang kata Tergamak Saya Hantar Anak Kecil Hidup Berdikari
Ibu ayah ini bukan saja cekal malah mendidik anak-anak istimewa mereka dengan begitu baik sekali. Buktinya, Rifqi (abang sulung) sudahpun ada sebuah Pusat Refleksologi di Putrajaya dekat pasar awam Presint 16. Dan tinggal menyewa.
Rifaa’ pula selepas darjah 6, dihantar ke sekolah tahfiz. Sesuai dengan cita-citanya yang mahu menjadi Pakar Perubatan Islam. “Masa umur Rifaa’ 4 dan 6 tahun, setiap hari suami ulang alik dari rumah kami di Puncak Alam ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dekat Brickfield.
“Masuk 7 tahun, kami hantar dia ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth (sekolah khas untuk kanak-kanak cacat penglihatan).
“Ramai yang kata, macam mana saya dan suami ‘tergamak’ hantar anak yang masih kecil hidup berdikari di asrama dan berjauhan dari keluarga. Semua itu demi masa depan anak-anak. Sebab itulah setiap hari, kami tanam dalam diri anak-anak yang mereka akan masuk asrama.
“Bila anak dah sedia, kami hantar. Tapi tak mudah macam yang dibayangkan. Luluh hati bila tengok orang lain boleh tolong pakaikan baju sekolah anak tapi saya tak dapat.
“Sedih memang sedih, tapi saya kuatkan hati. Saya minta cikgu benarkan saya tinggal dekat sana 2 hari. Saya intip tanpa pengetahuannya. Sebak bila tengok dia belajar urus diri.
Tapi sebagai ibu bapa, mereka yakin itu yang terbaik untuknya. Keyakinan itulah akhirnya membolehkan anak kecilnya itu mencapai pelbagai kecemerlangan. Rifaa’ boleh azan, naib juara tilawah al-Quran peringkat kebangsaan untuk kanak-kanak istimewa dan muncul sebagai Tokoh Pelajar Negeri Johor.
Masuk usia 12 tahun, ibu ayah ini menghantar pula Rifaa’ ke sekolah tahfiz di Maahad Tahfiz Ismail Puncak Alam. “9 bulan di situ, Rifaa’ dah hafal 7 juzuk Al-Quran. Terkini, Rifaa’ sudah bertukar pula di sekolah tahfiz lain.”
Diuji Sekali Lagi, Anak Keempat Tak Dapat Melihat Dan Bercakap
Penghujung tahun 2016, keluarga ini diuji lagi. Anak keempat mereka, Muhd Rasydan, 11 tiba-tiba tak dapat melihat dan bercakap.
Dia dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh kemudian HKL. Seminggu dalam wad, akhirnya doktor sahkan dia alami miller fisher sindrome. “Iaitu masalah saraf pada otot-otot muka. Alhamdulillah, sakitnya tak berpanjangan. Berkat usaha, doa dan selepas jalani beberapa rawatan, Rasydan pulih sepenuhnya.
Baru saja Rasydan pulih, bulan April 2017 suami saya pula kemalangan jalan raya. Enam bulan lamanya tak dapat bekerja.
“Kadangkala saya terdetik, mengapa ujian bertimba-timpa pada keluarga saya. Namun saya cepat sedar dan yakin, bahawa Allah itu ada dan percaya bahawa apa yang terjadi ada hikmahnya yg tersembunyi. Saya kena tabah dan redha.
Begitulah cekalnya ibu yang juga mempunyai dua anak lagi iaitu Muhd Rafiq (tahun 3 di KYSAS) dan yang bongsu, Humaira Damia, 5 tahun.
Foto : Rekiah Deraman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...