Bila dah jadi mak, secara automatik nak tak nak mesti membebel bila ada saja anak-anak buat perkara yang boleh buat mak-mak rasa geram dan marah. Silap percaturan, pasangan pun boleh kena sama.
Rasanya mak-mak tak adalah nak membebel sekadar nak bagitau atau terangkan. Tapi bila sudah rasa penat dan ada orang dalam rumah buat hal, dari satu perkataan boleh jadi berpuluh patah. Bimbang, seorang yang buat hal, habis semua orang dalam rumah kena bebel oleh mak.
Begitulah mak-mak, bukan suka-suka nak membebel tapi lumrah seorang ibu. Bukan semua mak yang suka membebel, ada juga mak-mak yang lebih kepada senyap dan ada yang tak ‘reti’ membebel.
Bila tak reti membebel, ia terbalik kepada pasangannya pula suka membebel. Orang cakap, bila lelaki membebel lagi pedih. Tak tahulah betuk atau tidak.
Walau bagaimanapun, kalau mak-mak rasa tak nak membebel, boleh cuba latihan ini. Perkongsian daripada Nurhidayah Jaafar. Mungkin mak-mak boleh praktis dari sekarang!
Dua latihan untuk menjadi isteri yang tidak membebel.
LATIHAN SATU
Bercakap cukup-cukup, 1 hingga 2 ayat sahaja.
“Abang, tolong angkat kain.” – CUKUP
Ads
Tidak perlu sehingga begini.
“Abang, nampak tak hujan kat luar tu. Tolonglah angkat kain tu kejap. Sayang nak tengok budak-budak ni kelas online. Sudah-sudahlah main Facebook tu!” (Berhenti sekejap sebab suami ke luar).
(Kemudian suami masuk bawa kain) Isteri sambung semula, “Haa nasib sempat angkat. Ishhh, kalau tak basah tadi, dah kena basuh semula. Macam semalam, habis semua kena basuh. Semua tak sedar kan… Leka tengok TV.”
Aduh! Ini sudah TERLEBIH CUKUP.
LATIHAN DUA
Jawab mengikut skema jawapan peperiksaan.
Apabila suami tanya, “Darling, sudah makan?
Kita jawab begini saja, “Belum abang!” – LULUS
Tidak perlu panjang begini.
Ads
“Belum lagi. Tadi sibuk kat ofis. Bos tu nak macam-macam. Penat! Nak masak pun tak larat. Kita makan kat luar sahajalah!” – TAK LULUS
Mingguan Wanita : Ini baru betul. Kena bagi jawapan yang tepat. Tak perlu bagi jawapan dan ulasan lain.
oup khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Suami orang di kaca mata wanita yang masih single atau bahasa mudahnya penyondol, pendek kata serba-serbi nampak sempurnalah. Tiada cacat cela dan sangat secocok dijadikan pilihan suami.
Padahal kalua dia lelaki sempurna tidak ada maknanya dia sanggup menduakan isterinya memilih wanita lain di luar sana. Oleh itu sebelum memilih suami orang, selidik dulu reality sebenarnya.
Keperibadian “suami orang” dari kaca mata penyondol…
“Suami orang ini caring…” – Sebenarnya, kalau dia caring, tidak adanya isteri dia hendak makan hati dengan perangai dia…
Caring untuk benda yang belum dapat dan sudah tidak caring untuk benda yang sudah dapat, yang sudah beranak-pinak…
“Suami orang kewangan stabil…” – Nampak stabil lah sebab ada isteri yang bayar hutang-hutang lain… Keperluan dapur, yuran anak semua isteri tanggung…
Tengah bulan siap minta duit isteri lagi sebab duit sendiri sudah hbis…
Pendek Kata Serba-Serbi Nampak Sempurnalah
“Suami orang penyayang…” – Dia sayang isteri dia sebelum kahwin saja… Lepas kahwin, kerja rumah semua isteri buat sendiri…
Di mana “sayang” dia pada isteri? Anak-anak semua isteri yang uruskan dan besarkan… Di mana “sayang” dia pada isteri kalau dia biar isteri tanggung sorang-sorang?
“Suami orang romantik…” – Allahuakbar! Kau tanya bini dia bila last dia bawa keluar pergi candle light dinner, sambut anniversary, bagi hadiah birthday…
Tarikh-tarikh penting pun lupa, romantik celah mana???
“Suami orang pandai ambil hati…” – Adik, tidak ada lelaki yang tak pandai ambil hati selagi dia tak dapat adik… Apa yang dia buat itu, tujuannya nak bagi dapat saja adik… Nak ngap saja… Janji lepas rakam, delete…
“Suami orang pandai buat lawak, jenis humor…” – Bini dia gelak masa tengok maharaja lawak dan parodi saja adik… Kalau tengok dia, nak senyum pun susah, apatah lagi nak gelak…
Nak buat-buat gelak pun tak boleh…punya tak lawak…
“Suami orang ini berpengalaman…” – Kau ambil yang bujang pun, tidak ada pengalaman pun, mengandung juga nanti…
MW: Memanglah suami orang datang dengan pakej lengkap, namun sebaliknya Ketika bersama isteri dan anak-anaknya manalah kita pernah ambil pedulu. Selidik dulu, jangan sampai tersalah memilih calon suami iya.
Kadang-kadang pelik memikirkan perangai suami tiba-tiba berubah. Kalau dulu, dia terlalu sibuk sehingga susah untuk diajak berbual. Tapi kali ini nampaknya, dia cukup baik dan melayan isteri dengan penuh kasih sayang.
Jangan tersalah anggap. Keadaan ini boleh membuatkan isteri rasa musykil dengan tingkah laku suami. Bersyukur kerana ia merapatkan lagi kasih sayang. Tetapi, jangan terlalu mempercayai kerana ia boleh mengundang padah. Diam tak diam, rupanya yang baik selama ini ‘ada udang di sebalik batu’. menyimpan segala kecurangan agar tidak di hidu oleh isteri.
Mungkin ini adalah tanda-tanda yang boleh isteri-isteri ‘alert’. Bukan menuduh semua suami yang berperangai romantis tiba-tiba berlaku curang, tetapi ia boleh dijadikan suatu peringatan untuk isteri tentang perubahan sikap yang ditunjukkan oleh suami ini.
Ada tip yang boleh dikongsi bersama, jika suami berlaku curang pada isteri:
1.Jangan terlalu sedih, sebaliknya kuatkan minda dan hilangkan kesedihan serta kekecewaan yang dilalui ini dengan kekuata positif.
2.Didik hati untuk memaafkan suami. Walaupun boleh memaafkan tetapi belum tentu isteri boleh melupakan. Anggap suami telah tersilap dan berdoa supaya suami jadi lebih baik.
3.Alihkan fokus kepada perkara penting yang lain. Jangan terlalu bergantungan emosi pada suami. Bina semula kehidupan yang lebih ceria.
4.Baca buku-buku motivasi yang boleh menjadi pendorong untuk maju ke hadapan dan tidak menoleh pada peristiwa pahit ini.
5.Bawa suami ke jalan yang diredhai Allah dengan memaikan peranan untuk menjadikan suami lebih baik daripada sebelum ini.
6.Banyakkan berdoa, bersedekah dan membaca Al-Quran.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada sebab tertentu mengapa seorang wanita masih mempertahankan rumah tangganya. Walau berkali-kali hatinya dilukai hingga ada kalanya terasa maruah diri sebagai isteri dipijak suami, namun dia tetap bertahan. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk keluar daripada ikatan perkahwinan itu.
Ada Sebabnya Tak Semua Faham
Ya, memang betul. Tiap orang dalam hidup punya banyak pilihan. Pasti orang sekeliling akan tertanya-tanya; kenapa isteri itu tetap mahu bertahan? Tetap rela diri berendam air mata. Kenapa tak berpisah saja? Takkan terlalu lemah?
Yang melalui sahaja yang faham. Sebagai orang luar kita tak sepatutnya menuduh sembarangan pada wanita yang berada dalam situasi itu. Mungkin sebagai rakan atau ahli keluarga, kita mampu menasihati mereka, untuk ‘membuka’ hati dan minda mereka. Supaya mereka dapat keluar mencari bahagia. Tapi, kenapa si isteri itu masih tetap bertahan dalam perkahwinan penuh air mata itu?
Soal Hati
Bila menyentuh soal hati, sukar nak dikata. Kalau dah sayang, semuanya mampu ditelan walau sepahit mana pun dugaan itu. Sama seperti wanita yang diduga dengan pelbagai masalah berpunca daripada sikap suami.
Ada isteri yang memiliki suami yang panas baran. Pantang silap sikit, ditengking umpama isteri buat kesalahan besar sedangkan puncanya bila isteri silap letak barang kepunyaannya. Habis dilempar barang. Belum lagi dimaki isteri di depan anak-anak.
Bayangkan apa perasaan isteri? Namun, isteri masih mampu bertahan. Sebabnya dia sayangkan suaminya itu. Tambahan pula katanya suaminya baran tapi tak sampai ‘naik tangan’.
Dia sedar, dia sebenarnya mengalami penderaan emosi oleh suami. Tapi dia tetap reda. Sebab apa? Sebab kasih sayangnya masih menebal pada suami. Segalanya ditelan jua.
Ada isteri yang masih tetap bertahan kerana anak-anak. Dia tak sanggup melihat anak-anaknya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Walau pun alasan itu tidak sepatutnya jadi penghalang untuk seseorang wanita itu keluar daripada rumah tangga yang tidak lagi bahagia buat dirinya, namun itu adalah antara sebab mengapa ramai isteri tak sanggup bercerai.
Mereka rela korbankan kebahagiaan diri sendiri demi anak-anak. Walau pun mungkin pada hakikatnya mungkin anak-anak juga lebih bahagia jika mereka berjauhan daripada ayah mereka. Tentu anak-anak juga sedih bila melihat ibu mereka tidak dilayan dengan baik oleh bapa mereka sendiri.
Bergantung Pada Suami Sepenuhnya
Wanita yang masih tetap cuba bertahan adalah kerana dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk menampung kehidupan. Sebab itu dia tidak dapat bayangkan kalau berpisah, dia dan anak-anak hidup susah.
Baginya, pengorbanan emosinya masih mampu ditanggung berbanding beban kewangan yang mungkin terpaksa dipikul andai pilih berpisah.
Takut Status SINGLE
Mungkin ada yang hairan dan tak percaya dengan alasan yang satu ini. Di zaman yang serba moden, soal status seseorang wanita bukan lagi isu besar. Tapi masih ramai wanita yang ‘takut’ dengan gelaran itu. Mereka rasa malu andai diketahui masyarakat bahawa mereka sudah bercerai.
Tidak sepatutnya ini dijadikan alasan. Berapa ramai wanita yang bergelar ibu tunggal Berjaya membuktikan mereka mampu berjaya bahkan lebih berjaya selepas keluar daripada rumah tangga yang tak membahagiakan itu. Sepatutnya wanita-wanita ini dijadikan contoh betapa wanita sebenarnya sangat kuat.
Apa juga alasan, jangan terus biarkan diri didera emosi oleh suami. Bila isteri asyik memendam, ditakuti lama kelamaan ia akan menimbulkan depresi dalam diam. Ingatlah, BAHAGIA itu perlu dicari. Binalah kekuatan untuk mencarinya…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak yang dikandung, dibesarkan dan disayangi dengan sepenuh jiwa, kembali dalam keadaan sudah tidak...