Indahnya pengakhiran, sempat peluk islam 13 hari sebelum meninggal akibat SLE. KepadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Tiada yang lebih indah jika di akhir kematian, kita dimuliakan dan kembali umpama bayi putih di hadapan Allah taala kelak

Inilah rezeki seorang saudara baru, Fatimah Abdullah yang meninggal Khamis lalu akibat SLE. Namun pengakhiran hidupnya, dirinya sempat mengucpap dua kalimah syahadah 13 hari sebelum dirinya dijemput Allah.

Jelas ibunya, HannaZulaikha Abdullah yang turut memeluk islam Ogos lalu, arwah anaknya itu sudah lama berminat dengan Islam, tetapi hasrat itu tertangguh sebaik dia dimasukkan ke hospital kerana menjalani rawatan akibat penyakit SLE (auto imun) sejak sebulan lalu,” katanya.

Berusia 51 tahun, jelas ibu yang diuji dengan kehilangan anak ini, dia terlebih dahulu memeluk agama Islam di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, pada 3 Ogos lalu.

Indahnya Pengakhiran, Sempat Peluk Islam 13 Hari Sebelum Meninggal Akibat SLE
Arwah memeluk islam 13 hari sebelum dijemput Allah. Indahnya pengakhiran hidupnya

Sementara, anak perempuannya, Fatimah Abdullah, 25, memeluk agama Islam pada 8 September lalu, ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini.

“Arwah sendiri memilih nama Fatimah sebaik mengucapkan dua kalimah syahadah di katil hospital baru-baru ini.

“Wajahnya nampak ceria dan dia memberitahu jiwanya terasa tenang seolah-olah baru dilahirkan walaupun ketika itu sedang sakit,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale di sini, hari ini.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :‘Takut Tak Sempat..’ Mualaf Diuji Jantung Bengkak, Tak Mampu Bayar Rawatan

IKLAN

“Indahnya Bunyi Azan Sehingga Sering Terngiang-Ngiang Di Telinga” Wanita Mualaf Nur Asmah Esther

Gadis Mualaf Ini Pakai Tudung & Tutup Aurat Sebelum Peluk Islam Lagi, Rasa Selesa & Selamat

Hanna Zulaikha berkata, walaupun sedih dengan pemergian anaknya pada 20 September lalu, namun dia bersyukur kerana Fatimah ‘pergi’ selepas memeluk agama Islam.

“Ketika nazak, arwah anak sempat menyebut nama Allah dengan terang yang membuatkan saya benar-benar terharu,” katanya.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada pihak Pusat Dakwah Islamiah, Paroi yang membantu menguruskan pengebumian arwah Fatimah.

Katanya, jenazah anaknya baru dapat dikebumikan hari ini kerana perlu melalui pelbagai prosedur perubatan, selain perlu disahkan bebas Covid-19.

IKLAN

Sementara itu, petugas pengurusan saudara baru, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Fathiah Doris Abdullah berkata, dia dihubungi ibu arwah memaklumkan anaknya yang sedang menerima rawatan di hospital ingin memeluk agama Islam.

“Saya bersama rakan pejabat terus ke hospital untuk menunaikan hasrat arwah,” katanya. Sumber :- Harian Metro

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Indahnya Pengakhiran, Sempat Peluk Islam 13 Hari Sebelum Meninggal Akibat SLEJom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

IKLAN

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI