Sumber Foto :  Instagram Vanidah Imran

Impian Vanidah Imran genggam Master tercapai, berkat nasihat bapa tersayang “terasa bagaikan mimpi” begitulah bahagianya pelakon senior terkenal Vanidah Imran apabila berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang berjaya menamatkan pengajian Sarjana Seni Persembahan (Drama).

Siapa sangkan pada usia 48 tahun ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu menjadi seorang daripada penerima ijazah daripada lebih 7,682 pelajar yang menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen ke-61, Universiti Malaya yang berlangsung Sabtu lalu di Dewan Tunku Canselor universiti berkenaan.

Impian Vanidah Imran Genggam Master Tercapai, Berkat Nasihat Bapa Tersayang “Terasa Bagaikan Mimpi”

Impian Vanidah Imran Genggam Master Tercapai

Terlebih dahulu Vanidah bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Kemudian bertekad menyambung, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian Sarjana pula.

“Terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan tahniah.

“Akhirnya sampai jua impian yang dimanifestasi sekian lama. Terasa bagaikan mimpi. Segala penat lelah, perit getir menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

“Syukur Alhamdullilah.

“T.kasih my children rakamkan detik2 indah ini untuk Ibu.

“Semoga menjadi pembakar semangat mu di masa akan datang. InshaAllah.

“Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan kepada semua urusetia konvokesyen @unimalaya yang banyak membantu.

“My Masters degree is specially dedicated to my 1st love, my advisor and motivator, my father, Hj. Imran Abdullah @ Indiran Koothayan,” tulis Vanidah menerusi akaun rasmi Instagramnya.

Tanggungjawab Berat

Akui Vanidah bergelar ibu, pensyarah dan pelajar bukanlah satu perkara mudah.

IKLAN

“Saya perlu  mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.

“Anak saya tahu bila ibu mereka perlu lunaskan itu dan ini. Contohnya kalau saya kena mengadap tesis, tarikh akhir serahan tugasan dan sesi virtual. Tambah pula berdepan fasa genting di era pandemik COVID-19.

“Kalau saya tak sempat masak dan sediakan makanan, mereka pandai-pandai buat makan sendiri atau tempah dari luar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lady Vee (@vanidah_imran)

Rugi Tak Sambung Belajar Ketika Muda

Vanidah pernah mengakui sebelum ini betapa ruginya tidak menyambung pengajian ketika masih muda.

“Apabila belajar di usia melewati angka empat siri dengan tuntutan tanggungjawab serta komitmen sebagai ibu dan anak, ia bukanlah fasa mudah.

“Berbanding masa muda, kita kurang bebanan. Tapi saya terima segala-galanya dengan lapang dada. Menyambung pengajian ketika ada anak kecil dan keluarga itu lebih buat saya jadi kuat.

“Namun sebanyak mana tekanan, tanggungjawab mahupun suntikan motivasi atau nasihat daripada orang lain, pada akhirnya kita yang mengharungi ‘battle’. Nak buat terbaik atau sebaliknya terserah kepada diri sendiri,” tambahnya.

IKLAN

Impian Vanidah Imran Genggam Master Tercapai, Berkat Nasihat Bapa Tersayang “Terasa Bagaikan Mimpi”

Ayah Pembakar Semangat

Vanidah juga beruntung ayah tercinta pembakar semangat.

“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas.

“Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.

“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya.

“Saya tak pernah menyangka  akan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.

“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki.

“Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” sambungnya.

MENARIK LAGI : Putus Punca Pendapatan, Ibu Tunggal Rayu Sumbangan Yuran Universiti Anak

IKLAN

“Wanita Tak Lemah, Lebih HEBAT Dari Lelaki. Cekalkan Hatimu Ibu-Ibu Tunggal Sekalian!” Lufya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lady Vee (@vanidah_imran)

Sumber Foto : Ihsan Universiti Malaya &   Instagram Vanidah Imran 

Mingguan Wanita : Tahniah Vanidah!

 

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Impian Vanidah Imran Genggam Master Tercapai, Berkat Nasihat Bapa Tersayang “Terasa Bagaikan Mimpi”
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI