Ternyata bukan mudah menepis kata-kata orang, apatah lagi mereka tidak memahami apa yang kita lalui selama ini. Bekas komposer, Iman Wan, 53, antara insan yang menjadi mangsa cercaan masyarakat.

Tidak dinafikan ramai di luar sana menggunakan media sosial sebagai medium promosi, menzahirkan rasa hati atau mencetuskan kontroversi. Ianya cukup berbeza buat Iman Wan kerana dia menjadikan akaun media sosial mioliknya semata-mata untuk memberi kesedaran serta mendidik masyarakat tentang anak autism.

Iman Wan dianugerahkan anak autism, Adam yang kini berusia 18 tahun. Ternyata perjalanan membesarkan Adam bukan mudah namun Iman dan keluarga mula sedar tentang banyak perkara setelah Adam disahkan autism sejak 16 tahun lalu.

Perkongsian Iman selama ini  memndapat pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya dan ramai mulai kagum dengan relaiti hidup keluaraga ini dalam melayani karenah Adam setiap hari.

Namun menurut Iman Wan, ada juga segelintir masyarakat yang melemper tanggapan negatif padanya setiap kali dia kongsikan video atau posting tentang Adam. Sehingga ada di kalangan mereka yang menuduh dia menggunakan anak semata-mata untuk mencari duit lebih.

Jelasnya, dia sangat kecewa apabila menerima tuduhan sebegitu kerana niatnya yang sebenar telah disalaherti. Malahan telah mencari tanggungjawab setiap dari kita untuk mencari rezeki untuk keluarga dengan usaha sendiri.

Ternyata perkembangan media sosial membuatkan ramai lebih peka dengan masalah anak yang kurang upaya. Mereka yang dikurniakan anak istimewa adalah insan terpilih dan sudah tentu akan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda. Insyallah.

Bukan Niat Menunjuk

Jika diberi pilihan sememangnya ibu bapa yang memiliki anak istimea atau kurang upaya lebih selesa berada di rumah. Namun sampai bila kita perlu sorokkan anak kerana apabila mereka mula membesar, mereka punyai keinginan untuk keluar berjalan seperti orang lain.

“Sebenarnya bukan niat saya nak tunjuk atau bawak anak keluar ke sana, sini. Mulanya saya dan isteri terpaksa bawa Adam keluar kerana dia memang tidak boleh ditinggalkan sendirian kerana memang tidak ada orang lain menjada dia di rumah.

“Mula-mula memang leceh setiap kali kami bawa Adam keluar, tetapi kami terpaksa. Saya pernah dihalau di restoren disebabkan Adam buat bising dan kecoh. Saya tak pernah salahkan orang ramai kerana tidak semua  orang faham tentang keadaan anak autism. Jadi kini saya gunakan media sosial untuk beri kesedaran kepada masyarakat.

“Memang ada impaknya dan orang mulai ambil tahu tentang autism sekarang. Sebenarnya, autisme ini mempunyai spektrum yang luas, anak saya Adam tidak menunjukkan ustisme secara keseluruhannya. Tetapi sekurang-kurangnya orang mulai peka dengan keadaan yang dilalui Adam,” luah Iman Wan lagi.

Iman Wan Dituduh Guna Anak Untuk Kaut Untung & Dilabel Anti Sosial Setelah Miliki Adam Autistik
Sumber: Facebook Iman Wan

Dilabel Anti Sosial

Setelah Adam disahkan autistik, kehidupan keluarga ini berubah secara total. Dia dan isterimya, Norhaida Hasan, 46, mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memilih untuk bekerja dari rumah.

“Hidup kami setelah ada Adam memang sangat berbeza. Keadaan Adam membuatkan kami jarang ke majlis-majlis atau gathering family. Saya sentiasa sentiasa berharap dan lebih selesa jika ahli keluarga datang ke rumah kami.

“Bimbang jika kami yang pergi, kami akan menyusahkan semua orang apabila Adam mula buat perangai. Lagi pula memang saya dan isteri yang jaga anak sendiri, jadi memang sukar kami menerima jemputan kerana sekurang-kurangnya perlukan tiga orang untuk menjaga Adam.

“Situasi ini membuatkan sesetengah ahli keluarga tak faham dan labelkan kami anti sosial kerana jarang berjumpa sanak-saudara. Sebenarnya, sama ada saya atau isteri sanagt penat apabila berdepan dengan sikap Adam yang sukar diramal.

“Setiap kali keluar, kami perlu bersiap-sedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku dan kami saling tak tumpah seperti komando. Oleh sebab itu, kami lebih selesa berada di rumah, relax-relax dan tidak menyusahkan orang lain.

Serahkan Pada Allah

Sesungguhnya sebagai hamba Allah, Iman menyerahkan segalanya pada Allah jika doa telah tiada di dunia. Dia sentiasa berdoa agar Allah menjaga anaknya di samping memohon Allah menghantar orang yang baik-baik kepada keluarganya kerana keluarganya kecil sahaja.

“Tidak dinafikan ibu, bapa yang mempunyai anak autism memerlukan sokongan dari keluarga dan orang yang rapat. Saya berterima kasih dan bersyukur dikelilingi orang yang baik-baik. Jika ditanya siapa yang akan menjaga Adam setelah saya dan isteri tiada, saya tiada jawapan kerana ianya bukan di bawah kawalan saya.

‘Pernah satu tahap saya terfikir kami sekeluarga naik kapal terbang dan terhempas. Akhirnya semua meninggal dunia kerana terlalu memikirkan keadaan Adam. mati smeua sekali. Tetapi bila fikir balik, ingatkan diri ianya adalah urusan dan rancangan Allah.

“Paling penting, di dunia kita telah usaha dan lakukan yang terbaik. Lagi satu, ibu bapa yang miliki anak istimewa sememangnya memerlukan duit yang banyak untuk rawatan dan keperluan mereka.

“Oleh itu saya berharap kerajaan lebih peka untuk membantu keluarga yang miliki anak macam saya apatah lagi di kalangan mereka yang tidak berkemampuan,” serunya di akhir perbualan.

Jangan lupa saksikan siaran ulangan MW Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8 malam nanti.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI