Sebelum ini, Ustaz Khairul Anuar Basri berkongsi tatacara solat terawih paling ringkas di rumah masing-masing. Bagi melengkapkan solat sunat terawih ini, lakukanlah solat witir berjemaah paling basic ini.
“Alhamdulillah, nampaknya ramai yang dah mula ambil manfaat dan kongsikan tatacara tersebut dengan orang-orang yang mereka sayang.
“Maksudnya dah ramai yang tahu sebenarnya nak jadi imam solat terawih ni bukanlah susah mana pun kan?”
“Bila sebut tentang solat terawih, tak lengkap rasanya kalau tak cerita pasal solat witir. Semalam pun ada orang komen tanya kaifiat solat witir.
So, hari ni saya nak tambah sikit lagi penulisan tentang requirement paling basic dan juga tips untuk solat witir berjemaah di rumah bagi imam yang amatur.
Macam biasa, just buat apa yang saya tulis tu je ye.
Persediaannya Macam Ini..
√ Solat witir ni lepas selesai solat terawih 8 rakaat. Lepas dah baca doa bagai.
√ Kita ambil cara yang paling biasa dan mudah iaitu 3 rakaat dengan 2 salam. Maknanya mula-mula 2 rakaat. Lepas salam, bangkit dan tambah lagi 1 rakaat.
√ Sebelum mula solat witir, imam pusing belakang mengadap makmum. Cakap biar jelas; “Kita nak solat solat witir ni. 3 rakaat dengan 2 salam. Get ready semua ye!”.
TATACARA SOLAT WITIR PALING SEMPOI BAGI IMAM AMATUR
– Lafaz niat solat witir yang mula-mula tu ialah; “Sahaja aku solat witir 2 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala”. Allāhu akbar!
Ads
– Solat la 2 rakaat macam biasa sampai selesai bagi salam.
– Lepas dah selesai 2 rakaat, sekali lagi imam bangkit dan pusing belakang mengadap makmum. Cakap sekali lagi; “Kita nak solat witir 1 rakaat ni. Get ready semua”.
– Lafaz niat solat witir yang ni pula ialah; “Sahaja aku solat witir 1 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala”
– Solat la 1 rakaat sahaja. Jangan pandai-pandai buat lebih pulak.
Ini la tatacaranya solat witir yang paling basic. Buat je macam yang saya tulis ni, insyaAllah selesai dan sah la solat witir secara berjemaah. Senang kan?
Surah-surah Dibaca Dalam Solat Witir
Ok.. sekarang saya nak guide sikit surah apa yang nak dibaca dalam setiap rakaat solat witir tu.
Sebab solat terawih ni 3 rakaat, suka saya nak cadangkan surah-surah berikut untuk dibaca selepas Surah Al-Fātihah pada setiap rakaat.
Ads
Ini akan memudahkan para imam sekelian.
Jadual yang sama ni, boleh recycle pada setiap malam.
Rakaat,
Pertama – Surah Al-Ikhlās (قل هو الله أحد)
Kedua – Surah Al-Falaq (قل أعوذ برب الفلق)
Ketiga – Surah An-Nās (قل أعوذ برب الناس)
Kalau nak baca surah-surah lain boleh tak?
Boleh je. Bacalah mana-mana surah yang mudah bagi imam tu.
Nak baca surah yang sama setiap rakaat pun boleh.
Kalau tak hafaz surah-surah ni boleh tak tengok Quran?
Macam pelik la pulak tak hafaz kan? 3 surah ni level budak tadika KEMAS je ni.
Ads
Boleh tak kalau buat sendiri-sendiri je solat witir ni? Tak payah la buat secara berjemaah.
Boleh je kalau nak buat sendiri-sendiri. Tapi berjemaah itu lebih aula sebab dapat pahala jemaah.
Kalau nak buat sendiri, tak semestinya selepas solat terawih. Bila-bila masa selagi sebelum azan Subuh pun boleh.
Cumanya takut kalau tak buat terus secara berjemaah lepas solat terawih, nanti tak solat witir la pulak. Itu je yang kita bimbang.
Lepas solat witir boleh tak kita bangun solat tahajjud?
Boleh je. Dan tak payah dah nak buat solat witir lagi sekali sebab witir hanya sekali untuk 1 malam.
Terpulang. Nak baca boleh, taknak baca pun tak apa.
Biasanya bermula malam ke 16, imam akan baca doa qunut kan? Kena baca jugak ke?
Ye biasanya begitulah. Imam akan baca doa qunut pada rakaat ketiga selepas bangun dari rukuk. Macam solat Subuh tu.
Kalau boleh baca, bacalah.
Kalau tak mampu baca, tak baca pun takpe.
Begitulah tatacara yang paling basic kot untuk jadi imam solat witir.. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya kat ruangan komen.
So, macam semalam jugak. Ibu-ibu dan bapak-bapak mohon share tatacara ni kat semua orang ye. Nanti senang nanti kalau nak kena jadi imam solat witir berjemaah.
MW :Semoga mak ayah dapat menghidupkan solat sunat terawih dilengkapi dengan solat witir di rumah sendiri.
Isteri, ada masa emosinya tidak menentu. Suami tak jawab apa yang ditanya pun merajuk sampai tak nak masak. Mulalah cari salah suami, sekecil perkara pun nak diungkit dan berkira-kira.
Apa yang dia buat semua betul dan suami buat semua salah. Sebab itulah orang cakap, bila suami buat salah sedikit, habis semua diungkit, nampak semuanya dia salah. Terus yang baik-baik tak ada langsung.
Hakikatnya, tanpa isteri sedar, diri sendiri pun ada kekuranganya. Biasalah ‘emo’ isteri tak menentu, ada saja nak cari salah suami.
Mujurlah suami yang baik hanya tutup mata. Bukan takut isteri tapi tahu itulah kelemahan isteri, adabdalam berumahtangga, kadang angin, boleh jadi ribut taufan. Kalau jenis suami yang tak sabar mahunya bercerai berai walaupun hanya perkara kecil.
Saling melengkapi dan ciptalah bahagia dan sentiasalah bersyukur dikurniakan suami yang baik, sabar dengan karenah kita.
Dalam perkongsian Huda Zainal, bukan untuk memihak pada para suami tapi kadang isteri lupa tentang kekurangan diri. Suami yang faham, dia malas nak layan hal remeh temeh ni. Paling penting, tanggungjawab pada keluarga tidak pernah terabai.
Antara perkara yang kerap saya hilang syukur. Perkara yang saya tak hargai.
Ada suami yang baik. Asyik nampak salah. Asyik nampak kurang. Asyik nampak buruk.
Dan setiap kali ada perkara yang saya tak puas hati dengan suami. Setiap itu, Allah hantar kawan-kawan mengadu domba perihal suami mereka.
Kawan mengadu. 15 tahun kawin. Duit rumah bayar separuh-separuh. Saya tak pernah keluar 1 sen untuk penginapan.
Kawan cerita. Anak nak masuk sekolah. Suami buat tak endah. Terpaksa keluar duit sendiri. Saya? Tak pernah ambil tahu yuran pendidikan anak-anak.
Urusan utilities, urusan service kereta, hatta income tax saya, 100% suami uruskan. Mana saya nak pergi, jika suami ada. Suami hantar. Sehabis usaha supaya saya tak bersendirian. Pernah, lebih 8 bulan, tangan ni tak pegang langsung stereng kereta.
Semalam suami cakap, buat saya menangis. “Dalam dunia ni tak ada yang perfect. Adatlah kalau kita asyik nampak kurang pasangan kita. Adatlah, dekat mata kita ni banyak yang cacat je kita nampak.”
Dan kita sebagai isteri, selalu fokus apa yang suami kurang. Hakikatnya, kita isteri pun banyak kekurangan.
Sebenarnyakan, suami ni. Dia nampak jer kekurangan kita. Tapi dia diamkan, dia tutup mata. Sebab orang lelaki ni simple.
Kita orang perempuan suka fokus mana pasangan kita kurang. Suka ungkit-ungkit perkara yang dia buat salah.
Saling Melengkapi
Hubungan suami isteri ni untuk melengkapkan satu sama lain. Jodoh kita bukan kebetulan. Kelemahan dia kita lengkapkan. Kelemahan kita dia cukupkan.
Bahagia dalam rumah tangga. Kita yang perlu cipta.
Moga kita sentiasa belajar syukur dengan apa yang ada depan kita. Moga Allah kurniakan rumah tangga mawardah sakinah warahmah.
Mingguan Wanita : Belajar bersyukur sebab suami banyak bersabar dengan karenah kita. Isteir pun ada kekurangannya.
Dalam mendidik anak-anak, pelbagai teknik dan cara mak ayah perlu dipelajari agar anak mudah mendengar arahan yang disuruh serta faham bagaimana untuk melakukannya.Lebih-lebih lagi anak-anak yang peringkat masih kecil yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada mak ayah sendiri dalam proses tumbesaran mereka. Seringkali ‘kesilapan’ mak ayah hanya memberi arahan secara lisan atau verbal, tetapi ‘terlupa’ untuk memberi tunjuk ajar bagaimana ia sepatutnya dilakukan.
Berikut merupakan antara perkongsian menarik oleh seorang cikgu tadika Fara Jeff, sebagai rujukan;
Tapi kita lupa nak tunjuk pada anak macam mana nak duduk diam berfokus, off gadjet, tutup tv buat benda lain, susun barang elok-elok, sayang buku dan ilmu.
Yang kita buat – tunjuk verbally. Erk.
Anak tak nampak perkataan tu berterbangan. Apa ingat macam dalam kartun Alice in The Wonderland ke. Si beluncas tu kalau bercakap akan keluar asap huruf dari mulut. Tidak ya. Buang imaginasi tu.
Yang anak nampak, mulut mak dan ayah macam machine gun. Jalan laju sangat susah stop. Makin pening ada la.
Kita buat. Ajak anak buat. Nanti anak ikut. Jangan semua kita buat terus. Stop feeding.
Kita suruh. Kita tak buat. Jangan mimpi anak nak buat.
Ajar Anak Self Control
Dalam gambar, seorang cikgu comel sedang mengetuai barisan kanak-kanak riang.
Kami tengah buat gross motor activity, with vocab enhancement. Up, down, in, out.
Sub topic – self control.
Nak bagi tune mindset diorang ni, kalau nak main ada peraturan. Dengar arahan. Tunggu giliran.
Bukan main redah je, lari dan tolak menolak.
Nanti pergi playground, takda siapa nak main sama-sama.
Self control tu penting.
******
Sebab tu kita kena ajar anak self control. Supaya semua arahan yang kita suruh tadi dia dapat faham dan ikut.
Dia faham kenapa mainan kena kemas.
Dia faham kenapa buku tak boleh dikoyakkan.
Dia faham kenapa makan kena duduk sampai selesai.
Dia faham kenapa hidup ada peraturan.
Kalau semua kita buat. Kita sedang spoon feed mereka. Akhirnya kita yang penat. Anak ape pon dia tak nampak.
Dalam hati seorang ibu, tiada yang lebih mendebarkan selain melihat anak kecil menangis tanpa henti, lebih-lebih lagi bila hati sendiri sedang diserang gelisah menunggu khabar suami tercinta.
Itulah yang alami oleh isteri Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi sementara menerima khabar mengenai suami tersayang yang dikhabarkan terbabit kemalangan trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa batu kira-kira jam 8.50 pagi.
“Mikhael Anaqi, anak sulung kami baru berusia empat bulan, tiba-tiba menangis tanpa henti. Macam tahu ayah dia tengah sakit waktu tu,” luah Nor Farahana Mohd. Razali, 28, yang masih belum sempat menyesuaikan diri di kuarters Unit 5, Sungai Senam, Ipoh.
Sebagai isteri anggota yang baru berpindah, Farahana belum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp isteri-isteri anggota lain. Saat tragedi berlaku, dia langsung tidak tahu apa-apa. Yang dia ada hanyalah firasat dan tangisan anaknya yang tak mahu reda.
“Saya tunggu tiga jam tanpa sebarang kepastian. Berita yang saya terima bercampur-campur. Ada yang kata selamat, ada yang diam. Masa tu saya cuma duduk, pegang anak, dan menangis dalam diam.”
Farahana dan Muhammad Aniq baru mendirikan rumah tangga tahun lalu. Hidup masih di fasa membina fasa belajar memahami, menyusun bahagia, dan menyulam impian. Tetapi ujian datang terlalu awal.
“Bila diberitahu suami cedera, saya terus ke Hospital Teluk Intan. Tapi saya masih tak tahu keadaan dia macam mana. Saya takut, saya keliru… Tapi saya tetap kena kuat. Demi Mikhael. Demi suami saya.”
“Bila dapat tahu suami saya cedera, jantung rasa seakan berhenti. Saya tak tahu sejauh mana keadaannya, tak tahu di mana dia terluka. Saya cuma tahu saya perlu cepat ke Hospital Teluk Intan. Dalam hati, saya ulang-ulang doa agar Allah lindungi dia,” luah Farahana dengan mata yang masih berkaca.
Sementara itu, bapa mertuanya, Rozi Jusoh, 63, berkongsi mengenai satu-satunya anak lelaki dari empat bersaudara yang menjadi harapan keluarga.
“Aniq anak bongsu kami. Satu-satunya lelaki daripada empat beradik. Dia bukan sekadar anak, dia harapan.”ujarnya.
Bunyi Dentuman
Sementara itu, Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, hanya mengingati bunyi dentuman kuat sebelum mendapati dirinya terbaring di lantai trak.
Dia merupakan antara sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang cedera dalam nahas di Jalan Chikus – Sungai Lampam dengan lori membawa muatan batu pada pagi Selasa lalu.
Katanya, semasa nahas itu berlaku, dia hanya mendengar bunyi brek secara mengejut, dentuman kuat sebelum menyedari berada di lantai trak polis itu.
‘Saya dalam keadaan separuh sedar sebelum ada anggota daripada trak lain menarik saya keluar.’
Dia dibenarkan keluar selepas menjalani rawatan di Hospital Teluk Intan sebelum pulang ke rumah keluarga di Arau,Perlis. Terdahulu, Dia dikunjungi oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin di sebuah rumah rehat di Taman Melor di sini.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.