Ibu Tunggal cukup kental itulah semangat yang ada pada penyanyi ini. Wanita ini juga berdepan pelbagai ujian dan kesukaran hidup sepanjang 2020, dia yang kini kembali membuat penampilan semula dalam industri muzik, Ashira Aziz, mengharapkan sinar baharu untuk tahun 2021.
Wanita ini juga turut bersyukur diberikan peluang kedua dalam bidang seni selepas menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Ibu Tunggal Cukup Kental, Ashira Usaha Dapatkan Sebuah Rumah
Sebagai permulaan, kata ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 14, dia kini dalam usaha mendapatkan sebuah rumah selepas beberapa bulan menumpang di rumah kakaknya dan terpisah dengan anak.
“Mungkin ramai dah tahu, sebelum menyertai GV7, saya kena keluar dari rumah sewa kerana gagal menjelaskan bayaran sehingga menyebabkan saya dan anak terpaksa tinggal berasingan buat sementara. Jadi sekarang saya dalam usaha cari rumah untuk kami berdua dan kembali hidup macam dulu.
“Doakan agar usaha itu dipermudahkan dan setelah semuanya selesai barulah senang untuk saya menumpukan perhatian kepada kerjaya seni serta segala perancangan lain selepas itu,” ceritanya.
Bersama anak kesayangan.
Banyak Perancangan Seni 2021
Menghitung hari menunggu detik tahun baharu menebar salam, Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 34, berkata, banyak perancangan seninya diatur pada tahun hadapan.
“Alhamdulillah bersyukur sangat dengan rezeki Allah bagi menerusi GV7 dan tentunya saya akan gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.
“Saya tidak mahu kembali kepada kehidupan sukar yang pernah dilalui sebelum ini dan berharap agar ada sinar baharu menanti.
Ads
“Jujurnya saya tidak sabar menantikan tahun 2021 kerana mahu memulakan kembali kerjaya dan membina hidup lebih baik bersama anak,” katanya.
Sedia Cuba Bidang Lakonan
Ashira yang cukup manis juga menyatakan dia turut bersedia mencuba bidang baharu termasuk lakonan jika diberikan peluang mengembangkan bakatnya.
“Kalau ikutkan saya tidak minat berlakon, tetapi ramai yang menggalakkan saya mencuba bidang lakonan kerana percaya saya ada bakat berlakon.
“InsyaAllah jika ada tawaran, saya sedia mempertimbangkannya dan bagi peluang kepada diri sendiri untuk buat benda baharu,” luahnya.
Pun begitu, Ashira mengakui, kembali aktif dalam bidang seni secara tidak langsung bererti dia kembali berdepan dengan perhatian umum.
Ads
“Setelah sekian lama hidup jauh daripada perhatian orang, sekarang saya kembali berdepan dengan situasi tersebut yang tentunya menuntut saya untuk lebih kental.
“Berbanding dulu, saya kini lebih matang untuk melalui perkara-perkara seumpama ini, cuma apa yang menakutkan, netizen sekarang jauh lebih ‘berani’ berbanding dulu.
“Memang boleh terduduklah, bila mereka dah mula menyerang kerana pendekatan yang digunakan kadang-kadang agak melampau dan tidak masuk akal.
“Perkara kecil pun boleh jadi besar sehingga dikaitkan dengan keluarga dan maruah diri semua.
“Apa pun, setakat ini saya selebih selesa untuk tidak membaca atau mengambil tahu kecaman-kecaman yang dilontarkan dan biarkan ia berlalu begitu sahaja,” ungkapnya.
Apabila seseorang melihat ujian musibah Covid-19 sebagai hikmah, maka dia akan memperolehnya dengan hati yang lapang. Inilah yang dikongsikan penyanyi popular, Nora Ariffin atau nama sebenarnya, Norafizah Ariffin.
Akui Nora, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih diteruskan sehingga bulan Ramadan ini memberi hikmah buat dirinya dan keluarga. Terutama bab solat tarawih di rumah sendiri. Malah tidak pernah dibayangkan sebelum ini, yang dia akan menjadi imam solat tarawih di rumah untuk anak-anak perempuan dan maidnya.
Kongsinya, “Tak pernah terfikir untuk jadi imam solat tarawih untuk anak-anak dan maid di rumah. Sebelum ini memang kami selalu ke masjid.”
“Jarang solat di rumah apatah lagi saya terpaksa jadi imam. Tapi dalam PKP, tak sampai hati membiarkan anak-anak abaikan tarawih begitu saja, walaupun ibadah sunat.”
“Alhamdulillah, tak susah sangat pun. Kita ingat susah sebab nak perfect macam solat kat masjid. Slow-slow practice makes perfect. In Shaa Allah. Doakan saya istiqamah.” Kongsi Nora yang ditemani dua orang puterinya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah.
Hikmah PKP Untuk Anak-anak – Nora Ariffin
Waktu PKP ini anak-anak tidak bersekolah. Jadi, mudah untuk anak-anak Nora berpuasa dengan penuh pengisian dan kesabaran.
“Masuk waktu terus ajak solat. Alhamdulillah.. moga terus istiqamah sampai bila-bila. Doa untuk papa dan abang Alif tak pernah putus. Moga mereka tenang di sana. In Shaa Allah.”
Disember tahun lalu, Nora diuji kehilangan anak keduanya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan, 20 yang meninggal secara mengejut di rumah. Manakala suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang merupakan seorang komposer meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
MW :Sememangnya Ramadan di waktu PKP inilah waktu terbaik untuk meningkatkan amalan dan mendekatkan diri denganNya sepanjang melaksanakan ibadah berpuasa.
Zarina sedih bila ibu menangis depan pintu. Hati ibu mana yang tidak resah apabila anak kesayangan terpaksa menjalani kuarantin sendirian di dalam bilik.
Begitulah yang dialami pelakon Zarina Zainuddin selepas disahkan dijangkiti Covid-19 dia terpaksa menjalani kuarantin sendirian di dalam bilik.
Difahamkan usahawan pulut kuning terkenal mengetahui dijangkiti selepas melakukan ujian saringan. Bagaimanapun, suami dan anak-anaknya tidak dijangkiti.
Zarina Sedih Bila Ibu Menangis Depan Pintu
Zarina yang sering memaparkan kisah anak, keluarga dan dirinya yang begitu ceria, berasa sedih apabila ibu kesayangan menangis di depan biliknya.
Menerusi hantaran sebuah video di akaun rasmi Instagramnya, terdengar tangisan ibu Zarina dari luar pintu bilik yang begitu risaukan anaknya.
“Huhu.. mula mula .. si Azil tendang pintu ..
“Ni mak pulak dah nanggis nanggis depan pintu,” laung Zarina dari dalam bilik.
“Ina okay laa mak ina nak kemas-kemas baju-baju dalam almari ni. Kemas bilik cantik cantik.
Ok Saja, Dah Booster
“Dont worry mak saya okay jer dah booster dos ke 3.
“Penyakit ni semua Allah bagi apa daya kita ni.
“Sabar sabar sabar banyak berdoa.
“Ina Sayanglah Mak Ni”
“Tak pasal-pasal aku nangis baca tulisan sendiri.
“Ina sayang mak tau. Selalu lawan-lawan mak tu sebab ina sayang lah.
“Mak ni keras kepala tapi hati lembut macam gula bila kacau kacau dalam air panas terus larut” jerit Zarina dari dalam bilik.
Dalam pada itu, Zarina berkata menerusi perkongsian lain sebelum itu, Zarina juga turut memberitahu perniagaan pulut kuningnya berjalan seperti biasa dan diuruskan oleh pekerja.
“Perniagaan pulut kuning saya berjalan seperti biasa. Ada cef dan kakitangan-kakitangan saya yang uruskan. Insya-ALLAH,” ungkapnya Zarina.
Zarina juga turut menjelaskan dirinya disahkan Covid pada 1 Mac lalu dan turut meminta orang ramai berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pesakit Covid-19.
“Hari ini 1 Mac saya dah disahkan positif Covid-19. Mesti orang cakap dah lengkap vaksin pun masih boleh kena ke? Ya, booster untuk perlindungan. Sekurang-kurangnya jika kena sekali pun, tidaklah sampai stage yang teruk. Setakat satu atau dua sahaja.
“Saya dah masuk hari kedua. Apabila perasan malam tadi, tiga kali saya buat swab test sendiri. Semalam macam bayang-bayang sahaja line tu, tetapi pada pagi ini ia lebih jelas.
Minta Doakan Kesembuhan
“Saya nak minta sesiapa yang ada berjumpa dengan saya, tolong pergi swab test. Saya minta maaf Allah nak bagi penyakit ini. Jika saya ada sakitkan hati sesiapa, maafkan saya.
“Minta doakan saya. Saya risau Azil (anak kembar autism) bangun tidur mesti dia ketuk pintu bilik saya nak masuk. Tolong doakan saya ya.
“Saya makan @nuprep.official wanita untuk sistem imun dan harap saya kuat serta cepat sihat. Saya jarang-jarang sakit tapi bila sekali sakit saya macam orang putus harap,” katanya.
Peringatan ini khusus untuk pemandu motosikal baik lelaki mahupun wanita. Andai suami mak-mak pun memandu motosikal untuk ke tempat kerja atau ke mana saja, mintalah berhati-hati kerana ada individu tak bertanggungjawab memasang jerat tali pancing di laluan motosikal.
Cerita benar inilah yang dilalui penunggang motosikal, Afiq Izwan apabila dirinya benar-benar tersangkut jerat tali pancing yang dipasang di laluan motosikal dekat kawasan Gombak.
Kejadian yang dialami pada 17 September 2018 sekitar jam 6.30 petang.
“Perhatian kepada penduduk GOMBAK especially yang guna susur masuk dari DUKE untuk masuk ke taman perumahan koperasi fasa 1 dan taman rowther.”
Jerat Tali Pancing Bukan Mitos, Tapi Jadi Dekat Diri Sendiri
“Ada manusia yang tak berhati perut telah memasang jerat dekat selekoh (refer gambar di atas). Bagi orang yang tak tahu, ni adalah tali pancing yang permukaan dia sangat kasar.”
“Biasanya orang guna tali ni untuk menyamun budak motor yang lalu dekat laluan motor (Tol) Sebab tu ramai mat motor takut nak guna laluan motor bila malam. Sebab ni lah!”
Bahaya! Bawa Perlahan Pun, Helmet Boleh Koyak
“Pedih weh! Sedangkan pakai helmet dan bawak slow pun boleh sampai koyak helmet.”
“Okay cuba bayangkan kalau ada orang yang tak pakai helmet tambah pulak bawak laju. Tak terkehel ke leher dia? Nampak macam remeh kan? Tapi yang remeh tu yang bahaya sebenarnya.”
So reminder pada semua orang penduduk Gombak untuk hati-hati bila lalu kawasan ni terutama bila malam.
Afiq kongsikan kisahnya ini agar penunggang motosikal terutama penduduk Gombak boleh alert dengan perbuatan khianat manusia tak bertanggungjawab ini.
Sampaikan pesan ini pada suami mak-mak yang ‘rider’ ke tempat kerja ya. Moga perjalanan suami mak-mak dilindungiNya ketika keluar mencari rezeki.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...