“Ibu terlantar, separa koma selepas dilanggar.” Anak nekad korbankan masa depan, berhenti kerja demi menjaga ibu tercinta.
Ternyata pengorbanan ini syurga balasannya, tidak semua anak sanggup melepaskan kerja, seterusnya menguruskannya ibu. Apatah lagi bagi seorang anak lelaki.
Ibu Terlantar
Seorang anak berkorban masa depan dan berhenti kerja bagi menjaga ibu yang terlantar akibat kemalangan, sejak lima tahun lalu.
Menurut Mohamad Haziq Naim Fauzi, 24, yang juga anak sulung daripada dua beradik itu, ibunya, Tuan Zainani Tuan Lah, 52, terlantar dan separa koma selepas dilanggar oleh sebuah motosikal pada Januari 2017.
Tambahnya, ibunya dilanggar motosikal ketika pergi membuang sampah di hadapan kedai makan milik ibunya di Tunjong.
Separa Koma Selepas DiLanggar
“Ibu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama tiga bulan dan menjalani pembedahan membuang tempurung kepala kerana mengalami pendarahan.
“Sehingga kini, ibu terlantar dan separa koma serta tidak memberi sebarang reaksi apabila dipanggil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sireh, Kampung Sireh, Kota Bahru, Kelantan.
Menurut Mohamad Haziq, sejak kejadian itu, dia membuat keputusan drastik berhenti kerja di sebuah kedai serbaneka kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada ibunya.
Beliau juga mahu adiknya, Nik Nunisha Damia Fauzi, 20, menumpukan perhatian pada pelajaran dan meneruskan pengajian sehingga ke peringkat universiti.
Ads
“Alhamdulillah, setakat ini adik saya turut membantu menjaga ibu walaupun dia masih menuntut di Tingkatan Enam.
“Kami bergilir-gilir menjaga ibu. Jika saya ada urusan, adik akan jaga ibu dan begitu juga sebaliknya. Kami tidak pernah meninggalkan ibu sendirian kerana ibu memerlukan penjagaan rapi dan perlu menyedut kahak dalam tempoh beberapa kali dalam masa satu jam bagi mengelakkan pernafasan ibu terganggu.
“Ibu juga perlu diberi minum susu khas setiap empat jam atau lima kali sehari,” katanya.
Berhenti Kerja
Jelas Mohamad Haziq, dirinya sekeluarga bersyukur kerana masih mampu menampung keperluan ibu.
Ads
Malahan, ibunya turut menerima pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebanyak RM1,200 sebulan, selain bantuan susu dan lampin pakai buang setiap bulan.
“Dengan wang itu, dapatlah kami membeli segala keperluan ibu dan bersyukur kerana kehidupan kami agak baik.
“Saya berhasrat untuk berniaga secara dalam talian kerana mahu memberi lebih masa kepada ibu,” katanya.
Mingguan Wanita : Begitulah kasihnya seorang anak kepada ibunya. Semoga ibunya kembali pulih dan urusan anak anaknya dipermudahkan Allah SWT.
Barang kemas ini dengan orang perempuan cukup sinonim. Sanggup menyimpan duit, berbulan-bulan malah bertahun kerana mahu memiliki barang kemas impian. Ralatnya rasa hati, bila sudah memiliki, barang kemas pula terbuang atau hilang dari simpanan.
Kisah yang dialami Suraya Tahir ini dikongsikan dalam grup Kami Suri Rumah. Katanya, tak sengaja anak bongsunya terbuang beg berisi barang kemas miliknya. Disebabkan rasa bersalah anak lelakinya gantikan dengan barang kemas yang baru.
Tak Sengaja Terbuang Beg Berisi Barang Kemas
Bila rezeki itu masih milik ku.. gelang ni beli hampir RM4,000 awal tahun lepas. Anak bongsu cakap tak sengaja mengatakan die terbuang beg yang saya simpan barag kemas ni.
Jadi saya mengganggap nya sudah takde rezeki. Anak saya terlalu rasa bersalah lalu menggantikan RM1,000 untuk saya beli gelang yang lain. Tapi malam ni ntah kenapa saya tergerak mengemas bilik stor, secara tak sengaja terjumpa rantai tangan ni semula.
Ya Allah menggigil dan rasa bersyukur sangat. Terima kasih Ya Allah.
Sape pernah alami pengalaman macam saya?
Menangis 2 Minggu, Ini Sebabnya..
Ketika Mingguan Wanita menghubungi Suraya, ibu ini berkongsi yang dia menangis hampir 2 minggu lamanya apabila mendapat tahu anak bongsu tak sengaja terbuang emas miliknya.
“Sebab 2 tahun saya kumpul duit tu.”
“Akhirnya saya redha dan berdoa semoga orang yang jumpa gelang tu orang susah. Rupanya rezeki itu masih milik saya.” Suraya juga memaklumkan gelang tangan yang disangka hilang itu beratnya 16.65 gram.
MW : Barangkali juga tuhan mahu menggandakan rezeki Suraya. Dan akhirnya, ibu ini mendapat 2 gelang emas dalam simpanan. Begitulah, persoalan rezeki tuhan yang kadang kita tak pernah nak jangka. Bila bersabar, maka Allah gandakan rezeki.
Ada yang panggil pokok ini bunga gincu, tapi nama sebenarnya Reb Button Gingger atau (Costus Woodsnii). Kudup atau kelopak yang keluar dari bunga warna merah ni boleh dimakan.
Tapi sebelum makan, bersihkan dan pastikan tak ada semut dalamnya. Kudup bunga ini memang jadi kegemaran semut. Barangkali nektar yang ada dalam kudup tu yang menarik perhatian semut.
Siapa yang ada pokok bunga macam ini, janganlah dibuang kudup tu ya. Rasanya masam-masam manis, sama macam jambu air yang merah tu. Cuba tengok apa khasiat yang terkandung pada kudup bunga ini.
Kelopak Bunga Gincu Kaya Khasiat
Membantu merawat masalah darah tinggi dan kencing tak lawas. Rebus pokoknya dan minum airnya.
Membantu merawat jangkitan telinga. Bakar sebahagian kecil tanaman, dan perah untuk dapatkan ekstraknya. Sapu di kawasan yang bermasalah.
Tanaman ini jenis berasid dan boleh membantu merawat demam dan batuk. Makan kudupnya.
Membantu melegakan asma yang menyerang. Makan kudupnya.
Membantu masalah mati pucuk.
Peringatan!
Walau bagaimanapun, remedi ini adalah perawatan natural. Anda tetap perlu pergi berjumpa doktor sekiranya mengalami penyakit-penyakit yang disenaraikan di atas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percaya tak kuasa doa seorang isteri dalam rumah tangga yang bermasalah? Apabila wanita bertukar status menjadi seorang isteri, tak ada impian lain yang dia impikan melainkan mengharapkan suaminya boleh jadi ketua keluarga terbaik.
Namun tak semua isteri beruntung dapat suami yang memahami, kadang ada sesetengah isteri terpaksa buat semua kerja sampai ke malam. Malah kalau dibelek pada wajah isteri, nampak muka tak tertanggung rasa penat tetapi masih gigih melayan karenah anak dan suami yang sesekali balik lambat. Jadi si isteri masih setia menunggu sampai tertidur di ruang tamu.
Itulah… berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bersyukurlah jika ada suami yang faham, bertimbang rasa dan mahu sama-sama meringankan beban. Dan seharusnya para isteri rasa bertuah jika memiliki suami yang baik kerana lelaki sebegini sudah hampir pupus.
Andai suami nampak leka dan jauh dari ibadat yang mana solat pun dilambat-lambatkan, malah ke masjid pun kurang… maka inilah tanggung jawab yang isteri kena betulkan. Macam mana dan apa yang patut buat, renungkan perkongsian daripada Muhammad Ahmad ini…
Makbulnya Doa Seorang Isteri
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Bila Dan Cara Doakan Suami
Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
⭐️Isteri antara syurga atau neraka buat suami⭐️
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...