Ads

Ibu Tak Rasa Ralat, Hasrat Muhammad Aidil Derma Organ Jadi Kenyataan

Muhammad Aidil
Muhammad Aidil

Pahala yang berpanjangan buat arwah Muhammad Aidil, hasratnya yang mahu mendermakan organnya tercapai selepas dia me­ninggal dunia akibat kemalangan kerana kecederaan di otak pada malam Isnin lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Ibu Tak Rasa Ralat

Ibu Tak Rasa Ralat, Hasrat Muhammad Aidil Derma Organ Jadi Kenyataan

Ibunya, Sharifah Mat Saud, 62, berkata, anak bongsunya, Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, akan menderma beberapa organ dalamannya kepada beberapa pesakit yang sedang menunggu di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian.

Katanya, dia masih mengingati perbualan arwah yang pernah menyatakan keinginan untuk menderma organ bagi membantu pesakit yang memerlukan, namun tidak menyangka perkara itu akhirnya berlaku kepada anaknya sendiri.

“Arwah yang juga bekerja di sebuah kafe pernah sebut, kalau diberi peluang untuk menderma organ, dia sanggup menderma dan saya tidak fikir perkara itu akan berlaku kepadanya.

“Pemergian anak bongsu daripada empat beradik ini amat sukar diterima keluarga memandang­kan arwah dikenali sebagai seorang anak yang baik, peramah dan disenangi ramai,” katanya.

Hasrat Muhammad Aidil Derma Organ Jadi Kenyataan

Ibu Tak Rasa Ralat, Hasrat Muhammad Aidil Derma Organ Jadi Kenyataan

Ads

Menurut Sharifah, arwah Muhammad Aidil adalah pemegang Diploma Pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai minat mendalam terhadap motosikal selain bercita-cita me­nyambung pengajian pada masa hadapan selepas berehat seketika daripada dunia akademik.

Katanya, keputusan menderma organ itu dicapai selepas keluarga berbincang hasil penjelasan terperinci daripada pakar mengenai keadaan arwah yang disahkan mengalami kematian otak walaupun organ-organ lain masih berfungsi dengan bantuan mesin sokongan hayat.

“Kami sekeluarga merasakan tiada salahnya organ Muhammad Aidil didermakan kepada pesakit yang sedang menunggu pemindahan organ dan mungkin ini menjadi amal jariah yang berterusan buatnya,” katanya.

Ads

Ibu Tak Rasa Ralat, Hasrat Muhammad Aidil Derma Organ Jadi Kenyataan

Beliau berkata, doktor memaklumkan bukan semua pesakit sesuai menjadi penderma organ kerana ia bergantung kepada tahap kesihatan organ berkenaan, namun keadaan organ arwah didapati berada dalam keadaan baik dan layak untuk didermakan.

Katanya, keluarga menzahirkan penghargaan kepada HPUSM pasukan pakar dan petugas kesihatan yang menguruskan kebajikan arwah sepanjang menerima rawatan sehingga proses pendermaan organ dilaksanakan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Ibu Tak Rasa Ralat, Hasrat Muhammad Aidil Derma Organ Jadi Kenyataan

“Kami terharu apabila hospital menyalakan lampu hijau sebagai simbol penghormatan kepada arwab, sekali gus membuktikan bahawa pengorbanan penderma organ dihargai sebagai jasa besar yang mampu memberi harapan dan kehidupan baharu kepada insan lain,” katanya.

Kisah ini mencuit emosi paling dalam, namun di sebalik sebuah kehilangan, masih ada ruang untuk memberikan kehidupan dan harapan kepada insan lain. Seorang anak pergi, tteapi ada insan lain yang terus bernafas.

Al Fatihah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

makanan hospital kerajaan

Makanan Hospital Kerajaan Kini Setanding Hotel? Warganet Kongsi Hidangan Menyelerakan

Makanan hospital kerajaan menjadi perhatian selepas warganet berkongsi hidangan menyelerakan di beberapa hospital awam yang disamakan seperti makanan hotel.