Ads

Makanan Hospital Kerajaan Kini Setanding Hotel? Warganet Kongsi Hidangan Menyelerakan

makanan hospital kerajaan

Jika dahulu, sebut sahaja tentang makanan hospital kerajaan, ramai mungkin membayangkan sup kosong, sayur rebus atau hidangan ringkas yang kurang menyelerakan.

Namun, persepsi itu nampaknya semakin berubah apabila orang ramai mula berkongsi pengalaman menikmati sajian di hospital awam yang bukan sahaja lengkap, malah masih panas dan menyelerakan.

Baca artikel: 5 Hari Ditahan Wad, Amira Othman Nasihat Masalah Keracunan Makanan Jangan Dipandang Remeh “Jika Berlaku Sebarang Gejala Segera Dapatkan Rawatan”

Ada yang menerima hidangan nasi dalcha, pasta ala Barat, ayam panggang bersos hinggalah nasi lemak lengkap dengan sambal dan telur rebus. Tidak kurang juga yang berseloroh, hidangan tersebut seolah-olah disediakan di hotel.

Perbualan mengenai makanan hospital kerajaan ini mula mendapat perhatian selepas seorang guru, Saffuan Jaffar, berkongsi foto hidangan yang diterimanya ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang menerusi platform Threads.

 

View on Threads

 

Hantaran melalui akaun @saffuan_9w2sfj itu meraih ratusan ribu tontonan dan mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna lain.

Menerusi foto yang dikongsikan, Saffuan menunjukkan set hidangan lengkap nasi dalcha bersama lauk dan sup panas.

“Patutlah aku makin gemuk. Semuanya sedap,” tulisnya secara berseloroh di ruangan balas.

Hidangan Wad Bersalin Turut Jadi Perhatian

makanan hospital kerajaan

makanan hospital kerajaan

Ads

Perkongsian tersebut membuka ruang kepada bekas pesakit dan ahli keluarga untuk berkongsi pengalaman masing-masing menikmati makanan hospital kerajaan.

Antara yang paling mencuri perhatian ialah perkongsian daripada para ibu yang pernah bersalin di hospital kerajaan dan pusat perubatan universiti awam.

Pengguna Threads @raihan_yussuf berkongsi menu ala Barat berupa spageti bolognese dan hidangan pasta bersama ayam ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

 

View on Threads

 

Melihat sajian tersebut, seorang pengguna lain, @fatma3819wati, meluahkan rasa kagum.

“Mak aih, macam bersalin dalam hotel,” komennya.

Pengalaman serupa turut dikongsikan @nadzirahzakariya yang pernah menerima hidangan ayam panggang bersos bersama kentang goreng di Hospital Ampang.

“Makanan masa tengah tunggu nak bersalin di Hospital Ampang memang sedap-sedap, tapi takkanlah nak kena bersalin lagi semata-mata nak rasa makanan hospital lagi, ya tidak?” selorohnya.

Rupa-rupanya, pujian terhadap makanan hospital kerajaan bukan hanya tertumpu kepada satu fasiliti kesihatan sahaja.

Ads

Di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya, pengguna @izzatinasrun memuji nasi lemak lengkap dengan sambal dan telur rebus yang dihidangkan panas-panas.

Sementara itu, pengguna @chetenramli berkongsi pengalaman menikmati sup cendawan di Hospital Serdang. Walaupun hidangannya ringkas, rasanya tetap menambat selera.

Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) Kajang, Hospital Selayang, Hospital Shah Alam dan Hospital Sungai Buloh turut disebut dalam perkongsian warganet.

Malah, pengguna @mogesshinidk berkongsi bahawa suaminya lebih memilih makanan hospital berbanding makanan yang dibawa dari luar kerana berpuas hati dengan sajian di Hospital Pulau Pinang.

Makanan Yang Menjadi Pengubat Jiwa Ketika Sakit

Di sebalik pelbagai gambar hidangan yang dikongsikan, ada juga pengalaman menyentuh hati tentang bagaimana makanan hospital kerajaan membantu memberikan sedikit keselesaan kepada pesakit ketika melalui tempoh rawatan.

Ads

Pengguna @azreenahmadd mengimbau pengalamannya menjalani rawatan kemoterapi apabila petugas menyediakan pilihan menu setiap hari.

Anda mungkin berminat dengan

“Setiap hari sarapan pagi dapat telur hancur, roti dan jem. Tinggal tiada sosej sahaja, kalau tidak sudah jadi set sarapan pagi ala Amerika,” kongsinya.

Sementara itu, seorang ibu, @syura6433, berkongsi pengalaman menjaga anak yang menghidap asma di wad.

Baginya, pengalaman tersebut menjadi lebih tenang apabila makanan untuk dirinya dan anak disediakan mengikut bahagian masing-masing.

“Jaga anak sahaja, makan cukup masa sampai dan sedap-sedap pula itu. Alhamdulillah, nikmat di sebalik ujian,” luahnya.

Perkara Kecil Yang Wajar Dihargai

Ruangan balas hantaran tersebut turut dipenuhi komen bersahaja daripada warganet, termasuk mereka yang mengakui sering menghabiskan makanan ahli keluarga ketika menemani atau menjaga pesakit di wad.

Walaupun setiap individu mempunyai pengalaman berbeza, perkongsian mengenai makanan hospital kerajaan ini memperlihatkan sisi lain perkhidmatan kesihatan awam yang mungkin jarang mendapat perhatian.

Tidak semua pengalaman di hospital mudah untuk dilalui. Justeru, perkara kecil seperti hidangan yang lengkap, masih panas dan menepati waktu boleh membawa makna besar kepada pesakit serta keluarga.

Baca artikel: Pelancongan Cruise Mesra Muslim Semakin Popular Di Malaysia. Bab Makanan, Kini Dijamin Halal

Sumber: Threads

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

NONA Gala Awards 2026

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi, Angkat Kejayaan Wanita...

NONA Gala Awards 2026 meraikan 40 tahun legasi NONA dengan mengiktiraf tokoh wanita, peneraju industri dan individu inspirasi merentas generasi.