Ibu Syamsul tegaskan tidak maafkan mereka yang meruntuhkan kebahagian sebuah keluarga. Dapat ibu mertua yang menyayangi menantu macam anak sendiri merupakan satu rezeki.

Ibu mana yang mahu melihat rumahtangga anak sendiri berantakan? Tentunya seorang ibu dambakan anak-anak bahagia disamping isteri dan keluarga tercinta.

Seperti yang diketahui umum, konflik rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana berlanjutan hingga kini.

Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Ibu Syamsul Tegaskan Tidak Maafkan Mereka

Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Storie, Datin Fatimah Ismail yang juga isteri kepada Datuk Yusof Haslam menegaskan tidak akan memaafkan siapa saja yang meruntuhkan kebahagiaan sesebuah keluarga.

“Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka ,” luah Fatimah.

Ibu Syamsul memuat naik kenyataan itu sekali gus membayangkan rasa tidak puas hati membabitkan konflik rumah tangga anak dan menantunya.

Selain itu Fatimah juga seolah-olah meluahkan perasaannya yang tidak merestui jika anaknya itu benar-benar sudah berkahwin dengan anak pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Ibu Syamsul Tegaskan Tidak Maafkan Mereka Yang Meruntuhkan Kebahagian Sebuah Keluarga

Seperti yang diketahui, kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah memasuki episod baharu apabila ada pihak mendakwa Syamsul dan Ira sudah berkahwin.

Ira dikatakan menjadi ‘orang ketiga’ dalam konflik rumah tangga Sarah dan Syamsul yang difahamkan sudah lama tidak tinggal sebumbung.

Pada Jun lalu, Puteri Sarah turut memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Terbaru Syamsul juga memaklumkan dia akan menjawab segala persoalan mengenai rumah tangganya dengan Sarah dalam masa terdekat. Malah dirinya menyatakan sudah tiba masa dia bersuara mengenai perkara itu kerana dirinya sudah penat dengan konflik yang melanda rumah tangganya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@dpatimah012)

Baca Disini : Puteri Sarah Mahu Kebenaran Sebelum Buat Keputusan Tentang Hati

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@dpatimah012)

“Semoga Kembali Bertaut Kasih Anak dan Menantu Datin” Netizen 

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul kembali pulih.

Ibu Syamsul Tegaskan Tidak Maafkan Mereka Yang Meruntuhkan Kebahagian Sebuah Keluarga Ibu Syamsul Tegaskan Tidak Maafkan Mereka Yang Meruntuhkan Kebahagian Sebuah Keluarga Ibu Syamsul Tegaskan Tidak Maafkan Mereka Yang Meruntuhkan Kebahagian Sebuah Keluarga Ibu Syamsul Tegaskan Tidak Maafkan Mereka Yang Meruntuhkan Kebahagian Sebuah Keluarga

Sumber / Sumber Foto : Instagram Fatimah Ismail

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Reen Bakal Dirikan Rumah Tangga Tak Lama Saja Lagi

Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI