Terkena sihir pemisah rumahtangga, suami isteri bahagia & punya anak ramai bercerai tanpa sebab.
Setiap kali cuba rujuk jadi benci. Dalam hidup, adakala kita tidak kenal seteru. Tambah seteru dalam diam yang tidak pernah berpuas hati dan menyimpan dendam dalam diam.
Apa dimahukannya, kenakan sihir agar hatinya puas. Puas melihat rumahtangga bahagia tiba-tiba bercerai berai. Dikongsikan di fb Khairul Hakimin Muhammad, penulis yang juga usahawan ini berkongsi kisah kawannya yang terkena sihir pemisah rumahtangga.
Asal cuba berbaik dan mahu rujuk, perasaan benci itu datang semula hingga keduanya “kekal sebagai kawan” walau dalam hati masih saling menyintai dan berharap akan rujuk semula.
Ini perkongsiannya :-
Di sebalik kita bergurau, kecam dan bermain hal soal orang kahwin dua, saya dalam beberapa hari ini termenung juga dengar kawan-kawan yang diuji dengan sihir pemisah.
Kahwin sekian lama, anak ramai, tiba-tiba jadi benci sebenci bencinya kepada isteri.
Isteri tak ada buat apa. Tiba-tiba kena cerai. Asal elok ja sikit, jadi benci balik.
Sampai tak boleh tengok muka, sampai tak boleh sebut nama, jadi marah, jadi hilang akal, buat perangai gila terjerit-jerit sampai histeria bagai si suaminya.
Suami isteri bergaduh tanpa sebab hingga bercerai selepas terkena sihir pemisah rumahtangga. Gambar hiasan.
Akhirnya terpaksa lafaz cerai. Dah bercerai semua jadi elok. Dua-dua tak berkahwin lain. Saling duduk dekat membesarkan anak-anak.
Bekas Suami masih jaga semua kelengkapan bekas isteri. Bekas isteri masih masak makanan untuk suami hantar bekal hari-hari.
Suami Isteri Bercerai Tanpa Sebab
Ads
Baru plan nak rujuk, jadi semula. Benci semula, jadi gila semula si suami. Lalu keluarga nasihat teruskan berubat sampai betul-betul sihat. Mereka tak mahu tahu siapa yang buat, mereka hanya nak bersatu semula dan kembali sihat.
Sekarang dah masuk tahun ke-4 berpisah dan saling tidak berkahwin baru dan sangat yakin akan bertemu jodoh semula.
Ada orang tak percaya hal begini. Saya pilih untuk percaya. Sihir memang ada. Orang pernah hadap akan tahu bagaimana sukarnya nak melawan hal syirik ini.
Orang yang guna hal syirik ini dia tak perasan yang Allah benci dia. Dia lupa hal tersebut.
Ya Rabb, lindungi kami semua dari kejahatan orang. Amin. Sumber :- FB Khairul Hakimin Muhammad.
Dalam usia 97 tahun, apalah yang mampu dilakukan oleh seorang wanita yang bergelar ibu. Hidup sebatang kara dan ditinggalkan sendirian, walaupun mempunyai anak yang ramai.
Benarlah apa yang dikatakan, seorang ibu sanggup bersusah payah menjaga anak-anak. Tapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Sanggup ibu tua ini dtinggalkan sendirian dan menghabiskan sisa hidup dengna ditemani oleh haiwan peliharaan.
Paling menyedihkan bila ibu ini memberitahu anak-anaknya pun tidak tahu sama ada ibunya ini masih hidup atau tidak.
Walaupun kisah ini bukanlah di Malaysia tapi sekurangnya ia memberi pengajaran pada kita agar jangan sesekali lupa jasa ibu, orang yang melahirkan kita di dunia.
Kisah ini, seorang ibu bernama Isabel Mendez Jimenez yang berumur 97 tahun, tinggal di ladang Oaxaca yang terletak di Mexico bersama salah seorang cucunya. Dalam usia begini, dia masih lagi bekerja untuk menyara dirinya.
Luarannya nampak dia masih lagi kuat, mampu memasak dan menjaga rumah tangganya tetapi dalam hati, emosinya sangat hancur.
“Saya mempunyai 16 anak tetapi saya lebih sepi berbanding sebelum ini.”
Dalam temubual oleh wartawan tempatan, ibu tua ini berkongsi kisah sedihnya yang ditinggalkan keluarga sendiri.
“Saya mempunyai lapan anak lelaki dan lapan anak perempuan. Mereka semua sudah berkahwin dan melupakan saya.
“Anak-anak saya bertemu pasangan dari bandar lain dan tidak pernah kembali ke sini. Mereka menyara keluarganya tetapi saya ditinggalkan sendirian,” katanya yang hanya ditemani haiwan peliharaan, beberapa anak kucing dan anjing.
Satu-satunya yang datang bertemu dia ialah cucu lelaki yang berusia 23 tahun yang hanya datang menjenguk pada waktu petang setelah pulang dari menjual bakul dan memberikan sedikit wang. Namun, cucunya itu mengalami masalah ketagihan alkohol.
“Pada hari saya mati, mereka akan menguburkan saya” lebih baik di sini saya mati seperti yang saya mahu Saya sudah berada berhampiran kuil Anak perempuan saya berkata dia akan meminta sokongan orang ramai, itulah hidup saya,” tambahnya sambil melihat kamera dengan sedih.
Kehidupan Isabel sekarang hanya bergantung kepada wang yang diperolehi daripada hasil menjual pakaian di tepi jalan. Selain itu, dia turut menanam kacang tanah dan cili yang dijadikan sos untuk menggalas perut.
Isabel turut menceritakan tentangkisah silamnya yang mana dia menjadi balu ketika berusia 33 tahun. Waktu ia dia bekerja di Mexico dan Chicago untuk menghantar duit kepada orang tuanya di kampung dan menyara anak-anaknya. Kehidupannya sangat sederhana dan anak-anaknya hanya belajar sehingga darjah 6 saja.
Mingguan Wanita : Sedihnya…Hncur hati seorang ibu bila anak-anak sanggup buat macam ni.
Kenapa lepas makan rasa mengantuk, adakah itu tanda kita berpenyakit? Ini penjelasan doktor. Ramai pernah alami situasi beginikan. Rasa mengantuk yang amat sangat selepas menikmati makanan khususnya sebelah tengahari.
Tidak dinafikan terlalu banyak mengambil makanan yang tidak seimbang boleh membawa kemudharatan kepada kesihatan tubuh badan.
Ini kerana makanan sumber utama dalam menyumbang kepada sesuatu penyakit, jadi biasanya pada musim perayaan banyak penyakit yang secara tidak secara sedar datang bertandang jika gagal mengawal pemakanan.
Tapi normalkah kalau selepas makan rasa mengantuk? Ini perkongsian ilmu diberikan oleh Dr Samhan tentang sindrom ini, adakah rasa mengantuk ini normal?
“Doktor,kenapa lepas makan kita mengantuk? Normal ke?” “Jawapannya, boleh jadi normal dan tak normal” Jom lihat kenapa kita mengantuk!
1. TINDAK BALAS SISTEM PENCERNAAN:- Selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien dari makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga. Tubuh akan melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK).
Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga kepada mereka. Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.
2. JENIS MAKANAN :- Makanan yang tinggi karbohidrat (seperti nasi) dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, tofu, keju dan kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan.
Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk!
3. TABIAT TIDUR :- Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan.
Selepas makan, badan berasa kenyang dan rileks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.
4. TAHAP KESIHATAN :- Sekiranya anda sering berasa mengantuk,mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit Celiac, Anemia, Food intolerance, Alahan, Sleep Apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif. Rujuk doktor anda jika anda mengalami keadaan ini berterusan.
Ibu nafi anak mati dibelasah dalam masjid tak siuman, pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan. Tindakan pelik seorang lelaki yang bertindak memukul seorang wanita di masjid berakhir dengan tragedi apabila dilaporkan mati dipukul.
Di sebalik akhbar melaporkan sekumpulan sekumpulan pelajar tahfiz dan pengawal dtahan selepas tragedi itu hingga membawa kepada penahanan reman seorang pengawal keselamatan, ibu mangsa memaklumkan anaknya tiada masalah mental,cuma pada hari kejadian emosi arwah dilaporkan tidak stabil hingga mendorongnya membuat kecoh di masjid berkenaan.
Memetik laporan Sinar Harian, ibu ini memaklumkan, anaknya sihat dan bukan kurang siuman seperti dilaporkan, cuma pada hari kejadian emosinya tidak stabil,” demikian luahan ibu kepada lelaki yang maut dipercayai dipukul di sebuah masjid, Pulau Melaka, Kota Bharu pada Ahad.
Bagaimanapun wanita yang enggan dikenali itu memberitahu, keluarganya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit.
Dia berkata, anak lelakinya yang berusia 28 tahun itu sering ke masjid berkenaan untuk menimba ilmu.
Ujarnya, anak ketiga daripada lima beradik itu juga sudah setahun lebih tidak bekerja
“Sebelum ini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Johor.
“Dia jarang keluar dan banyak menghabiskan masanya di rumah sambil menjaga neneknya yang sudah berusia 101 tahun kerana saya serta suami berniaga,” katanya ketika ditemui di Kampung Changgai di sini pada Isnin.
Menurutnya, sehari sebelum kejadian arwah keluar dari rumah dalam keadaan emosi sudah tidak stabil, sehinggalah pada sebelah petang dia mendapat makluman daripada pihak polis mengatakan anaknya sudah meninggal dunia.
Dia memberitahu terkejut dengan berita tersebut, namun reda dengan ketentuan Ilahi.
“Anak saya selamat dikebumikan pada jam 10.30 pagi tadi (Isnin) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changgai,” katanya.
Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar di sebuah masjid di Pulau Melaka di sini pada Ahad.
Seorang tenaga pengajar yang enggan dikenali berkata, kejadian tersebut berlaku apabila lelaki berkenaan telah bertindak mengamuk dan kemudian membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.
“Pada masa yang sama lelaki itu telah bertindak memukul seorang tukang masak wanita berusia 60-an yang kebetulan melalui kawasan kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Seronok tengok video menantu sediakan sarapan untuk mentuanya, beruntung mentuanya! Terbukti wujud hubungan baik dalam keluarga ini dan selayaknya dijadikan inspirasi