Siasatan awal juga mendapati mangsa disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tidak sedarkan diri.

Hanya kerana RM4, seorang kanak-kanak dibelasah hingga hilang nyawa oleh rakan-rakannya. Dek kerana disyaki, mangsa dibelasah hingga tak sedarkan diri.

Hanya Kerana RM4

Hanya kerana disyaki mengambil duit sebanyak RM4, seorang kanak-kanak yang menghuni sebuah rumah anak yatim dan miskin dipercayai dibelasah rakannya sehingga mati di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin di sini semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu mangsa Muhammad Hafdan Qurbani Azhar,11, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Sg. Soi, Kuantan, Pahang, telah disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tidak sedarkan diri di surau kompleks rumah anak yatim dan miskin berkenaan.

Baca Di Sini : Hanya Kerana Salah Faham, Warga Emas DiBelasah Hingga Hilang Nyawa

Seorang Kanak-Kanak DiBelasah

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa telah dibawa tiga pelajar lain yang merupakan penghuni asrama berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri ke rumah penyelia asrama.

“Penyelia asrama yang mengesyaki mangsa mengalami sawan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia dan pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Polis kemudian telah menahan reman seorang pelajar berumur 16 tahun selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan siasatan giat dilakukan,” katanya.

Artikel Berkaitan: Wanita Koma DiBelasah Suami Selamat Lahirkan Anak, Keluarga Namakan Bayi Sempena “Perjuangan” Jahidah

IKLAN

Hingga Hilang Nyawa

Tambah Wan Mohd Zahari, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jelasnya lagi, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan bangunan surau di kompleks berkenaan dan terdapat saksi dalam kejadian berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal motif kejadian adalah kerana tidak berpuas hati dan ada unsur dendam suspek terhadap mangsa,”katanya.

Juga Di Sini : Cubaan Samun Tak Kesampaian, Perompak Cedera Parah Dibelasah Peninju Wanita!

DiSepak & DiCekik

Ujarnya lagi, siasatan awal juga mendapati mangsa disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tidak sedarkan diri.

IKLAN

Sebagai rekod, Kompleks asrama berkenaan yang dibawah seliaan kerajaan negeri mempunyai kira-kira 36 orang penghuni yang terdiri daripada anak yatim dan anak-anak asnaf.

Mingguan Wanita : Semoga kematian anak ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Sumber : Kosmo Online

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

IKLAN

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Hanya Kerana RM4, Seorang Kanak-Kanak DiBelasah Hingga Hilang Nyawa

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI