Mungkin kerana kasihnya seorang ibu yang sedang sakit tenat bimbangkan anak-anaknya yang tidak terjaga, sanggup membuat keputusan diluar jangkaan dengan mengahwinkan anak lelaki sulungnya pada wanita yang lebih berusia.
Seorang budak lelaki yang baru berusia 13 tahun mengahwini perempuan 10 tahun lebih berusia daripadanya semata-mata kerana mahu memenuhi kehendak ibunya yang sakit tenat. Alasannya mudah agar ada wanita dewasa menguruskan rumah keluarga mereka selepas kematiannya.
Media tempatan melaporkan, majlis perkahwinan di Upparahal, Andhra Pradesh itu berlangsung pada 27 April lalu tetapi cuma diketahui pihak berkuasa tempatan selepas gambar upacara berkenaan menjadi tular di media sosial.
Ads
Menurut Hindustan Times, kedua-dua keluarga pengantin terbabit kini dilaporkan hilang. Menurut penduduk tempatan, remaja itu datang daripada keluarga miskin dan kedua-dua ibu bapanya meraih pendapatan seharian sebagai buruh.
Ads
Bimbang 4 Anak Terabai
“Wanita itu sakit tenat dan suaminya kaki botol, jadi dia bimbang empat anaknya terabai melainkan yang sulung dikahwinkan dengan wanita yang lebih berusia,” kata jiran yang enggan dikenali.
Menurutnya, wanita itu dimaklumkan mengenai keluarga yang mencari suami untuk anak perempuan mereka berusia 23 tahun dan hasil rundingan masing-masing bersetuju untuk menyatukan dua keluarga berkenaan.
Ads
Sementara itu, Pegawai Daerah Srinivasa Rao dipetik The Hans India berkata: “Perkahwinan itu akan dibatalkan kerana tidak sah di sisi undang-undang. Jika ibu bapa mereka tidak menyerahkan pasangan terbabit kepada pihak berkuasa daerah dalam tempoh dua hari, kami akan membuka kertas siasatan terhadap mereka.”
Macam-macam cara dilakukan untuk menjadi terkenal dan popular dimata dunia.Seorang wanita di Pennsylvania, Amerika Syarikat mempunyai keinginan luar biasa apabila dia ingin memiliki peha terbesar di dunia. Ibu kepada 5 orang anak ini,Bobbi-Jo Westley, 43 tahun ketika ini mempunyai saiz peha 95 inci namun dia ingin memecahkan rekod pemilik peha terbesar dunia dari Los Angeles, Mikel Ruffinelli yang memiliki saiz 99 inci.
Bobbi tidak berputus asa untuk memperolehi idaman peha idaman untuk menambah sekurang-kurangnya ekstra 5 inci lagi bagi menewaskan pemilik peha terbesar tersebut sekaligus memecahkan rekod.
“Peha saya membuat saya unik dan ia memberi motivasi diri kepada saya. Saya menjadi popular kerana peha dan punggung yang besar, ia merupakan perkara pertama yang membuatkan orang perasan kehadiran saya” katanya.
Saiz luar biasa pehanya itu membuatkan Bobbi popular di media sosial sehingga ditawarkan AS$2,000 (RM 7,915) untuk sekeping gambarnya.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang melahirkan rasa teruja dengan potongan pehanya itu sehinggakan dia menerima banyak kiriman hadiah, bahkan ada juga yang mahu melamarnya.
Namun, disebalik kegembiraanya itu, Bobbi yang memiliki berat 245 kg dan tinggi 158 cm juga mengalami masalah akibat peha dan punggung yang besar. Iaitu kesukaran untuk melakukan aktiviti harian terutama dirumah malah dinasihatkan doktor supaya berdiet.
” Sebenarnya memiliki peha dan punggung yang besar agak meyukarkan juga. Bila saya mahu turun atau naik tangga, saya perlu lakukan secara mengiring. Saya tidak boleh duduk diatas kerusi sandar.Kali terakhir saya berjumpa doktor berat saya adalah 245kg” jelas Bobbi.
Pakar nutrisi MyTrimLine Weight Loss and Wellness Centers, Nadia Sharifi berkata, berat badan Bobbi disebabkan tiroid yang kurang aktif sejak enam tahun lalu.
“Dia berisiko sakit jantung yang boleh berpunca daripada pembuluh darah tersumbat yang boleh meragut nyawanya. Dia harus menukar gaya hidup sihat dan berdiet,” katanya.
Macam-macam hal.Apa-apapun pesanan buat wanita lain, jangan diturutkan keinginan yang pelik-pelik seperti ini demi untuk jadi popular dan terkenal. Apa yang paling penting jagalah kesihatan sebaiknya dan jalani gaya hidup yang lebih sihat, kerana diri sendiri yang akan menanggung akibatnya.
Pada mulanya Mohd Adli bin Yahya tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya Mohd Luqman Shariff mengalami autism. Bertahun juga dia berada dalam tahap ‘penafian’ atau denial terhadap apa yang berlaku pada anak keduanya ini.
Luqman disahkan mengalami autism ketika berusia setahun lebih. Adli tidak percaya dengan pengesahan doktor. Dari satu doktor ke satu doktor lain dia membawa Luqman. Semua doktor yang ditemuinya memberi keputusan yang sama. Tetapi Adli tetap tidak puas hati.
Disebabkan kecewa dengan keadaan Luqman, Adli sentiasa memarahi Luqman. Semasa Luqman masih kecil, seringkali dia marah pada Luqman kerana tidak mampu melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak sebayanya pada ketika itu. Buatlah apa sahaja. Luqman tidak pernah melawan.
Tetapi Adli sedar Luqman tahu kenapa dia kena marah melalui riak pandangan mata anaknya itu. Daripada perbuatan Luqman, dia ingin memegang tangan anaknya itu tetapi Luqman enggan memegang tangannya kembali kerana tahu Luqman dalam keadaan marah.
Sering memarahi anaknya itu juga akhirnya memberi kesedaran pada Adli. Terdetik juga dalam hatinya. “ Kenapa aku perlu marah pada anak aku ini? Dia tidak bersalah.”
Akhirnya lama-kelamaan Adli mula berubah. Dia perlu buat sesuatu demi Luqman. Demi masa hadapan anaknya itu, Adli sanggup berhenti kerja demi mahu membantu Luqman dalam belajar menguruskan diri sendiri. Harapannya hanya satu. Adli tidak mahu Luqman terkapai-kapai sendirian bila tiba masanya dia dan isterinya sudah tidak ada di dunia ini.
Kini Luqman berusia 19 tahun. Banyak perubahan yang berlaku pada Luqman. Adli mengharapkan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, Luqman mampu berdikari, mempunyai kerja sendiri dan hidup tanpa bergantung pada orang lain.
Autisme Café Project Malaysia
Pada masa itulah, Adli telah membuka Autisme Café Project Malaysia sebagai satu usaha membantu anaknya dan remaja autism lain dalam belajar mencari wang sendiri untuk menyara kehidupan mereka pada masa hadapan kelak.
Autisme Café Project Malaysia ini terletak di Puchong, Selangor. Ia bukan setakat kafe. Jika tidak berniaga di kafe itu, Adli akan membawa anaknya dan beberapa remaja autism lain berniaga di bazar. Kadangkala mereka juga akan melakukan khidmat katering.
Banyak kerja yang dilakukan oleh semua remaja autism di kafe ini. Setiap remaja diberi kerja mengikut kesukaan mereka. Ada yang suka main air akan disuruh membasuh pinggan. Ada yang pandai bercakap di suruh bekerja di bahagian hadapan.
Sebelum ini Luqman suka main air. Adli menugaskan anaknya itu membasuh pinggan. Seronok sungguh Luqman melakukannya sehingga pernah sekali itu dia basuh 200 biji pinggan tanpa henti. Betapa fokusnya Luqman pada kerjanya.
Selepas itu Adli telah memberi tugasan baru pada Luqman. Luqman perlu mengisi nasi lemak di dalam sebuah bekas plastik bertutup.
“Luqman mengambil masa setahun untuk pandai mengisi nasi lemak yang ada sambal, ikan bilis, timun dan telur. Sebelum ini, jika kita suruh isi nasi lemak dalam bekas dan tidak suruh masuk bahan-bahan yang ada, sudah pasti tidak masukkan.
“Pada suatu hari, saya pandang belakang untuk buat satu kerja. Sebelum itu saya minta dia siapkan nasi lemak. Selepas habis kerja, saya pandang semula ke hadapan untuk melihat adakah nasi lemak siap diisi dalam bekas. Saya lihat bekas plastik sudah diisi dengan nasi lemak yang lengkap segala bahan-bahannya.
“Saya rasa hendak menjerit pada orang ramai yang ada di sekeliling untuk memberitahu kejayaan Luqman itu. Dari situ saya tahu bahawa Luqman boleh diajar. Dia juga sudah faham apa itu konsep nasi lemak yang mesti ada nasi, sambal, ikan bilis, timun dan telur.
“Pada pandangan orang luar apa istimewanya dapat menyiapkan satu bekas nasi lemak. Bagi saya yang mempunyai anak autism jenis pertengahan, ini adalah satu kejayaan besar. Jika ibu bapa lain berasa amat gembira dengan pencapaian cemerlang anak dalam akademik tapi bagi saya, perasaan gembira dapat melihat Luqman siapkan nasi lemak dengan sempurna itu,” katanya dengan panjang lebar.
Setiap Hari Minta Maaf
Bapa kepada enam orang anak ini bersyukur kerana Luqman sudah dapat sedikit kemahiran. Sebagai bapa, Adli tidak minta banyak.
“Saya sedar kemampuan Luqman. Cuma saya minta Luqman dapat berdikari. Itu pun sudah cukup bagi saya. Sekarang ini, Luqman masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Perlahan-lahan saya mengajarnya,” kata bapa yang cukup prihatin.
Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Adli untuk anaknya itu. Selain berhenti kerja dari sebuah syarikat swasta, Adli juga tidak menaiki kereta demi mahu mengajar anaknya itu cara-cara menggunakan pengangkutan awam.
“Saya korban masa dengan membawa Luqman menaiki komuter, tren LRT dan bas. Saya mahu dia rasa bagaimana menaiki pengangkutan awam. Saya juga mahu dia jadi normal. Memang nampak perubahan pada Luqman,” jelasnya lagi.
Memiliki anak autism adalah cabaran besar. Salah satu perkara yang perlu difahami adalah anak-anak ini akan buat perangai pada bila-bila masa sahaja. Bagi Adli, jika Luqman buat perangai, itu adalah satu perkara biasa baginya. Dia sanggup telan apa sahaja demi anaknya itu.
“Saya sedar Allah bagi saya dugaan ini sebab dia mahu saya sedar dan menghargai apa yang saya ada. Setiap apa yang Allah bagi ini ada sebabnya. Kalau saya kenangkan balik, inilah sebab Allah bagi Luqman pada saya.
“Nasihat saya kepada ibu bapa yang memiliki anak autism dan masih dalam tahap ‘penafian’ adalah agar mereka cepat sedar. Apabila sudah sedar perlulah pula ibu bapa ini redha dengan apa yang berlaku. Ada hikmah di sebalik apa yang Allah berikan kepada kita. Hanya kita sahaja yang tidak tahu.
“Ketahuilah apabila kita menafikan keadaan anak kita itu dan sebaliknya mengajar anak dengan cara biasa, ia seperti menyeksa mereka. Anak autism ini ada hati dan perasaan. Jangan siksa mereka kerana kelak hubungan akan jadi renggang. Pahit di luar kita nampak tetapi parut di dalam kita tidak nampak.
“Sebab itu jugalah apabila saya ingat apa yang pernah saya buat pada Luqman dahulu saya rasa sedih. Sekarang ini setiap hari saya akan minta maaf pada Luqman. Luqman tidak boleh bercakap tetapi saya rasa dia maafkan saya,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bagaikan kisah dogeng Cinderella. Seorang wanita yang juga merupakan seorang pelajar miskin berhijrah ke Moscow tanpa wang untuk belajar sambil bekerja, cukup bertuah kerana berjaya memenangi pertandingan realiti untuk menjadi isteri jutawan minyak Russia. Yulia Sveshnikova, 29, dia dipilih jutawan itu, Konstantin Scherbinin, 55, untuk menjadi isteri dan ibu tiri lima anaknya berusia antara 15 hingga 35 tahun.Dia mengalahkan dua finalis, Maria Praim, 30, dan Anna Kim, 34.
Menurut Daily Mail yang memetik media tempatan, Program televisyen dikenali sebagai ‘Millionaire for Marriage’ itu mendapat permohonan daripada 2,000 wanita yang ingin menjadi peserta. Dua daripada lima anak Scherbinin memilih Yulia sebagai bakal isteri bapa mereka, isteri keenam.
Dengan kemenangan ini, Yulia akan menikmati percutian berbulan madu ke Dubai bersama suaminya, tinggal di kediaman mewah di Moscow dan Los Angeles bersama koleksi kereta mewah.Kekayaan Scherbinin terdiri daripada rumah agam mewah, kapal persiaran dan jet peribadi. Berbanding kehidupannya tiga tahun lalu, Yulia berasal dari bandar terpencil di timur Siberia, Khabarovsk, berpindah ke Moscow dengan poket kosong.Dia melanjutkan pelajaran dan bekerja sambilan sebagai pengurus acara.
“Saya seorang yang berani. Saya membuat keputusan untuk ke Moscow walaupun tiada duit.Bukan semua orang berani melakukan apa yang saya lakukan ini,” katanya.
“Ya, hari ini saya menang.Ini cincin saya.” ujar Yulia sambil menunjukkan cincin berlian berharga bernilai £36,500 (RM193,6188).
Sementara itu, Scherbinin berkata, dia bimbang akan berlaku konflik dengan anak-anaknya walaupun mereka sendiri yang membantunya memilih wanita itu.
“Saya ada anak-anak sahaja. Tapi hari ini saya pilih kamu. Saya gembira kerana akhirnya bertemu dengan wanita yang tidak perlukan wang tapi mahu hati saya sahaja,” ujar jutawan itu.