Ibu mangsa dikelar suami dapat agak akan hilang anak – “Sudah sebulan makcik dapat rasakan Ecah akan mati.” Itu luahan Fatimah Seman, 63, ibu kepada ‘Ecah’ atau Iecah Junus, 34, yang maut selepas dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, Isnin lalu.

Ibu Mangsa Dikelar Suami Dapat Agak Akan Hilang Anak – “Sudah Sebulan Makcik Dapat Rasakan Ecah Akan Mati’

Menurut maklumat awal, kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang ketika mangsa pulang dari tempat kerja. Berlaku pertengkaran antara pasangan itu sebelum suaminya bertindak ganas sehingga menyebabkan kematian isteri. Mayat mangsa kemudiannya disorok di dalam rumah dan ditutup dengan selimut.

Ibu Mangsa Dikelar Suami Dapat Agak Akan Hilang Anak – “Sudah Sebulan Makcik Dapat Rasakan Ecah Akan Mati’

Suspek yang berusia 33 tahun kemudiannya bertindak lebih jauh apabila pada pagi Selasa, dia dipercayai cuba membakar rumah ibu mentuanya yang terletak di Kampung Pengkalan Kota Durian Chondong, kira-kira 40 kilometer dari lokasi kejadian pertama.

Mujur tindakan itu dapat dihentikan oleh ahli keluarga yang sempat tersedar ketika cubaan membakar dilakukan. Beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta dan motosikal telah dibakar, namun api berjaya dipadam sebelum merebak ke rumah.

Fatimah meluahkan bahawa beliau telah lama mengesyaki sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anaknya. Malah, dalam tempoh sebulan sebelum kejadian, beliau ada menyuarakan kerisauan tersebut kepada suaminya.

Ads
Ibu Mangsa Dikelar Suami Dapat Agak Akan Hilang Anak – “Sudah Sebulan Makcik Dapat Rasakan Ecah Akan Mati’
Fatimah Seman, 63, ibu kepada ‘Ecah’ atau Lecah Junus, 34, yang maut selepas dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir,  Isnin lalu.

Fatimah turut mendedahkan bahawa menantunya sering melarang arwah anaknya daripada berjumpa ahli keluarga dan sanak saudara.

“Dia memang tak benarkan arwah jumpa kami. Tapi anak saya tetap berusaha untuk berjumpa. Kali terakhir saya jumpa dia adalah sehari sebelum kejadian, waktu dia datang hantar beras dari Thailand,” katanya.

Tambahnya lagi, malam sebelum kejadian cubaan membakar rumah, beliau sempat memberitahu suami bahawa hatinya berasa tidak sedap, seolah-olah menantunya akan datang ‘menghantar sesuatu’. Ternyata firasat itu menjadi kenyataan apabila suspek muncul untuk membakar rumah mereka.

Rakan baik arwah, yang dikenali sebagai Qilah, turut berkongsi kesedihan atas kehilangan sahabat sejak zaman persekolahan mereka di SMK Tun Sri Lanang, Felda Sri Jaya Bukit Serampang.

Ads
Ibu Mangsa Dikelar Suami Dapat Agak Akan Hilang Anak – “Sudah Sebulan Makcik Dapat Rasakan Ecah Akan Mati’
Qilah (kiri) ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pada Rabu.

Menurut Qilah, mangsa adalah seorang yang pemurah dan suka membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan, termasuk orang asing di jalanan. Qilah mendedahkan bahawa mangsa baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun 2023 dan pernah mengalami kehilangan anak sulung pada Februari tahun lalu akibat kelahiran pramatang.

“Saya masih terkejut. Arwah nampak gembira dan tenang semasa kenduri keluarga sebelum Ramadan. Saya tak sangka itu kali terakhir saya melihatnya,” ujarnya sebak.

Media melaporkan suspek berjaya ditahan pihak polis sebaik pulang ke rumahnya di Bukit Gambir pada pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib mengesahkan tangkapan tersebut, dan suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 10 Jun bagi membantu siasatan lanjut.

Tragedi ini bukan sahaja meninggalkan luka yang dalam kepada keluarga mangsa, tetapi turut mengejutkan komuniti setempat yang mengenali arwah sebagai seorang wanita penyayang dan baik hati.

Ads

Sumber: Sinar Harian 1 dan  Sinar Harian 2

Baca artikel lain juga: Isteri Maut Dikelar Suami, Suspek Cuba Bakar Rumah Ibu Mentua

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI