Hilangnya seri dalam rumah tangga, bila tiada lagi gurau senda antara suami isteri. Apabila kita tidak lagi bergurau senda dengan pasangan, tidak lagi bergelak ketawa bersama, tidak lagi bermanja dengan pasangan, tidak lagi bertukar cerita dan pandangan, serta apabila kita tidak lagi berkongsi perasaan dengan pasangan, maka pada saat itulah sebenarnya seri dalam rumah tangga kita telah hilang.
Hilangnya Seri Dalam Rumah Tangga
Hubungan berubah menjadi “kau kau, aku aku” – masing-masing dengan cara hidup sendiri, meskipun tinggal di bawah satu bumbung. Walaupun tidur sekatil, kehidupan dijalani secara berasingan. Komunikasi dan kemesraan, yang seharusnya menjadi tunjang rumah tangga bahagia, semakin pudar apabila seri itu telah hilang.
Bila Tiada Lagi Gurau Senda Antara Suami Isteri
Apa Itu Seri Dalam Rumahtangga?
Seri dalam rumahtangga ialah kemanisan dan kebahagiaan yang terpancar melalui gurau senda, gelak ketawa, dan kemesraan antara suami isteri. Isteri manja dengan suami, suami pula melayan kerenah isteri – semuanya penuh dengan usik mengusik yang menghidupkan suasana bahagia.
Walaupun tanggungjawab berat dan kewajipan bertambah, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita mengabaikan usaha menjadikan rumah tangga terus berseri. Sebaliknya, kekuatan cinta dan komunikasi yang baik adalah kunci untuk memastikan hubungan kekal hidup dan indah.
Punca Pudarnya Seri Dalam Rumahtangga
Antara punca hilangnya seri adalah rasa cinta yang semakin pudar, perasaan yang dipendam terlalu lama, serta bebanan hidup yang tidak dibincangkan bersama. Ada juga yang menganggap bahawa kemesraan dan kasih sayang hanya perlu dipupuk sebelum perkahwinan, tetapi hakikatnya cinta itu perlu dijaga sepanjang perkahwinan.
Hidup berpasangan memerlukan rasa cinta, kasih, dan perhatian antara satu sama lain. Jika tiada rasa, hubungan akan menjadi hambar dan kosong.
Ads
Tanya Diri Sendiri
Lihat semula keadaan rumah tangga anda, adakah ia masih memiliki seri yang pernah ada? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk memperbaiki apa yang kurang, demi kebahagiaan bersama.
“Sentiasalah bercinta dan menyayangi pasangan, bukan hanya sebelum berkahwin tetapi sepanjang hayat bersama.”
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
Ads
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengorbanan seorang suami, nekad menahan bahang kebakaran demi selamatkan isteri daripada terkorban dalam insiden kebakaran yang berlaku di Beijing.
Kisah cinta sejati ini cukup meruntun jiwa apabila suami yang berjuang menyelamatkan isteri akhirnya pergi jua buat selamanya setelah mengalami kecederaan yang teruk.
Nekad Menahan Bahang Kebakaran
Pengorbanan seorang suami yang cuba melindungi isterinya ketika terperangkap dalam satu kebakaran meruntun hati apabila lelaki itu akhirnya meninggal dunia, lapor laman berita Mothership.
Insiden di Nanjing dalam wilayah Jiangsu, China itu menyaksikan si suami nekad memegang lengan isteri yang tergantung di luar balkoni rumah mereka di tingkat tiga blok kediaman sambil menahan bahang kebakaran yang menyambar dari dalam.
Wanita itu tidak dapat keluar dari bilik tidur apabila kebakaran berlaku dan dan cuba memanjat turun dari balkoni.
Menurut saksi, pasangan ini telah berkahwin lebih sedekad dan mempunyai tiga anak yang dibesarkan di kampung oleh ibu bapa Chaochan.
Mereka menyewa bilik di flat tersebut namun hanya kediaman pasangan itu yang terbakar dalam nahas tersebut.
Keluarga mangsa berjaya mengumpul AS$157,000 (RM662,147) melalui platform dana khalayak atau crowdfunding, Shuidichou untuk membantu menampung bil perubatan mereka. – Agensi
Untuk elakkan daripada kebakaran berlaku di rumah, sediakan pemadam api. Sekurang-kurang jika berlaku sesuatu tidak diingini mak ayah bersedia.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Beruntunglah siapa yang dapat si dia suami terbaik. Rumah tangga tenang, kehidupan suami isteri aman bahagia. Waktu mula-mula berkahwin, macam-macam harapan anda letakkan pada rumah tangga yang baru dibina. Sayangnya, belum sampai sebulan belang suami sudah kelihatan.
Anda tak puas hati kerana dia berbeza dengan apa yang anda impikan. Dia bukan lelaki yang anda cari-cari selama ini. BERTENANG!
Fasa awal perkahwinan sememangnya begitu, dalam mencari titik persefahaman anda berkonflik nak memahami perangai lelaki yang baru bergelar suami anda. Percayalah sebenarnya dia pun rasa yang sama.
Beri masa pada diri anda sendiri untuk belajar mengenal sikap sebenar suami. Selami dan cari apa kelebihannya dan di mana sisi hebat dirinya. Masih tak jumpa juga? Fahamkan panduan ini, moga anda temui suami terbaik sepanjang melayari bahtera perkahwinan dengan pasangan anda:
Perhati 7 Tanda Dia Suami Terbaik
Tutur Kata Suami Terbaik Tak Menyakitkan Hati
Bila berkahwin, maknanya suami anda tidak hidup sendirian. Dia pun ingin tahu pendapat isteri dia. Sebab itulah dia bercakap elok dengan anda, buat lawak hinggakan kadang-kadang anda berdua tidak tahu bila masa anda berdua diam.
Kalau duduk dengan dia, ada sahaja cerita yang lawak dan boleh tarik perhatian anda. Bila anda rasa sedih, dia tahu bagaimana nak kembalikan mood ceria anda itu. Haaa.. ini pun salah satu ciri suami terbaik.
Sokongannya Bukan Kepura-puraan
Ketika susah dan senang, dia sentiasa dengan anda. Suami yang baik adalah suami yang sentiasa buat anda rasa bahagia.
Kesetiaannya Tak Berbelah Bagi
Pantang tengok wanita cantik mulalah mata menjeling. Tapi kalau dia suami terbaik, dia hanya sekadar kagum sebab dalam hati dia hanya anda yang terbaik untuk dia.
Akui Kesilapan, Ikhlas Memohon Maaf
Tidak semua ketua keluarga ini betul, Ada masanya, dia membuat salah dan kesalahan yang dia lakukan diakui dengan betul dan janjinya tidak akan ulangi lagi. Itulah yang anda harapkan pada suamikan.
Dia Suami Prihatin
Suami anda sentiasa pastikan keselamatan dan kesihatan keluarganya. Bila kerja di luar kawasan, pesanan supaya pintu rumah terkunci tak lekang di bibir. Begitu juga dia kerap bertanya khabar, beritahu sudah sampai dan sebagainya. Inilah keutamaan dia untuk anda dan anak-anak.
Kadang-kadang bila suami lakukan perkara ini sudah cukup membuatkan dia mendapat gelaran suami terbaik. Jadi hargailah suami anda. Dialah yang terbaik untuk anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘10 tahun lalu terpaksa tolak.’ Kini teruja bakal tunai haji bersama suami dan madu pada tahun ini. Sudah tentu kegembiraannya berganda apabila dapat ke Tanah Suci bersama insan tersayang.
Tidak tergambar kegembiraan pada wajah seorang suri rumah dari Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka, apabila dipilih menunaikan ibadah haji selepas tertangguh sejak dua tahun lalu.
10 Tahun Lalu Terpaksa Tolak
Norlizahayati Mohd Yatem, 57, bukan sahaja akan merakamkan kenangan perjalanan sebagai tetamu ALLAH SWT bersama suaminya, Abdul Rahim Mohamed, 61, malah madunya berusia 41 tahun akan turut serta berangkat dalam penerbangan yang dijadualkan pada 27 Jun depan.
Menurut Norlizahayati, pada tahun 2012, dia pernah mendapat tawaran untuk menunaikan haji, namun terpaksa melupakan hasrat ketika itu kerana kewangan belum mencukupi selain anak-anak yang masih bersekolah.
Tambah Norlizahayati, selepas itu dia berazam membuat simpanan setiap bulan dan akhirnya pada awal Januari lalu dia menyertai kursus haji secara maya, seterusnya mereka bertiga mendapat tawaran untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada bulan lalu.
“Tak sangka setelah terpaksa menolak tawaran kira-kira 10 tahun lalu akhirnya ALLAH SWT izinkan saya pergi bersama suami dan madu yang menetap di Kuala Lumpur.
“Sebelum ini suami dah maklumkan mahu membawa kedua-dua isteri menunaikan haji, lagipun hubungan kami baik dan Alhamdulillah, ALLAH mendengar doanya,” katanya kepada Sinar Harian.
Bersama Suami, Madu
Norlizahayati yang menempuh hidup bermadu sebagai isteri pertama sejak 2005 berkata, ini merupakan haji pertama mereka dan sehingga sekarang persiapan masih dilakukan secara berperingkat memandangkan suaminya yang merupakan pesara tentera, kini menerima rawatan di hospital akibat Covid-19.
Menurutnya, walaupun diuji dengan keadaan kesihatan suami, namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat malah melihat suami yang semakin sembuh memberi keyakinan untuk mereka bertiga menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.
“Lagipun Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan kami hujung bulan Jun, jadi masih ada masa untuk membuat persiapan,” ujarnya.
Mingguan Wanita : Semoga urusan Norlizahayati bersama suami dan madunya dipermudahkan Allah SWT serta dikurniakan haji yang mabrur. Insyallah.