Gara-gara wanita menolak cinta dan lamarannya, seorang lelaki hilang pertimbangan hingga sanggup menikamnya hingga maut. Mahkamah Mesir cadang suspek dihukum digantung ‘live’
Cinta ‘bertepuk sebelah tangan’ cenderung membuatkan individu melakukan perbuatan yang boleh memburukkan keadaan.
Seperti seorang pelajar lelaki di Universiti Mansoura Mesir ini yang telah bertindak menyembelih rakan perempuannya di hadapan pintu pagar kerana dendam.
Dalam kejadian baru-baru ini, suspek yang merupakan pelajar jurusan seni tahun tiga menikam seorang gadis yang dikenali sebagai Naira Ashraf di hadapan pintu pagar ketika beliau dalam perjalanan ke perhentian bas.
Lelaki Ini Tergamak
Susulan kecederaan parah tusukan pisau pada leher, keadaan Naira menjadi tidak stabil sebelum disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital.
Ads
Dalam perkembangan terbaru, The Sun UK melaporkan suspek yang dikenali sebagai Mohamed Adel akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Hakim yang mengendalikan kes jenayah tersebut berkata suspek dijatuhi hukuman mati pada 6 julai yang lalu akan menjalani hukuman gantung, disiarkan secara langsung di televisyen.
Tikam Girlfriend Hingga Meninggal
Mahkamah Mesir meminta Parlimen supaya hukuman gantung terhadap pembunuh itu disiarkan secara langsung di televisyen bertujuan sebagai pengajaran bagi mencegah jenayah serupa berlaku pada masa hadapan.
“Penyiaran itu walaupun hanya sebahagian daripada permulaan prosiding, boleh mencapai matlamat pencegahan,” titip Mahkamah Mansoura.
Ads
Difahamkan kali terakhir siaran langsung hukuman mati dilakukan di negara itu pada tahun 1998.
Mingguan Wanita : Wanita perlu berhati-hati terutama ketika berada di tempat awam, tingkatkan tahap keselamatan diri agar keselamatan sentiasa terjaga.
“Penat Belajar Universiti Kerja Gaji RM2,000, Lebih Baik Jadi Content Creator TikTok!” Memang risau dengan trend pendirian generasi muda kini yang memandang sambung belajar ke peringkat universiti tidak lagi dianggap penting.
Apa yang utama bagi mereka hanyalah menghasilkan content dan video serta ‘mengejar duit’ untuk jadi kaya dan ‘survive’ dalam kehidupan.Ia bakal mewujudkan anak muda yang tidak mahu maju ke depan dan budaya malas belajar.
Hakikatnya mencari duit dan mempunyai pendidikan tinggi adalah sama penting. Dengan mempunyai ilmu, ia membentuk pemikiran, menyusun strategi malah menghasilkan ‘content’ yang lebih berkualiti tanpa perlu menjual maruah diri.
“Apa guna belajar penat-penat sampai ke universiti? Lepas tu, kerja pun starting gaji RM2,000. Lebih baik jadi content creator kat Tik Tok!”
1. Masuk universiti atau mana-mana institut pengajian, bukan untuk dapatkan kertas sijil semata-mata. Apa yang penting adalah untuk dapatkan Ilmu dan bentuk pemikiran adik supaya jadi orang terpelajar.
Money and success? Both will follow you, dik, secara berperingkat.
2. Kalau tujuan adik untuk dapatkan kertas sijil tu sahaja, betul, usahkan masuk universiti, SPM pun, semoleknya adik jangan ambil. Lepas Darjah 6, lepas tahu menulis, membaca dan mengira, adik teruslah ceburkan diri buat jadi Bintang media sosial.
3. Tik Tok, bilangan pengguna dia, lebih 1 billion. Bilangan pengguna aktif, 500 juta. Di Malaysia, anggaran bilangan pengguna, 4 juta.
4. Dalam bilangan pengguna Tik Tok tu, berapa orang je yang betul-betul buat duit? Ada tak sampai 1,000 orang yang adik tahu?
5. Katakanlah 1,000 orang di Malaysia betul-betul buat duit dan lestari, kita bahagikan dengan 4 juta. Itu adalah 0.025% dari keseluruhan pengguna Tik Tok di Malaysia.
Itu baru statistic mudah berdasarkan Tik Tok, belum lagi yang lain.
6. Jangka hayat popular di media sosial, berapa kerat je yang bertahan lebih dari 3 tahun? Lepas tu, what’s next?
7. Jadinya, mulalah ramai yang buat content bangang. Tarik tudung lah, live marah orang kat 7-11 lah, semuanya sebab nak tarik traffic. Katanya, “Negative marketing is still a Marketing” – kata abang, simple je, “Dik, adik ingat Mak adik kandungkan adik 9 bulan, pastu perit jerih lahirkan kemudian besarkan adik, untuk adik hidup tanpa maruah?”
8. Kita ni, hidup perlu ada maruah. Once an act is posted on social media, it is permanent. Kalau adik delete di akaun adik sekalipun, orang lain dah download atau screenshot dah.
Sebab itulah, education itu penting.
9. Cuba tengok content creator yang educated. Contoh? Khairul Aming. Ijazah dia, dari US, dik. Dalam Engineering. Lepas tengok video-video dia, adik rasa tak macam jadi lebih cerdik dan semangat dalam sesuatu subjek iaitu “masakan”?
10. Contoh lain? Richard Ker. Dia punya Twit pasal business dan isu semasa, sangat on point. Dia dari corporate sector – sebelum dia buat full time content creator, dia adalah Chief Marketing Officer untuk Aerodyne Group (syarikat drone Malaysia yang antara top di Dunia), pernah kerja dengan a number of multinational corporations – graduate pun, dari Universiti Surrey, UK.
11. Mudah cerita, persamaan Khairul Aming dan Richard Ker, mereka educated.
12. Orang educated, strategi mereka tersusun. Khairul Aming dia guna social media untuk marketing sahaja, sumber kewangan lestari adalah dari dia jual sambal. Richard Ker pula, buat marketing agency sendiri, fokus kepada syarikat-syarikat Korporat sebagai klien.
13. Sekarang, cuba bandingkan depa berdua dengan Kak Long 7-Eleven. Dapat tengok tak beza dia dari segi kelestarian kewangan dan jaga maruah?
Kesimpulannya, Pendidikan itu penting. Duit pun, penting. Untuk jana duit yang sustainable, adik perlukan strategi. Untuk establish strategi, adik perlu ada kepintaran. Untuk ada kepintaran, adik perlukan Pendidikan.
Bawak Grab pendapatan lebih tinggi dari gaji kerja pejabat? Dik, untuk dapat pendapatan sebanyak gaji kerja steady, berapa jam adik perlu bawak Grab? What about your quality of life?
Pastu, adik nak bawak Grab sampai ke tua? Katakanlah dah bawak Grab 5 tahun dan sangat bergantung kepada Grab, kemudian the company sebagai kapitalis naikkan dia punya fee. Pastu macam mana adik nak survive?
Jadinya, simple, jangan terpengaruh sangat dengan ceritera dongeng instant famous and rich di media sosial ni – banyak yang kelentong. Dapatkan Pendidikan – dalam masa itu, cubalah discover diri dan passion adik yang sebenarnya.
Gambar: ini gambar Khairul Aming terima Ijazah – menamatkan Pendidikan di peringkat universiti.
Cuba adik Google, ada tak jumpa gambar Setopa iKon permotoran terima Ijazah atau diploma atau mungkin slip keputusan SPM? Pastu cuba bandingkan antara depa berdua. Sekian.
Mingguan Wanita:Memang ada benarnya apa yang dikongsikan ini. Nasihatkan pada anak-anak kita dan generasi muda kini bahawa, duit dan pendidikan sama-sama penting.Tak salah untuk menjadi ‘content creator’, namun dengan ada pendidikan membuatkan strategi lebih tersusun, video yang dihasilkan lebih nampak ‘cerdik’ dan berkualiti tanpa perlu menjual maruah diri.
Kilafairy akui bukan mudah kekal istiqamah. Diam tak diam rupa-rupanya sudah dua tahun pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan atau lebih popular dengan panggilan Kilafairy melalui proses penghijrahan.
Akuinya juga bukan mudah untuk kekal istiqamah namun dirinya percaya kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
Malah anak kepada penyanyi senior Rohan Jalil ini juga akui umpama bergelut dalam diri.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah.
“Ia bukan sehari dua untuk dihadam.
“Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa.
“Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” ujarnya.
Sejak berhijab, Kilafairy juga akui rezekinya semakin murah. Terbaru dia sangat bersyukur apabila dilamar menjadi wajah wakilan jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 kempen Next Chapter.
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini.
“Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu.
“Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingi dengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya.
Ada sebabnya bagi perjalanan jauh dan memandu seorang diri seeloknya setkan masa ‘live location’ di whatsapp dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat.
Bukan apa, memandu adakalanya memang cukup meletihkan, lebih-lebih lagi jika jarak perjalanan jauh dan memandu seorang diri. Lebih membahayakan apabila kawasan yang dilalui merupakan kawasan terpencil atau sunyi.
Ini kerana malang tidak berbau, semoga ia dapat memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kemalangan mahupun kejadian yang tidak diingini.
Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.
Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).
Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.
1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.
2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).
3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).
4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak).
5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.
6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.
Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.
Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.
Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
#NotaKesihatanDrKamarul
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat yang sering memandu seorang diri, dalam perjalanan jauh seeloknya guna ‘live location’ di WhatsApp ini dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat. Bukan apa, malang tidak berbau semoga ia memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Suami imamkan sendiri jenazah Nadiah Kasumawati, urusan mandi dilakukan anak perempuan arwah. Tanda akhir kasih seorang suami buat isteri tercinta dengan menjadi imam kepada jenazah isterinya.