Sekiranya situasi ini menimpa orang terdekat, anda boleh ambil langkah ini untuk mempertahankan maruah diri.

Batal kahwin, putus tunang tanpa sebab munasabah. ‘Anda boleh failkan tuntutan ganti rugi.’ Pertahankan hak dan maruah anda setelah dianiaya pihak sana.

Bab nikah, kahwin ini bukan hanya melibatkan pasangan yang bakal bernikah semata sebaliknya melibatkan maruah kedua-dua belah pihak. Oleh sebab itu jangan dibuat main bila segala persiapan dibuat, kemudian sesuka hati batalkan majlis.

Kalau tak sudi, beritahu awal-awal dan bincang baik-baik agar semua hati dapat dijaga. Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Lidah Pembela iaitu Peguam Syarie daripada @muizzuddinrahimassociates.

Artikel Berkaitan: ‘Bakal Suami Tak Nak Kahwin, Akad Nikah DiBatalkan.’ Sedihnya Bila Segala Persiapan Sudah Siap

Batal Kahwin, Putus Tunang

BATAL KAHWIN SAAT AKHIR.
1. Baru-baru ini tular berita tentang seorang gadis yang dibatalkan kahwin oleh pasangannya di saat akhir. Dikatakan 3 hari sebelum tarikh perkahwinan. Kami turut bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis tersebut.

2. Tidak perlu kami ulaskan lebih lanjut tentang situasi gadis tersebut kerana telah banyak portal yang menulis dengan lebih detail tentang situasi tersebut.

Tanpa Sebab Munasabah

3. Tahukah anda? Anda boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sekiranya anda juga berada dalam situasi gadis tersebut.
Sekiranya tunang anda membatalkan perkahwinan atau memutuskan pertunangan tanpa sebab yang munasabah, anda boleh failkan kes TUNTUTAN GANTI RUGI PERTUNANGAN.

IKLAN

4. Ini adalah berdasarkan seksyen 15 Enakmen Undang-undang keluarga islam selangor yang memperuntukkan bahawa:

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

Baca Juga Di Sini:

“Kenapa Perlu Batalkan?” Wanita Ini Nekad Teruskan Majlis Perkahwinan Tanpa Pengantin Lelaki Demi Keluarga

“Sukar Terima Warna Kulit Pasangan.’ Pengantin Perempuan Nekad Batalkan Perkahwinan

IKLAN

Majlis Resepsi Dibatalkan, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Di Pusat Pemindahan Banjir

Anda Boleh Failkan

5. Apakah bentuk ganti rugi yang boleh dituntut?
Pihak yang dimungkiri janji boleh menuntut semua pemberian dan semua perbelanjaan bagi persediaan perkahwinan. Misalnya kos katering, khemah atau dewan, dan sebagainya.

6. Tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut kadar jumlah tuntutan.

Tuntutan Ganti Rugi

7. Syarat untuk membuat tuntutan ini adalah perlu buktikan wujudnya kontrak/akad pertunangan yang sah disisi undang2 dan hukum syarak.

8. Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada pembaca dan dapat mendidik untuk bangkit mempertahankan maruah diri.

IKLAN

Wallahu’alam.
#peguamsyarie
#tuntutangantirugiperkahwinan
#batalkahwin
#putustunang

Mingguan Wanita : Sekiranya situasi ini menimpa orang terdekat, anda boleh ambil langkah ini untuk mempertahankan maruah diri.

Sumber : Lidah Pembela

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI