Hikmah ‘Hilang’ Suami, Rezeki Intan Liana & Anak-anak Tak Pernah Putus

Dalam sekelip mata, nama wanita ini meniti di bibir masyarakat. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan popularitinya setanding dengan artis popular. Bagi yang mengikuti kisah rumah tangga Intan Liana Saleh pastinya turut terkesan dengan nasib wanita ini.

Selepas dimadukan, akhirnya Intan Liana diceraikan oleh pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude pada 22 Mac lalu. Sejak itu, Intan Liana semakin mendapat perhatian pelbagai pihak.

Bukan mudah baginya berdepan dengan penceraian tambahan pula anak-anak masih kecil. Namun wanita cantik ini redha dengan dugaan tersebut. Dia mengakui memerlukan masa untuk bangkit kembali dan memulakan kehidupan baru bersama anak-anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri,1.

Di sebalik ujian berat ini, Allah kurniakan ‘kemanisan’ buat Intan dan anak-anak. Siapa sangka ketika sedang bersedih Allah ‘datangkan’ insan-insan yang berhati mulia untuk membantu Intan dan keluarga.

Alhamdulillah, saya terharu dengan sokongan pelbagai pihak. Saya juga sangat gembira diberi peluang oleh Datuk Seri Aliff Syukri untuk menjadi model koleksi tudung Aliff By Sha. Ini rezeki saya dan anak-anak, saya perlu kuat demi masa depan kami,” ujar Intan.

IKLAN

 

Hikmah ‘Hilang’ Suami, Rezeki Intan Liana & Anak-anak Tak Pernah Putus
Anak-anak jadi pemangkin semangat kepada Intan.

Anak Sulung Intan Jadi Sensitif

Ditanya mengenai emosi anak-anaknya selepas penceraian, Intan tenang mengatur bicara. Katanya, anak sulung, Arish sering memberontak dan menjadi sensitif.

Maklumlah Arish rapat dengan bekas suami, jadi perpisahan ini pastinya memberi kesan kepadanya. Dia selalu buat ‘perangai’ kerana mahukan perhatian yang lebih daripada saya. Memang sedih melihat keadaannya begitu.

IKLAN

“Saya berdoa agar anak-anak tabah berdepan dengan ujian ini. Kini mereka dalam fasa menyesuaikan diri. Mereka tidak faham apa yang berlaku antara saya dan bekas suami. Insya-Allah, masa akan mengubat segalanya. Semoga Allah permudahkan kehidupan saya dan anak-anak.”

 

Hikmah ‘Hilang’ Suami, Rezeki Intan Liana & Anak-anak Tak Pernah Putus
Wanita ini mendapat sokongan padu daripada keluarga dan masyarakat.

Perlu ‘Kuat’ Demi Masa Depan

Dalam temubual itu, Intan tidak nafikan kekok dengan populariti yang diraihnya. Dia masih cuba menyesuaikan diri, mujur kakaknya yang juga merupakan penyanyi, Roxa banyak membantu menguruskan dirinya.

IKLAN

Saya juga kini menjadi model koleksi Aidilfitri pengeluar pakaian jenama tempatan, Ashh & Annas. Saya rebut peluang yang datang, kesibukan bekerja sedikit sebanyak membantu saya melupakan kisah silam. Kini saya lebih positif dan matang merencana masa depan. Terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan dan menyokong saya serta anak-anak,” kata Intan Liana yang turut mengeluarkan produk kosmetik dan syampu.

Mohon Pinjaman Tekun Nasional

Dalam temubual itu, Intan turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tekun Nasional yang memberi peluang kepadanya membuat pinjaman perniagaan.

Permohonan pinjaman saya masih dalam proses. Saya berdoa agar permohonan ini diluluskan , saya mahu gunakan ia sebagai modal perniagaan, saya perlu berusaha gigih untuk menyara kehidupan saya dan anak-anak,” kata Inatan Liana Saleh mengakhiri bicara.

Foto : Nurul Niza Ahmad Suhaimi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI