Apabila pasangan meninggal dunia terutamanya suami, perkara pertama yang sering kita dengar tentulah berkaitan dengan harta pusaka dan wasiat peninggalannya. Siapa yang ada hak dalam harta tersebut. Jika banyak harta yang ditinggalkan, mulalah ada campur tangan, lebih-lebih lagi pihak keluarga lelaki.

Bila ditakdirkan tidak sempat untuk membuat wasiat, hak isteri mungkin agak sedikit dan selebihnya kepada pewaris dan akan adalah pembahagian faraid. Itu jika pasangan tidak mempunyai anak sebagai pewaris.

Tidak dinafikan, kadang-kadang hak isteri tidaklah banyak tetapi sebenarnya dialah yang akan teruskan kehidupan mendatang yang penuh suka duka bersama anak-anak tanpa ada pasangan di sisi.
Walau bagaimanapun, jika suami berfikir panjang dan tidak mahu perkara ini ditimbulkan kemudian hari, tidak salah rasanya suami membuat hibah untuk pasangan. Begitu juga isteri boleh juga buat hibah untuk pasangan.

Sekurang-kurangnya dengan hibah ini, pasangan yang ditinggalkan dapat gunakan wang itu untuk masa hadapan. Lebih yakin, hibah itu akan menjadi hak mutlak pasangan tanpa perlu melalui proses apa-apa.

Apa yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah ini ada benarnya. Pasangan boleh buat hibah sebagai pemberian kasing sayang untuk orang yang disayangi. Gunalah duit itu untuk masa-masa mendatang dan teruskan kehidupan dengan anak-anak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kalau SAYANG ISTERI, Suami Buatlah HIBAH BERSYARAT Agar Tiada Salah Faham Tentang Harta

Isteri Ambil Tahu Kewangan Suami, Bukan ‘Mata Duitan’ Tapi Elak Perkara Tidak Dijangka

Info Lebih Menarik DI SINI

Hak Mutlak Tanpa Perlu Proses Faraid

Hibah itu maksud dia hadiah atau pemberian yang dilakukan oleh seseorang semasa dia masih hidup kepada orang yang masih hidup juga.

Ia juga sebagai pemberian kasih sayang, orang yang nak terima hibah itu tak perlu bayar duit sekupang pun ke atas wang atau harta yang diberikan kepada dia.

IKLAN

“Nah aku bagi handphone ni kat hang, ambiklah aku bagi free.”
“Sungguh ka? Alhamdulillah aku terima.”

Itu contoh ungkapan dan penyelesaian untuk satu hibah. Lengkap rukun dia, ada pemberi hibah (masih hidup) penerima (masih hidup) ada aqad.

Hibah ni ada 2 jenis, iaitu hibah secara terus dan hibah bersyarat.

Contohnya nak hibahkan motor Ysuku kepada anak, takut mati nanti orang akan berebut motor kesayangan itu. Maka pergilah tukar geran itu dan letak nama anak. Selesailah hibah itu.
Suami nak hibah rumah kepada isteri, maka tukarlah nama rumah kepada nama isteri. Namun kes rumah ni tricky sikit sebab rumah itu kebanyakan masih milik bank sebab ada hutang lagi.

Dengarnya perunding wasiat dan amanah kata dah boleh buat Hibah rumah yang masih milik bank ini. Nanti bolehlah cari ejen dan minta penjelasan lanjut.

Hibah Duit Untuk Keluarga Ditinggalkan

Selain itu, Hibah paling popular adalah duit.

IKLAN

Nak bagi duit kat isteri RM100K tak mampu. Nak simpan tiap bulan RM30, kalau 10 tahun baru ada RM3,600++. Kalau mati waktu itu, isteri dan anak-anak nak makan apa?
Jadi, ramailah ambil Takaful Keluarga.

Takaful Keluarga ini, ia macam Life Insurance atau insurans nyawa. Ambil plan dengan jumlah perlindungan RM100K dan bayarlah caruman RM30 sebulan, bila-bila sahaja kita mati, duit pampasan RM100K itu akan dibayar oleh syarikat takaful.

Duit pampasan inilah yang disebut HIBAH.

Ini hibah bersyarat.
Waktu kita tanda tangan dengan syarikat takaful itu kita sudah setuju yang bila kita mati duit ini akan di HIBAH kepada penama-penama berikut. Dalam borang itu kita dah letak siap-siap nama Isteri/suami, anak-anak, mak ayah atau sesiapa sahaja yang kita nak bagi duit tu.

Hibah duit pampasan takaful ini boleh nak bagi kat sesiapa pun walaupun tiada hubungan kekeluargaan. Nak bagi kat kawan baik pun boleh, bagi pada adik angkat pun boleh, tak kisah.

Jadi penama hibah (orang yang kita letak nama dia di dalam dokumen sebagai Penama Hibah) ini adalah absolute/mutlak. Tak ada sesiapa pun boleh tuntut bahagian dia. Kalau letak nama jiran kat situ dengan bahagian sebanyak 10%, maka takada siapa boleh usik duit tu. Itu hak mutlak dia.

IKLAN

Dengan duit hibah takaful ini tidak perlu melalui proses faraid sebab ianya milik mutlak penama hibah. Melainkan waktu signup dulu tak letak nama sesiapa pun sebagai penama hibah maka bila mati wang pampasan tersebut perlulah difaraid kepada semua waris yang berhak.

Begitulah.

Tak Perlu Berebut

Aku cerita bab takaful lah. Kalau yang nak tahu macam mana proses nak hibah harta macam rumah, kenderaan dan harta lain itu, carilah Perunding Pewarisan Harta yang bertauliah. Mereka tahu macam mana nak buat dengan menggunakan hibah bersyarat.

Jadi macam orang cina, seorang meninggal, akan muncul 1-3 orang jutawan hasil dari duit pampasan insurans. Jomlah pakat ambil takaful, agar waris-waris kita semua ada duit untuk meneruskan hidup kalau pun tak jadi jutawan.
Carilah kawan-kawan yang ejen takaful itu minta diorang bantu macam mana nak buat.

Semoga semua harta kita dapat diuruskan dengan baik boleh tinggalkan duit yang banyak untuk waris kita meneruskan hidup. Tak mahu semua waris gaduh-gaduh berebut RM3600 dalam bank tu nanti.
Sekian.

#superdaddy

MW: Rasanya dah rama i yang sedah tentang hibah ini. Pejam mata untuk bayaran bulanan. Sekurangnya, kalau tiada harta untuk ditinggalkan, tapi kita akan rasa lega sebab dapat kurangkan bebanan untuk keluarga.

Sumber: Khairul Abdullah

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI