Hasrat anak beli murtabak untuk ibu berbuka puasa tak kesampaian, berbakti hingga akhir hayat.
Hasrat seorang lelaki memenuhi permintaan ibunya untuk menikmati martabak ketika berbuka puasa tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, di sini pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa, Megat Azman Megat Yahaya, 41, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan menuju ke bazar Ramadan berhampiran untuk membeli martabak dan juadah lain untuk berbuka puasa bersama keluarganya di kampung.
Ekoran kemalangan maut itu, anak saudara kepada arwah pengguna fb atas nama Emma ZA turut berkongsi kisah sedih ini.
“Tulisnya, di bulan Ramadhan. Pakcik saya, Megat Azman Megat Yahaya pergi meninggalkn kita. Al-Fatihah buat pakcik ku sayang. Selamat tinggal. Anak yang baik kepada ibunya. Tiap minggu arwah pulang kampung untuk tengok keperluan ibunya. Dari Sg Buloh Ke Parit.
“Accident semasa nak pergi beli Opah saya (ibu arwah) murtabak untuk Opah. Sampai ke hujung hayat berbakti kepada orang tuanya. Allahuakbar tapi sampai ke sudah tak balik. Semoga ditempatk n dengan orang yang beriman. Semoga Opah kuat. Semoga isteri beliau kuat tabah. Al-Fatihah Megat Jagindas Azman.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan kemalangan diterima melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Suzuki Jimny yang dipandu lelaki berusia 82 tahun dan motosikal jenis Honda RS150 ditunggang mangsa.
Menurut beliau, kemalangan berlaku apabila kenderaan terbabit bergerak dari arah Bota Kiri menuju Tanjung Belanja manakala mangsa dari arah bertentangan.
“Apabila sampai di lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hendak masuk ke simpang kanan jalan lalu dilanggar mangsa di bahagian ‘fender’ hadapan sebelah kiri.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Hafezul Helmi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Changkat Melintang untuk dibedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan ‘Severe traumatic brain injury consistent with motor vehicle accident’.
“Warga emas terlibat telah ditahan untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Raungan Ibu Cetus Kesedihan, Anak Meninggal Rempuh Lori Buat Pusingan U
Airmata Di Hari Konvokesyen, Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Ijazah Anak Meninggal Digilis Lori
“Hal Paling Saya Takut Akhirnya Terjadi”, Ibu Kongsi Kesedihan Anak Meninggal Dipatuk Ular Tedung
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI