
Di mana hilangnya nilai perikemanusiaan dan kasih sayang seorang manusia apabila seorang ayah tiri tergamak memukul anaknya sehingga meninggal dunia gara-gara kanak-kanak yang baru berusia enam tahun itu enggan makan.
Betapa kejamnya seorang “ayah” memperlakukan kanak-kanak yang tidak berdaya hingga membuatkan dia hilang nyawa. Semoga pesalah ini mendapat hukuman yang setimpal.
Mayat Kanak-kanak Ditemui Di Bahu Jalan
Mayat seorang kanak-kanak perempuan warga asing dianggarkan berusia enam tahun yang dipercayai mangsa pembunuhan, ditemui di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Memanda 3, Ampang, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa pada jam 9.50 pagi daripada seorang pengawal keselamatan wanita melalui panggilan MER999.
Mangsa Dipukul Hingga Mati
“Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa, termasuk pada lengan dan badan.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang dianggarkan berusia dalam lingkungan enam tahun, dipercayai dipukul dengan objek keras atau tumpul di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan turut mendapati mangsa adalah pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Baca Ini:
Atas Kecuaian Bapa, Kanak-kanak Tiga Tahun Yang Dibiar Sendiri Hilang
Tiada Dalil Putus Saf, Jika Kanak-Kanak Solat Di Saf Dewasa
Menahan Warga Asing Yang Terlibat
“Dalam tempoh setengah jam kemudian, kita berjaya menahan tiga warga asing, termasuk dua wanita, di sebuah hotel di Ampang.
“Kesemua suspek itu berusia antara 17 hingga 63 tahun dan merupakan pemegang kad UNHCR,” katanya.
Hasil soal siasat, beliau berkata, kanak-kanak itu disyaki dipukul sehingga mati di hotel terbabit oleh bapa tirinya kerana mangsa dikatakan enggan makan.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.
Sumber: BH Online
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada mak, ayah agar lebih berhati-hati dalam membesarkan anak-anak. Anak-anak adalah amanah Allah, jagalah sebaik mungkin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hentikan Selesema, Doktor Ini Bongkar 7 Langkah Berkesan Yang Mak-mak Boleh Buat Di Rumah

Dengan keadaan cuaca yang panas terik, semua orang boleh kena demam dan selesema tanpa disangka-sangka. Tambahan pula selesema ini suatu penyakit berjangkit virus salur pernafasan atas yang boleh menjejaskan hidung.
Bukan sekadar telan ubat, mak-mak boleh pulihkan selesema secepat mungkin dengan 7 langkah mudah yang dikongsikan oleh Dr. Ezairy M.Sallih ini…
Cara Hentikan Selesema
Anak anda selalu alami hidung berair? Bersin-bersin?
Jom kita perhati rawatan di rumah berikut untuk mengurangkan gejala selsema dan hidung berair.
1. Minum banyak air
Minum air masak dan pastikan sentiasa cukup. Ia dapat membantu jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung.
Ini memastikan bahawa lendir di dalam sinus anda mengalir konsisten dan mudah untuk anda mengeluarkannya. Jika tidak, ia mungkin lebih pekat, dan susah untuk dihembus keluar.
2. Minuman panas
Minuman panas biasanya lebih berguna daripada yang sejuk. Ini adalah kerana haba dan wap mereka, yang membantu saluran udara terbuka dan decongest.
Buat secawan minuman panas (sebaiknya tidak berkafein) dan nafas stim sebelum minum.
3. Wap muka
Menghirup wap panas telah terbukti untuk membantu merawat hidung berair. Ia dapat mengurangkan masa pemulihan penyakit sekitar satu minggu berbanding dengan tiada penyedutan wap sama sekali.
Panaskan air bersih di dalam periuk bersih di atas dapur anda. Panaskan ia cukup sehingga stim terhasil.
Letakkan wajah anda di atas stim selama 20 minit pada satu masa. Ambillah nafas panjang melalui hidung anda. Ambil rehat jika wajah anda menjadi terlalu panas.
Hembus lendir dan hingus anda selepas itu untuk menghilangkan lendir.
4. Mandi panas
Perlu bantuan cepat? Cuba mandi panas. Sama seperti minuman panas atau wap wajah, air mandi boleh membantu meringankan hidung berair.
5. Elak Makan makanan pedas
Makanan pedas boleh membuat hidung berair lebih teruk. Walau bagaimanapun, jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung, makan makanan pedas ada kalanya boleh membantu. Boleh lakukan ikut keperluan anda.
6. Elak segala punca alahan
Ini juga penting. Penting sebab segala makanan dan persekitaran yang boleh menyebabkan gejala selsema lebih teruk seperti penghawa dingin, makanan laut dan sebagainya perlu dielak. Jika tidak, masalah anda tidak akan selesai.
7. Bantuan doktor
Apabila semua langkah sudah dilakukan masih gagal mengurangkan masalah, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat doktor. Lakukan pemeriksaan dan cari punca sebenarnya. Dapatkan ubat yang terbaik.
SHARE kepada orang yang anda sayang. Moga semua beroleh manfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak Bagi Anak Tengok TV Tapi Hulur Smartphone…

Ada mak ayah tak bagi anak tengok TV tapi hulur smartphone dekat mereka. Nampak macam simple tak ada apa-apa kan tindakan itu. Tapi bila tahu kesannya, mak ayah takkan semudah ABC menyerahkan handphone dekat anak. Sebabnya lebih banyak buruk dari baiknya. Terutama smartphone. Kalau mereka dah ‘ketagih’ lagilah parah.
Sebab itu pemberian gajet pada anak perlu dipantau. Bab gajet merosakkan anak-anak bersepah boleh ditemui infonya di Internet, tapi kenapa masih tak berkurang. Anak masih dok ralit pegang gajet. Tengok TV pun bukannya satu kesalahan, sebab ada cara yang betul nak bagi anak tengok TV tanpa kita rasa susah hati.
Sebenarnya umur berapa patut anak-anak kita pegang handphone ini? Ikuti perkongsian jitu daripada Puan Ashikin Hashim, Pengetua Genius Aulad Saujana Utama tentang pandangannya mengenai pemberian handphone pada anak-anak.
Sebab parenting style yang beliau kongsikan ini akan selamatkan anak-anak daripada terjebak ke arah jenayah siber. Ini yang memang mak ayah takut sangat-sangat!

Bila Anak Patut Diberikan Handphone
Saya pernah ditanya soalan sebegini. Anak-anak juga pernah tanya saya, “Ummi, bila kitaorang nak ada handphone. Kawan-kawan ramai yang dah ada handphone.”
Ummi diam sebentar.
“Boleh nak ada handphone. Tapi bukan sekarang. Ummi dulu, dah masuk UIA Gombak baru lah ada telefon. You are not ready.”
Sememangnya, bila anak minta begitu memang kasihan. Bagi pengetua dan juga ibu kepada 4 orang anak, prinsipnya mesti TEGAS. Tiada keperluan lagi untuk anak-anak punya telefon sendiri. Mungkin anak akan cakap, senang nak telefon Ummi nanti kalau ada apa-apa.
Setakat kalau ada apa-apa, rasanya masih boleh dikawal. Samada beritahu cikgu sekolah atau Ummi yang akan cari kamu di sekolah. Anak-anak pun tidak pernah lagi keluar tanpa Ummi Abi. Jika pergi rombongan sekolah, cukup dengan hubungi cikgu sahaja.
Cegah Sebelum Terjebak
Baik cegah sebelum terjebak. Tak apa tak ada handphone. Struggle. Biar susah. Kalau mahu telefon kawan, telefon rumah ada, guna telefon Ummi Abi pun tak apa. Tiada halangan.
Persoalan “Tak kongkong anakkah?” tentu akan terbit di hati mak ayah. Lagi-lagi bila anak sudah meningkat remaja dan mula berkawan-kawan. Mak ayah kasihan kan anak. Ini pula kata beliau.
“Saya sudah banyak menyaksikan betapa ramai anak-anak yang sudah terjebak dan terperangkap dengan handphone. Mula-mula minta handphone. Kemudian minta smartphone. Minta pula dimasukkan data plan.
Mula kenal dunia tanpa sempadan. Lepak-lepak dengan kawan, buat temujanji sana sini. Layar internet. Main games. Kenal orang lain melalui facebook.
Tengok video ntah apa-apa melalui youtube. Semuanya di belakang kita.
Menyendiri, duduk dalam bilik atau di satu sudut. Senyap-senyap buat hal sendiri.
Oh…belum tiba masanya untuk anak-anak saya. InshaAllah akan tiba masa yang sesuai. Tapi bukan sekarang. Cukuplah dengan pelbagai cabaran yang ada kini. Minimakan kesusahan. Tak semua benda kita boleh beri walau kita mampu.

Style Kami: Layari Tengok TV, Baca Facebook Sama-sama Anak
Kami layari internet bersama, pergi outing bersama, tonton TV bersama, baca FB and we talk about it, boleh buka laptop & wifi. Semuanya bersama kami.
Ada orang yang tak bagi tengok TV sebab katanya TV banyak rancangan entah apa-apa tapi bagi smartphone ke anak. No activities with them. And without supervision they have their very ‘smart’ phone, so what is the different?
The keywords is ‘together’. Bukan tak bagi langsung tapi kami lakukan bersama.
Biar Ummi ‘ikat’ kamu dulu. Tarbiyah sentap cukup-cukup. Masukkan elemen kekeluargaan, buat aktiviti bersama. Tiba masa, Ummi lepaskan kamu. Masa itu kamu sudah cukup matang untuk memilih jalan mana yang terbaik buat kamu.
Lain sekolah lain pelajarannya. Saya sekadar kongsi pengalaman. Tak setuju tak apa. Masing-masing ada parenting style yang tersendiri.
Sumber/Foto : Facebook Ashikin Hashim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Marah Anak Buat Salah, Jangan Sampai Si Kecil Immune Dengan Sikap ‘Menyinga’ Garang Mak Ayah

Usah terlalu biasakan diri marah anak kalau tak nak pinjaman Allah itu jadi melawan esok-esok hari. Pantang buat silap, pasti anak kecil itu dimarahi sampai ada yang menjerit dan naik tangan.
Allahurabbi… sedar tak niat nak menegur anak dalam keadaan marah itu boleh menjejaskan emosi dan automatik tanam dirinya sikap yang negatif?
Mari renungkan pekongsian Ustazah Sharifah Zahidah dalam tajuk perkongsiannya ‘Marah Punca Musibah Berantai Dalam Kehidupan Anak’…
Berbaloi Tak Marah ANak
Salah ke marah anak?
Tak. Tak salah.
Bahkan, kemarahan adalah satu keperluan dalam keadaan-keadaan TERTENTU. Kemarahan juga adalah penyelamat.
Cuma, marah jangan sembarang marah. Marah pun, perlu BERSTRATEGI, BERILMU sebenarnya. Marah yang melulu, akan membuatkan anak kita jadi ‘immune’ dengan perasaan marah kita. Ini yang saya sebut dalam pos sebelum ini.
Immune ni, maksudnya, dia sudah TAK HAIRAN LAGI bila kita marah. Dia tak peduli. Tak kecil hati. Tak kisah. Seolah-olah, marah kita ini tak wujud. Marahlah macam mana sekalipun, anak-anak yang sudah immune dengan marah kita, TAKKAN terkesan lagi dengan marah kita, walau nyata mereka bersalah dan sepatutnya berasa serba salah.
Anak-anak ‘immune’ bila kita marah mereka; petanda bahawa MEREKA SUDAH TERLALU BANYAK melihat kita DALAM KEADAAN MARAH! Sehingga, mereka meanggap, itu adalah natural state kita – iaitu dalam kemarahan.
Jadi, apa yang nak dihairankan bila ibu ayah marah lagi? Bukankah ibu ayah memang begitu? Tiada yang pelik, tiada yang menghairankan. So, why bother?
Dan, kerana inilah, apabila kita memarahi anak-anak, ianya tidak lagi meninggalkan sebarang kesan ke dalam diri mereka. Mereka buat ‘dek’ lagi ada-lah.
Lebih memburukkan keadaan lagi apabila anak-anak mula ‘immune’ dengan perasaan marah kita terhadap mereka ini ialah, tendency untuk mereka ‘immune’ dengan kita dalam SEGALA hal itu sangat tinggi!
Mak marah? Saya tak kisah. Mak sedih? Saya tak kisah. Mak mengamuk? Saya tak kisah. Mak membebel? Saya tak kisah. Mak tak redha dengan hidup saya? Saya tak kisah. Mak nak rasa apa pun, saya tak kisah!
Maka di sini terkembang satu sifat pentingkan diri dalam diri anak tanpa dia sendiri menyedari. Lahirlah satu jiwa derhaka, hasil keengganan kita menuntut ilmu dalam mendidik mereka.
Dan di saat anak-anak tidak lagi MENGHIRAUKAN apa perasaan orang yang paling mengambil berat dan menyayangi dia dalam hidup ini (kita), anak-anak pun mula develop sikap keras kepala dan segalanya di sekitar dunia anak-anak ini akan evolve tentang dirinya dan perasaannya SEMATA-MATA.
Maka lahirlah lagi satu sikap buruk dalam jiwa anak-anak iaitu ‘tiada perasaan’ terhadap orang lain. Pentingkan diri, heartless, insensitive.
Lebih malang lagi, anak-anak yang tak kisahkan perasaan kita, tak kisah lagi untuk mengambil hati kita, tak kisah lagi nak impress kita dengan sikap baiknya dan pencapaian cemerlangnya – ADALAH LEBIH MUDAH CENDERUNG untuk mengikut telunjuk rakan sebaya, cenderung untuk impress rakan sebaya, mahu diri diterima dan diiktiraf rakan sebaya, mahu menjadi center of attention di kalangan rakan-rakanya dan segalanya yang terpenting kini adalah RAKAN SEBAYANYA semata.
Dan.., Di saat anak mula melebihkan rakan sebaya melebihi ibubapanya sendiri – kita sendiri tahu apa akibatnya, dan bagaimana besarnya kesan dari perkara ini yang saya sifatkan sebagai ‘musibah berepisod’ yang akan menghantui seluruh kehidupannya. Mulanya dari mana?
Mulanya dari diri kita yang suka marah-marah.
Tak cukup dengan itu, bila kita ini selalu tunjuk sikap marah di hadapan anak, anak akan menjadi lebih DEFENSIF. Sebab?
Selain dia immune dengan marah kita padanya, dia juga sudah hilang hormat dan ‘puja puji’ mereka terhadap kita. Apa tanda awal, anak-anak sudah hilang hormat dan puja-puji mereka terhadap kita, selain dari sebab yang saya nyatakan di atas?
Tandanya, bila semakin dimarah, mereka semakin berani ‘mempertahankan diri’ secara negatifnya. Masalah ini, selalunya kita perasan bila anak-anak sudah di usia remaja, walhal dari mereka kecil, tanda awalnya sudah ‘boleh dibaca.’
Cuma sayang, sebab kita ini tak rajin membaca, tak rajin cari ilmu, kita pun ‘tak perasan’ tanda-tanda itu sehingga kita pun tersalah mendidik mereka, lantas menyalahkan mereka semata atas punca kecuaian diri kita sendiri.
Bayangkan situasi si Ibu memarahi anak ini.
“Kakak, ibu dah pesan jangan pukul kawan kan? Kenapa kakak degil sangat asyik pukul kawan di sekolah ni!! Berapa kali dah Ibu pesan jangan pukul kawan??!!”
“Alah, kakak bukan sengaja pukul. Dia yang ambil barang kakak, kakak pukullah! Siapa suruh kacau kakak!” Dan dia pun menjawab dalam nada bersahaja, sambil asyik menyikat-nyikat rambut kuning anak patung di tangannya tanpa dia sedikit pun memandang kepada kita.
Ini petanda awal, anak-anak sudah mula ‘develop’ insensitivity’ terhadap kita, dan tanda dia sudah pandai bersikap defensif.
Samada dia betul atau salah dalam contoh di atas, ITU TAK PENTING DIBINCANGKAN DI SINI. Yang perlu dilihat ialah, BAGAIMANA SIKAP (1) DAN EMOSINYA (2) apabila berhadapan dengan kita ketika kita memarahi mereka.
Anak yang masih sensitive dengan ibubapa, akan BERHENTI dari melakukan apa yang dia sedang lakukan, akan tunduk ke bawah, merasa sedih dimarahi, menangis, terdiam, merajuk atau sebagainya. ‘Marah’ kita masih ada bisanya.
Tapi, dalam situasi di atas, anak itu kelihatan ‘sangat tenang bersahaja,’ itu MIMPI NGERI!
Ibubapa yang PERNAH MELIHAT anak mereka berkelakuan sebegitu apabila dimarahi dalam ISU SERIUS DI MANA DIA TAHU DIA SEBENARNYA SALAH, sila ambil perhatian berat isu ini.
“Habis, macam mana Ustazah? Anak-anak saya kadang-kadang sikapnya macam tu, bila saya marahi mereka. Memang mereka tak kisah sangat. Menjawab lagi ada. Dah terlambat ke saya ini? Apa patut saya buat?”
Untuk ibubapa yang mula sedar perkara ini, ada satu ‘homework’ anda perlu buat.
Iaitu PERHATIKAN dan ANALISA, berapa kerap anda tunjukkan EMOSI negatif anda kepada mereka dalam seharian selama ini? Tak kisah, marah di dalam kereta atas jalan raya, marah dalam telefon sesama rakan sekerja, marah kepada pasangan kerana masalah rumahtangga, apatah lagi marah yang secara terus menerus dituju ke batang hidung mereka.
Sikap anak yang immune sebegini bukan kerana mereka ini anak-anak yang memang tak sensitif dan jahat.
TIDAK.
Sikap mereka sebegini adalah RESULT daripada apa yang mereka LIHAT BAGAIMANA KITA sebagai ibubapa MENGENDALI EMOSI KITA.
Bila kawalan emosi kita lemah dan asyik-asyik marah saja, pembentukan dan kawalan emosi mereka juga menjadi lemah dan mereka menjadi individu yang KURANG SENSITIF dan lahirlah simptom ‘tak pedulisme’ yang lain dalam hidup mereka.
Ada banyak lagi yang perlu difahami dalam topik ini, tapi saya akan berhenti di sini dan sambung di penulisan seterusnya.
Follow dan set see first untuk sambungan isu ini dan isu lain. Menulis tentang marah dan bagaimana ianya akan ‘affect’ seluruh kehidupan anak ini, saya boleh tulis satu buku.
Terlalu banyak, cuma kita TAK TAHU. Andai kita tahu, kita akan berpegang sungguh dengan pesan Nabi, “La Taghdhob, La Taghdhob, La Taghdhob, (Jangan Marah, Jangan Marah, Jangan Marah)” kerana akibatnya adalah akibat ‘berantai’, yang mengancam seluruh kehidupan.
Ok, kita lompat ke konklusi.
Untuk PETUA PRAKTIKAL yang ingin saya bagi untuk mereka yang terperangkap dalam situasi ini, iaitu situasi ANAK IMMUNE APABILA DIMARAHI; kata kuncinya ialah TEKNIK BERTUKAR.
Kalau sebelum ini, anak-anak IMMUNE dengan marah kita dan puncanya adalah kerana terlalu banyak melihat kita marah.
Sekarang ini, daripada selalu tunjuk marah, anda perlu BANYAKKAN TUNJUK EMOSI yang sebaliknya. Perhatikan cara yang saya ingin terangkan ini dengan TELITI seperti di bawah:
Daripada memarahi anak-anak di sekolah kerana mereka pukul kawan mereka yang ‘kacau’ mereka, sekarang ini, TUKAR.
Ingat kata kunci ini ya. “BERTUKAR!”
TUKAR perasaan yang kita nak tunjuk di hadapan mereka. Jangan tunjukkan perasaan yang marah itu, BECAUSE WE HAVE SHOWN TOOO MUCH OF IT!
Bila anak bergaduh, MARAH bukanlah satu-satunya perasaan yang kita rasa terhadap mereka. Sebenarnya, ada perasaan risau, sedih, berharap, kesal, simpati dan berbagai perasaan lain. Cuma silap kita, yang selalu kita guna dan tunjuk ialah perasaan MARAH SEMATA.
Jadi sekarang, SOROKKAN perasaan marah itu. BERTUKAR. Dan tunjukkan perasaan selain marah yang lebih baik iaitu, perasaan SEDIH atau RISAU yang anda juga rasa sebenarnya, cuma anda jarang perhatikan perasaan itu, melainkan perasaan marah semata-mata.
Contoh,
“Kakak, Ibu dengar kakak bergaduh dengan kawan di sekolah. Kakak pukul kawan, is it true?” Dengarkan jawapan anak. TUNJUK PERASAAN AMBIL BERAT. Ingat, KAWAL MARAH ANDA. Jangan tunjuk. Kan dah banyak sangat tunjuk selama ni?
“Kakak, Ibu sedih ada orang kacau kakak di sekolah. Mesti kakak pun sedih, kan?” Masa ni, anak anda akan tone down. Dia tak nampak anda sebagai tukang bebel atau PENGANCAM dia. Dia nampak anda sebagai COMFORTER dia. Dan, anak-anak ini takkan develop SIKAP DEFENSIF depan orang yang MEMAHAMI dia. Tapi, dia akan develop sikap MUDAH DIDEKATI dan mudah diajak berkomunikasi.
“Kakak, bila kakak bergaduh dengan kawan, Ibu risau. Macam mana kalau apa-apa jadi pada Kakak? Nanti kalau dia pukul kakak semula, kakak luka, darah, masuk hospital? Macam mana? Ibu risau pasal kakak..” Agak-agak, di tahap ini, apa perasaan anak anda bila tahu Ibu RISAUKAN dia, instead of ibu MARAHKAN dia?
“Kakak, ibu sayangkan kakak. Sebab itu Ibu pesan kakak jangan bergaduh dengan kawan. Nanti kalau jadi apa-apa pada kakak, Ibu yang rasa sakit. Ibu nak kakak jadi anak baik dan semua orang sayang kakak. Ibu taknak kakak jadi anak yang suka bergaduh, nanti semua orang benci.”
Tunjuk anda ambil berat. Tika ini, sampaikan nasihat anda, dan percayalah, kalau ‘anak-anak’ menjawab sekalipun, dia akan menjawab kerana MELUAHKAN perasaan, bukan kerana dia TAK HORMAT anda atau IMMUNE dengan perasaan anda. Tetapi, dia akan berkomunikasi dengan baik dengan anda, percayalah.
Jadi, nampak bagaimana tipsnya untuk kendali situasi apabila anak-anak sudah immune dan tidak peduli lagi bila dimarahi? Kata kuncinya, BERTUKAR!
Lakukan tips ini, inshaALLAH, dengan izin ALLAH, selepas beberapa kali, anda akan mula perhatikan bahawa anak-anak anda kini lebih sensitif dengan perasaan anda dan tidak lagi bersikap tidak endah, tidak peduli. You will win them again, inshaALLAH.
Semoga berjaya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

