Apabila menghantar mesej seringkali kita menggunakan emoji tertentu bagi meluahkan perasan. Namun siapa sangka di Arab Saudi dengan menghantar emoji ‘love’ rupanya ianya merupakan salah satu bentuk jenayah gangguan dan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.
Jenayah Gangguan
Seorang pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ menerusi aplikasi WhatsApp boleh berdepan hukuman penjara.
Akhbar Okaz melaporkan pengirim emoji itu boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan denda 100,000 riyal (RM111,556) jika disabit bersalah seperti ditetapkan di bawah undang-undang di Riyadh.
“Penghantaran emoji itu adalah satu bentuk jenayah gangguan. Selain itu, penggunaan beberapa imej dan ungkapan ketika bersembang dalam talian juga adalah kesalahan sama jika aduan difailkan oleh penerima,” menurut laporan itu memetik kenyataan Al Moataz Kutbi.
Tidak Boleh Guna Emoji ‘Love’ Sewenangnya
Menurutnya, pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan individu lain yang boleh menyebabkan mereka berasa terganggu atau tidak selesa terutamanya apabila menggunakan emoji ‘love’.
Ads
Jelas Al Moataz lagi, gangguan boleh ditakrifkan melalui pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual dalam apa jua bentuk termasuk menggunakan teknologi moden.
“Ia termasuk emoji yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut budaya sesebuah masyarakat seperti emoji ‘love’ dan bunga ros,” tambahnya.
Difahamkan, denda yang dikenakan boleh mencecah 300,000 riyal (RM335,000) jika pesalah melakukan kesalahan berulang.
Mingguan Wanita: Tak sangka pula hantar emoji ‘love’ boleh jadi salah satu bentuk jenayah gangguan. Siap dikenakan hukuman denda dan penjara di Arab Saudi.
Kedatangan musim haji tiba lagi.Seronok rasa hati melihat para jemaah menjadi tetamu Allah, melipat gandakan amalan di tanah suci agar memperolehi haji yang mabrur.
Namun, bagi yang tidak berpeluang pergi menunaikan haji, sebenarnya juga turut mempunyai peluang yang cukup besar untuk meningkatkan amalan dan ibadat pada bulan Zulhijjah ini.Ramai yang menganggap 10 hari awal Zulhijjah tidak penting atau nikmatnya tidak seperti berada dalam bulan Ramadan.
Namun hakikatnya, 10 hari awal ZuIhijjah ini sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Allah SWT sedia untuk memberikan kepada hamba-Nya pintu keredaan, keampunan dan kerahmatan.
Soalan:Dr, MAZA, apakah benar bahawa sepuluh hari bulan Zulhijjah ini paling terbaik untuk kita beribadah. Tidakkah Ramadan bulan yang terbaik? Jika benar sepuluh hari Zulhijjah terbaik, apakah amalan yang patut saya lakukan?
Jawapan Dr MAZA: Memang benar, terdapat dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang memberi maksud sepuluh hari awal Zul Hijjah merupakan hari-hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah. Bahkan dalam hadis, Nabi s.a.w menyatakan sepuluh awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling terbaik untuk seseorang melakukan apa-apa amalan soleh.
Berikut dalil dan perbincangan;
1. Dinyatakan Dalam Surah Al-Fajr
Firman Allah dalam Surah al-Fajr ayat 1-2: وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2)
(maksudnya: Demi waktu fajar. Dan (demi) malam-malam yang sepuluh)
Menurut Ibn ‘Abbas, Abdullah bin al-Zubair, Mujahid dan ramai kalangan ulama salaf dan khalaf bahawa yang dimaksudkan dengan sepuluh malam dalam di ayat ialah sepuluh hari (awal) Zul Hijjah (lihat: Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, 2/593. Dar Tibah).
Apabila Allah bersumpah dengan sepuluh hari Zulhijjah tersebut, pasti ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari awal Zulhijjah)”. Mereka bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allah?”. Jawab Rasulullah s.a.w: Sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (berjuang) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikit” (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi -lafaz di atas adalah lafaz al-Tirmizi- , Abu Daud, Ibn Majah).
Dalam riwayat al-Darimi (berstatus hasan) daripada Ibn ‘Abbas, lafaz hadis seperti berikut:
“Tiada amalan yang lebih mulia di sisi Allah dan lebih besar pahala daripada kebaikan yang seseorang lakukan pada sepuluh hari Adha (sepuluh hari awal Zulhijjah).”
Berdasarkan hadis di atas, maka sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk kita melakukan amalan soleh. Pahala yang dijanjikan paling banyak.
3.Dikatakan Amalan Soleh Waktu Siang 10 Hari Zulhijjah Lebih Baik Dari 10 Hari Terakhir Ramadan
Para ulama berbincang, apakah hadis ini menunjukkan sepuluh hari Zulhijjah itu lebih afdal dari sepuluh hari terakhir Ramadan?
Dalam menilai hal ini, para ulama berbeza pendapat, ada yang berpendapat amalan soleh semasa sepuluh hari awal Zulhijjah ini lebih afdal dari semua hari termasuk sepuluh akhir Ramadan. Ada pula yang mempertahankan sepuluh akhir Ramadan itu lebih afdal.
Hasil dari perbahasan mereka, ada yang mentarjihkan bahawa amalan soleh pada waktu siang hari semasa sepuluh hari awal Zulhijjah lebih baik daripada semua hari termasuk sepuluh hari akhir Ramadan. Sementara amalan soleh pada malam hari sepuluh akhir Ramadan lebih afdal dibandingkan semua malam termasuk sepuluh malam akhir Zulhijjah. Alasan mereka kerana pada malam sepuluh akhir Ramadan terdapat Lailatul Qadar yang merupakan malam yang terbaik. Sementara pada siang sepuluh hari awal Zulhijjah terdapat Hari Arafah yang merupakan hari yang terbaik (sila lihat: ‘Ali al-Qari, Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih, 3/1082. Beirut: Dar al-Fikr) .
4.Terkumpulnya Ibadah-Ibadah Utama
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berpendapat keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah kerana terkumpul padanya segala ibadah-ibadah utama; solat, puasa, sedekah (zakat) dan haji. Ini tidak terdapat pada waktu yang lain (lihat: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 2/459. Beirut: Dar al-Ma’rifah).
Maka, sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan satu tempoh yang mana manusia beribadah kepada Allah dalam segala bentuknya. Ia benar-benar satu tempoh waktu pelbagai ibadah dipersembahkan oleh sekelian para hamba yang soleh. Allah merahmati waktu tersebut dengan memberikan ganjaran yang besar kepada apa sahaja amalan soleh yang dilakukan semasa sepuluh hari berkenaan.
5. Hari Yang Paling Besar Ganjarannya
Apapun yang jelasnya, hadis Nabi s.a.w tersebut menggalakan amalan soleh pada sepuluh hari awal Zulhijjah. Amalan soleh pada hari-hari tersebut paling disukai di sisi Allah serta paling besar ganjarannya dibandingkan hari-hari yang lain. Perkataan ‘amalan soleh’ itu merangkupi segala perbuatan baik yang disukai Allah. Ini termasuk solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, tahmid, takbir, tahlil, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan dan seumpamanya.
Maka, semasa tempoh sepuluh hari awal Zulhijjah ini marilah kita berusaha bersungguh-sungguh melakukan amalan yang mendapat pahala di sisi Allah. Demikian kita wajar menjauhkan diri dari dosa sebagai menghormati hari-hari yang Allah muliakan. Kita berusaha membanyakkan ibadah dan apa sahaja amalan baik. Ini kerana, semasa pahala meningkat, semasa itu amalan patut meningkat. Maka bergandalah amalan yang banyak dengan pahala yang besar.
Amalan yang wajib atau fardu kita perbaiki dan perindahkan. Maka bukan sahaja solat fardu, tetapi secara berjamaah. Demikian kita boleh membayar zakat wajib dalam tempoh ini. Meningkatkan berbuat baik kepada ibubapa, mengukuhkan lagi tarbiah untuk keluarga dan mereka yang menjadi tanggung jawab kita. Melakukan Amar Makruf dan Nahi Munkar dengan cara yang lebih baik.
Sementara amalan sunat ataupun nafilah seperti puasa sunat boleh dilakukan semasa sepuluh hari tersebut, apatahlagi pada Hari Arafah. Demikianlah membaca al-Quran, beristighfar, berdoa, bersedekah, membantu yang memerlukan dan seterusnya apa sahaja amalan yang baik di sisi Allah, samada antara kita dengan Allah ataupun antara kita sesama hamba-hamba Allah yang lain.
Kesimpulannya, sepuluh hari ini bagaikan pesta amalan soleh yang kita wajar penuhi setiap detik di dalamnya. Ia merupakan peluang pahala paling besar yang Allah berikan kepada kita semua. Marilah kita berusaha merebut peluang yang hebat ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, sama-samalah kita mempertingkatkan amalan dan merebut ganjaran pahala pada 10 hari awal ZuIhijjah ini.
Rasa cinta pada negara dan tanah air boleh dizahirkan dengan pelbagai cara. Atas sebab ini, seorang ibu di Indonesia ternyata cukup kreatif telah menamakan empat daripada enam nama anak-anaknya dengan Indo, Nesia, Tanna, Air. Lebih istimewa apabila nama-nama ini digabungkan ia menjadi “Indonesia Tanah Air”.
Demi Cinta Pada Negara
Empat adik-beradik di Indonesia mengundang perhatian netizen selepas mendedahkan mereka diberi nama Indo, Nesia, Tanna dan Air oleh ibu mereka, lapor portal berita Okezone semalam.
Berdasarkan hantaran tular di Twitter, salah seorang daripada mereka memberitahu, nama tersebut diberikan oleh si ibu demi cinta pada negara.
“Ibu yang memberikan nama-nama kami disebabkan rasa cintanya kepada negara.
“Kalau nama kami digabung, ia menjadi Indo-Nesia-Tanna-Air (Indonesia Tanah Air),” demikian menurut keterangan video tersebut.
Mempunyai Nama Lain
Namun, nama keempat-empat mereka bukan sekadar terdiri daripada satu perkataan kerana ia turut mempunyai nama lain.
Berdasarkan klip video berlainan yang disiarkan di laman TikTok, Nesia ialah anak ketiga yang memiliki nama sebenar Nesia Rosalina.
Ia diikuti dengan Tanna yang bernama Tanna Dewi Shanti, anak kelima pula dinamakan Indo Apriansyah serta si bongsu bernama Airna Fitria Bonia.
Keunikan nama empat beradik itu mendapat perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen.
“Nama yang sangat berjiwa nasionalisme dan berkuasa,” kata seorang pengguna laman sosial.
“Jiwa nasionalis saya sudah bangkit. Nama anak saya nanti adalah Mega dan Wati (bekas presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri),” kata netizen lain.
Menarik sungguh perkongsian pengacara terkenal Fara Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil tentang duit celah rumah ini.
Sebab, idea simpan duit celah rumah ini memang mak-mak suka buat. Sambil mengemas, memasak, membasuh pun boleh selit duit buat simpanan.
Haa.. jangan tak tahu. Bila dah lama kumpul, kira balik hasilnya memang boleh buat mak-mak teruja.
Kongsi Fara di instagramnya, duit syiling dalam rumahnya ini dijumpai di mana-mana saja tempat rare dalam rumahnya.
“Tepi cushion, dalam poket baju, bag yang dah lama tak pakai, dalam mesin basuh, paling rare dalam fridge .. apo?! hahaha”
Betul-betul rare tempat duit syiling itu dijumpai. Mak-mak pun tentu ada pengalaman yang sama.
Kata Fara lagi, “tempat rare korang jumpa syiling kat rumah cer bagitau kat mana.”
Sempat lagi Fara selitkan nota ini, “abaikan jarum peniti tu. orang pompuan memang macam gitu, beli la 10 kotak konon lepas bukak tudung senang nak cucuk .. mmm takde maknanya.”
Hasil Tangkapan Duit Celah Rumah
Akui Fara, biarpun hasilnya sikit pada sesetengah orang, tetapi tidak pada yang lain. Dan ketika ini, Fara sedang fikirkan nak buat apa dengan duit syiling tersebut.
“Dari dalam balang, tepi mesin basuh, dalam laci dan peti sejuk je ni.”
Hasilnya,
5 sen : RM 7 10 sen : RM62 20 sen : RM114 50 sen : RM115
“Tengah fikir nak buat apa.. should i share? tapi sikit.. pada korang mungkin, tidak pada yang lain.” Menerusi ruangan komen, Fara juga maklumkan ambil masa setengah hari untuk mengira duit tabungannya itu.
MW :Nak-nak hujung tahun ni, dah boleh kira duit selit celah rumah. Bolehlah simpan atau buat top up beli barang sekolah anak.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...