Hancur hati ini, luahan adik Fatin kehilangan ibu ayah lepas daftar kolej matrikulasi undang sebak.
Saat diuji dengan kehilangan kedua ibu bapa secara serentak adalah ujian paling perit buat seorang anak. Apatah lagi ia pemergian secara mengejut. Luahan adik Fatin Syafika yang kehilangan ibu ayah terlibat kemalangan maut selepas menghantarnya daftar Kolej Matrikulasi Perak mengundang sebak ramai.
Hancur Hati Ini
Kemalangan menimpa ibu ayahnya dilaporkan berlaku di Kilometer 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu petang isnin selepas kereta jenis Proton Perdana yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ketika dalam perjalanan menghantar barangan kepadanya di kolej.
Beginilah kenderaan dinaiki ibu ayahnya yang terlibat kemalangan ketika ingin menghantar barangan kepadanya selepas pendaftaran di kolej matrikulasi
Luahan Adik Fatin Kehilangan Ibu Ayah Lepas Daftar Kolej Matrikulasi Undang Sebak
Dalam kejadian menyedihkan ini, selepas menghantar Fatin ke kolej, Mohd Ramddan Abd Rahim, 44, dan isterinya, Kisdalliana Saad, 43 serta ibu Mohd Ramddan, Noraini Ahmad, 63, serta anak pasangan itu yang berusia tujuh tahun, Nur Fatihah Najihah Mohd Ramddan keluar membeli barang.
“Mereka kemudiannya (ingin) kembali semula ke kolej matrikulasi berkenaan untuk menghantar barang yang dibeli namun sampai (dalam perjalanan) di tempat kejadian, kemalangan itu berlaku.
Ads
Ibu bapanya terkorban di tempat kejadian sementara nenek dan adiknya cedera parah dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Dalam pada itu, dilihat adik Fatin berkongsi keratan akhbar kejadian, ibu ayah yang di dalam usungan keranda dan menulis, “hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku bila sampai ke tempat kejadian tadi. Tak pe aku redha, kuat demi adik-adik aku” kata anak sulung ini yang mana video di muat naiknya telah ditonton lebih 1.4 juta orang. Ramai menzahirkan rasa simpati atas ujian dihadapinya dan semoga dirinya kuat menghadapi dugaan ini.
Walau perjalanan kisahnya akan jadi berbeza pada usia remaja begini namun didoakan dirinya berjaya dalam pendidikan dan mampu menjaga adik-adiknya kelak, aamiin. Sumber:- Tik Tok Fatin
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Beri perhatian pencapaian positif anak, fokus bina kekuatan dalam dirinya akan jadi pendorong anak terus maju dan cemerlang dalam hidupnya. Lumrah anak-anak dalam membesar, pasti ada sikapnya yang kurang menyenangkan hati mak ayah. Bahkan ada juga anak yang ‘tersalah langkah’ dalam proses pembesaran ini.
Sebagai mak ayah apabila anak melakukan kesilapan atau tersalah langkah jangan mudah menghukum anak. Sebaliknya berilah perhatian pada pencapaian positif yang anak ada. Malah turut fokus bina kekuatan yang ada dalam diri anak, kerana ia mampu menjadi pendorong anak supaya terus maju.
Semasa saya di tingkatan 4, saya pernah kena gantung sekolah sebab dicekup oleh warden asrama ketika sedang menjual rokok. “Caught redhanded”, kata orang putih.
Setelah hukuman dijatuhkan, maka Ayah perlu ambil saya dari asrama untuk pulang. Saya punya takut nak berhadapan dengan Ayah, sampai 4-5 kali pergi tandas. Sampai dah tak ada air kencing nak keluar.
Bila Ayah sampai, saya naik kereta dan membatukan diri. Jantung saya berdegup seolah ia menendang-nendang dinding dada saya.
“Banyak untung?” soal Ayah. Suara dia serius. Ayah jeling padanya sekilas pandang. Matanya tertancap pada jalan raya, tapi saya rasakan seolah-olah matanya terjegil memandang saya.
“Tak berapa.” jawab saya.
“Kalau tak berapa untung, buat apa jual?” kata Ayah.
“Sebab benda tu je yang mudah nak jual,” balas saya.
Selepas itu, perbualan kami dah kurang tegang. Ayah cerita pasal bagaimana susah dia nak mulakan bisnes, Dia kongsi cara simpan duit, cara tambat hati klien. Cerita tentang visi dia, perancang dia untuk masa depan. A-Z tentang bisnes.
Sepanjang perjalanan ke rumah yang mengambil masa 1 jam lebih itu. Sedikit pun Ayah tak sentuh tentang keburukan rokok atau kebodohan tindakan saya menjual barang terlarang.
Saya tahu Ayah tak suka saya jual rokok, tapi dia lebih tumpukan perbualan kami kepada perkara yang kami berdua suka, iaitu bisnes. Dia lebih memberi perhatian kepada perkara positif yang dia lihat ada dalam diri saya.
Dia sokong. Dia puji. Dia beri galakan. Akhir sekali baru dia kata “Ayah tak kisah kau nak meniaga, tapi jual benda lainlah.”
Lepas naik sekolah semula. Kalian tahu apa yang saya jual?
Zaman tu pelajar tak mampu beli telefon bimbit. Jadi kena guna telefon awam. Masalahnya, kena tunggu giliran nak guna telefon awam sangat panjang. Jadi saya sediakan servis untuk menelefon awek di asrama puteri.
Gunakan duit untung jual rokok, saya beli 2 buah telefon bimbit. Satu saya pegang, satu lagi saya suruh ejen saya di asrama puteri pegang. Kalau ada pelajar lelaki nak telefon awek, saya telefon ejen saya dan suruh dia sampaikan pada penerima panggilan.
Saya caj panggilan tu per minit.
Tak lama lepas tu, saya mula menjual telefon bimbit terpakai pula. Lepas tu jadi tauke prepaid pula. Bisnes aaya berkembang sampai saya ada 4 buah telefon bimbit. Zaman tu, kalau ada sebuah telefon bimbit pun dah kira boleh bongkak. Inikan pula ada 4.
Malangnya, pada ketika itu memiliki telefon bimbit di asrama adalah satu kesalahan.3 daripada 4 telefon bimbit saya tu akhirnya kena rampas semasa “spot check” besar-besaran dibuat. Maka berakhirlah zaman kegemilangan saya sebagai kartel telefon bimbit.
Apapun, saya sebenarnya kongsi cerita ni untuk beritahu, cara Ayah tangani masalah saya tu adalah cara yang saya rasa sangat bagus.
Fokus pada bina kekuatan anak. Beri perhatian. Pupuk kekuatan itu sehingga ia jadi pendorong ia untuk terus maju. Apabila anak mendapat perhatian pada sesuatu positif yang dia lakukan, lama-lama dia akan tinggalkan perkara negatif.
Maka, berilah perhatian kepada pencapaian positif anak-anak. Tumpukan pada kekuatan mereka. InsyaAllah mereka akan menjadi insan-insan yang cemerlang di masa hadapan.
Berkat tunjuk ajar dan sokongan Ayah saya dulu, kini saya seorang doktor dan usahawan, ada 4 Pusat Rehabilitasi, 1 rumah penerbitan buku, dan beberapa bisnes lain yang sedang diusahakan.
Terima kasih, Ayah. Tak terbalas jasamu. Semoga Ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
Ikhlas, anakmu
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor/Penulis/Usahawan
*Saya pasti akan rindu komen Ayah disetiap posting Facebook saya. Ayah saya adalah my biggest Top Fan.
Mingguan Wanita: Ada benarnya. Sebagai mak ayah apabila anak melakukan kesilapan atau tersilap langkah, janganlah mudah menghukum. Sebaliknya berilah perhatian pada pencapaian positif yang anak ada. Malah turut fokus bina kekuatan yang ada dalam diri anak, kerana ia mampu menjadi pendorong anak supaya terus maju.
Memiliki gelaran ratu cantik, dikelilingi kehidupan penuh glamor dan dikenali ramai menjadi impian bagi sesetengah wanita. Namun, bagi bekas Ratu Cantik, Oanh Yen yang pernah memenangi beberapa pertandingan seperti Miss Vietnam 2008, Miss Vietnam World 2010 dan Queen of Beauty World 2019 di Korea kini memilih hidup bersederhana bersama mak ayah, suami dan enam anaknya di kampung sebagai petani.
Menerusi laporan Wolipop, selepas berpindah ke kampung, penampilan figura itu berubah dari memakai makeup tebal dan bergaya kepada hanya memakai makeup nipis yang cukup minimalis dan juga berpakaian biasa.
Walaupun sudah meninggalkan dunia glamor tetapi peminat boleh melihat kehidupannya melalui media sosialnya. Dapat dilihat, figura itu masih mengekalkan bentuk badan walaupun sudah memiliki 6 orang anak.
Menariknya, meskipun memegang gelaran ratu cantik antarabangsa, Oanh Yen jarang bercakap mengenai kehidupan peribadinya. Untuk rekod, wanita ini menghabiskan masanya dengan bercucuk tanam menguruskan 4 hektar kebun sayur sayuran, selain menjaga anak-anaknya di rumah.
Tampak kebahagiaan dan ketenangan di wajah wanita beranak 6 ini, meskipun memilih kehidupan sederhana di kampung halaman dan bercucuk tanam.
Wanita warga emas ditahan simbah asid pada suami isteri, angkara dengki kedai makan laris. Entah apa yang bermain di fikiran seorang wanita warga emas apabila bertindak kejam menyimbah asid pada suami isteri dan anak mereka yang memasuk lif baru ini.
Akibat dendam, dengki atau ada hal yang tidak puas hati membuatkan dirinya nekad dengan tindakannya tersebut. Malangnya perbuatan itu berjaya dikesan pihak berkuasa dan dirinya berjaya ditahan petang semalam.
Memetik laporan Berita Harian, seorang wanita warga emas disyaki menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri dan anak mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an ditahan jam 4.20 petang tadi.
“Tangkapan sudah dibuat ke atas suspek terlibat namun punca kejadian kita akan cuba dapatkan selepas permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, esok,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu media melaporkan, seorang warga emas bersama suami dan anaknya yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini baru-baru ini.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.
Video berkenaan memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa semasa mereka sekeluarga sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.