Sebaknya melihat dua anak perempuan berusia 12 dan 6 tahun ini. Kehilangan ibu selepas beberapa jam ibu melahirkan adik lelaki mereka. Malah, dalam video call terakhir ibu ini maklumkan bahawa bayi lelaki itulah hadiah terakhir untuk suaminya.
Kisah pengorbanan seorang isteri ini dikongsikan oleh drsuffiahany ketika memberi penghormatan terakhir untuk arwah di Tanah Perkuburan Islam Kg. Changkat, Gombak.
Kongsinya,
Pengorbanan….apakah erti pengorbanan sebenar?
Pagi ini saya dikejutkan dengan kepergian seorang wanita… seorang isteri dan seorang ibu…. melahirkan anak melalui pembedahan di HKL kerana komplikasi uri rendah.
Baru semalam melahirkan tetapi perjuangan seorang ibu hanya sampai ketika pagi ni sahaja. Beliau dijemput kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan bayi yang berusia beberapa jam.
Dua anak perempuan berusia 12 dan 6 tahun. Dan yang paling sedih seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan seorang yang baik.
Sampainya saya di surau, jenazah selesai disolatkan. Saya memeluk anak-anak kecil ni. Tak tertahan air mata ini sambil membaca yassin. Yang kakak memahami dan menangis kesedihan melihat jasad ibu yang terkujur kaku.
20 Hari Tak Dapat Peluk, Akhirnya Jasad Ibu Yang Pulang
‘Mak tengah tidur’ Itulah kata-kata yang diucapkan oleh si comel berusia 6 tahun. Ya Allah… sedihnya saya mendengar lontaran kata-kata si comel yang tak memahami apa yang sedang berlaku.
Yang menyedihkan sudah 20 hari mereka tidak dapat memeluk mak mereka kerana ditahan di hospital selama 20 hari. Dan suami juga tidak dapat membisikkan dua kalimah syahadah di saat hembusan nafas terakhir.
Ibu anak 10 meninggal selepas 11 hari melahirkan bayi perempuan dinantikan.
Hadiah Terakhir Untuk Suami
Sehari sebelum operation, arwah membuat video call dengan Ina (teman baik) dan arwah menyatakan ini lah hadiah terakhir buat suami. Kerana dapat bayi lelaki dan selepas ini arwah tak mahu lagi beranak. Rupanya inilah hadiah terakhir yang sangat berharga buat suami.
Kepada saudara sa’ie dan anak-anak.. bertabahlah menempuh kehidupan yang mendatang tanpa isteri dan ibu kepada anak-anakmu… Setiap apa yang berlaku ada hikmah yang akan diberikan kepada sa’ie dan keluarga.
Allahyarhamah Jumriyah… tenanglah di sana… semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman….Al-Fatihah
سَلَٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ
Apa kah maksud pergorbanan? Nak menjalani kehidupan tanpa isteri membesarkan anak-anak… mengambil masa untuk kuatkan mental dan terima kenyataan.
Apa pendapat anda? menjadi bapa dan ibu sekaligus kepada anak-anak. Jom kita bagi kekuatan dan kata-kata semangat buat saudara sa’ie.
سَلَٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ
MW : Al Fatihah.. semoga Allahyarham Jumriyah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan Allah memberi ketenangan hati buat suami dan anak-anaknya.
Sumber/Foto : drsuffiahany
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI