Kata guru ini, Mohamad Hakim, ‘mencuri’ yang satu ini dibenarkan. Dan ini panduan bantu guru-guru lain malah mak ayah untuk terangkan pada anak murid yang bakal menduduki ujian Matematik Kertas 2 dalam UPSR tak lama lagi.
Fahamkan 4 tip ini betul-betul ya.
4 Tip Mencuri Markah Dalam Ujian Matematik UPSR (Kertas 2)
Kertas 2 bagi subjek Matematik UPSR biasanya akan hadir dengan 1 / 2 / 3 / 4 markah bagi satu-satu soalan.
Jenis-jenis arahan.
Nyatakan – 1 markah ke 2 markah
Hitung – 2 markah ke 4 markah
Bina – 2 markah ke 4 markah
Lorekkan – 1 markah ke 3 markah
Ini adalah antara arahan yang biasa digunakan dalam soalan Matematik.
Nyatakan. Kebiasaannya tidak perlu jalan kira. Tuliskan sahaja dan biasanya soalan ini membawa 1 markah.
Hitung. Pasti melibatkan pengiraan dan jalan kerja. Dengan adanya ayat matematik yang betul sekalipuan akan memberi satu markah kepada calon. Walaupun jawapannya salah.
Serius.
Ayat matematik yang betul akan diberikan markah walaupun jawapannya salah.
Ads
Bina. Calon perlu membina atau mencipta sesuatu. Contohnya bina jadual dan graf. Biasanya bentuk soalan begini membawa markah yang besar dari 2 markah ke 4 markah.
Lorekkan. Arahan yang mudah. Calon hanya perlu melorekkan gambar rajah mengikut maklumat yang diberikan. Biasanya soalan begini membawa 1 markah ke 2 markah.
2. Fahamkan Kehendak Soalan
Siapa nama kamu?
Hakim. Tapi masih ada juga murid yang memberikan nama ayah ataupun ibu mereka. Inilah perumpamaannya.
Isunya adalah murid tidak memahami kehendak soalan.
Dimintakan pecahan yang mewakili kawasan tidak berlorek, tetapi murid memberikan jawapan bagi kawasan yang berlorek.
Rugi!
Ads
Calon tahu. Tapi kecuaian menyebabkan mereka kehilangan markah.
3. Menghafal Jadual Penukaran Unit
Jadual penukaran unit ini akan sangat membantu. Bukan sahaja mencuri markah dalam ujian, tapi dapat menjimatkan masa.
Betul. Subjek Matematik memerlukan jalan kira dan bukti pengiraan.
Contohnya, 1/2 jam = 30 minit.
Adakah ianya memerlukan jalan kira? Tidak. Penanda beranggapan bahawa calon tahu akan perkaitannya. Maka, tidak ada sebarang masalah di sini.
Ads
4. Memilih Operasi Yang Betul
Masalah besar calon adalah mereka tidak memahami konteks dan kehendak soalan.
Jika murid dapat memahami konteks soalan, murid akan dapat memilih operasi yang betul. Secara tak langsung, untuk soalan yang melibatkan 2 jalan kerja, sekurangnya calon dapat markah pada 1 jalan kerja.
Terutamanya buat calon yang lemah dan sederhana penguasaanya dalam matematik.
Mudah kata, jika soalan KBAT itu membawa 4 markah, paling kurang calon boleh dapat sekurangnya 2 markah dengan mudah.
Jangan hilang kesemuanya.
Begitulah.
Walaupun jawapannya akhirnya salah, tapi proses pengiraan dan jalan kerja akan membantu murid untuk mencuri markah.
Tak apa. Mencuri yang ini memang tak salah. Tak berdosa.
Macam saya curi hati awak lah.
MW : Semoga anak-anak yang bakal menduduki ujian peperiksaan UPSR kelak dapat menjawab setiap ujian dengan tenang.
Pemergian Tan Sri Ahmad Nawab, hilangnya sebutir bintang. Al-Fatihah dan salam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Negara kehilangan seorang lagi lagenda permata industri muzik tanah air iaitu Tan Sri Datuk Seri Dr Ahmad Khan Bin Nawab Khan atau lebih popular dengan nama pentasnya Ahmad Nawab.
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3.30 petang di kediaman beliau pada usia 92 tahun akibat komplikasi sakit tua.
Pemergian Tan Sri Ahmad Nawab Hilangnya Sebutir Bintang
Ahmad Nawab dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1932, merupakan seorang komposer muzik yang terkenal di Malaysia dan masih lagi bergiat aktif dalam penggubahan lagu sehingga ke hari ini.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, beliau telah menghasilkan lebih 200 buah album yang didendangkan oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang popular dan berbakat besar antaranya ialah Uji Rashid, Broery Marantika, Hetty Kos Endang, Dato’ Khatijah Ibrahim, Sudirman Hj Arshad, Ramlah Ram dan banyak lagi.
Beliau yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, telah memenangi banyak anugerah dan antaranya Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980.
Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab juga pernah diberikan penganugerahan tertinggi sebagai “Seniman Negara ke-7” pada tahun 2006.
Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Ahmad Nawab telah menghasilkan lebih 2000 buah lagu sejak pembabitannya dalam industri muzik tanah air bermula tahun 1950.
Pengalaman Luas Dalam Industri Muzik Tempatan Dan Antarabangsa
Jenazah kini berada dirumah beliau di Taman Melewar dan akan dibawa ke surau berhampiran rumah beliau esok pagi bagi urusan mandi dan kafan sebelum dijangka dikebumikan sekitar jam 10 pagi esok (25 November 2024) di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah jam 10 pagi. Seluruh negara berdukacita atas pemergian arwah ke negeri abadi.
Seperti mana kiriman mesej yang diterima daripada Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah menyatakan Allahyarham merupakan tokoh yang tidak ada tolok bandingnya.
“Seniman menyifatkan beliau sebagai tokoh lagenda industri muzik yang sangat berpengalaman luas dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa.
“Kehilangan ini pasti akan dirasai oleh seluruh pemain industri muzik dan filem negara.
“Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan disyurga,” kata Hafiz mewakili Seniman.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Realiti gaji jurutera di Malaysia, lelaki kongsi graduan luar negara peroleh basic RM2400. Jika ramai mak-mak mahukan calon menantu berkerjaya jurutera dan memandang rendah mereka yang bekerja dalam bidang retail, rasanya hal ini perlu difikir sedalamnya.
Malah kalau beranggapan gaji jurutera juga adalah tinggi dan memakai kereta berjenama setidaknya H, hal ini juga perlu difikirkan sedalamnya oleh para gadis kerana pendedahan dari Muhammad Faris Abdullah yang berkongsi gaji diperolehnya sebagai jurutera pasti menukar persepsi bahawa gaji tidaklah selebat mana.
Realiti Gaji Jurutera Di Malaysia
Dalam satu perkongsian yang tular di media sosial, Muhammad Faris menyertakan slip gaji sebagai bukti gaji diperolehnya iaitu gaji permulaan RM2400 walau memiliki ijazah dari luar negara. Jelas satu fakta yang menakutkan bagi anak muda yang mungkin memiliki ijazah kejuruteraan bahawa mereka tidak boleh demand gaji tinggi.
Katanya, antara gaji permulaan terlampau rendah seakan tidak berbaloi dengan kesukaran belajar serta pinjaman pendidikan lebih RM500,000 yang perlu dibayar kepada MARA.
Lelaki Kongsi Graduan Lulusan Luar Negara Peroleh Basic RM2400
Bacalah perkongsiannya :-
Cikgu pencen awal sebelum tarikh wajib bersara.
Graduate Australia UK US Engineer di Malaysia pencen awal sebelum mula bekerja.
Kami belajar luar negara belajar engineering pakai duit rakyat pergi Australia habis hampir RM500,000. Setengah juta tu untuk satu orang budak.
Bayangkanlah saya dulu graduate engineering Australia kerja swasta kena kerah 6 hari bekerja gaji basic 2400. Tingtong² bersih 2000 je. Hina betul budak xde SPM keja retail pun gaji bersih 3k.
Slip gaji RM2400 diperolehnya pada tahun 2021 dilihat tidak berbaloi dan amat menyedihkan realiti pekerjaan jurutera di Malaysia.
Ramai kawan² saya bersara pencen awal dari jadi engineer last² jadi agen jualan. Macam² lah tak perlu saya sebut. Lagi untung kerja santai duit masyuk hari² tayang harta jalan² luar negara.
Saya kerja engineer di Malaysia hari² kira duit sen² sahaja.
Negara rugi budak² bijak pandai belajar engineering luar negara last² balik Malaysia kerja jadi agen jualan. Mana taknya gaji permulaan engineer rendah sangat. Itu yang ramai lari baik jadi agen jualan.
Negara rugi habis berjuta wang rakyat duit MARA ingatkan dapatlah pertukaran teknologi dari negara luar rupanya balik tak jadi engineer.
Kalau saya jadi pengerusi MARA saya tak tahu mana nak letak muka saya.
Untuk pelajar tajaan mara dimasa hadapan cubalah ikat mereka kena juga kerja jadi engineer. Kalau gaji rendah supps la sebulan 500 ke latih budak² graduate engineering luar negara ini setahun dua sampai jadi pakar. Buat joint venture dengan MNC/Big company hantar budak² ni ke sana.
Bukannya balik Malaysia kerja jadi agen jualan. Sayang semuanya budak pandai tapi demotivate dengan gaji yang rendah. Siapa tak koyak gaji 2k sahaja.
Sedihnya jadi engineer di Malaysia. Patutlah abang Hei wassap guys pun pencen awal dari kerja engineer bukak business sendiri lagi untonnggggh.
Status Agama Dua Beradik Lemas Belum Dikenalpasti – Suspek Dakwa Sudah Diislamkan Di Kelantan Tapi…Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersedia menguruskan jenazah dua beradik yang maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terhumban ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, Khamis lalu, namun perkara itu bergantung kepada pengesahan status agama mangsa.
Status Agama Dua Beradik Lemas Belum Dikenalpasti
Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah memaklumkan pihaknya menerima permintaan daripada polis untuk membuat semakan kerana nama pada dokumen rasmi mangsa menunjukkan identiti berbangsa Cina.
Suspek Dakwa Sudah Diislamkan Di Kelantan Tapi…
Menurut beliau, bapa kepada kanak-kanak tersebut mendakwa mereka telah memeluk Islam di Kelantan, namun semakan bersama Jabatan Agama Islam Kelantan serta rekod dalaman JHEAINS tidak menemui sebarang catatan pengislaman mereka.
“Setakat ini, kita hanya bergantung pada pengakuan bapa mangsa. Kita minta beliau membuat kenyataan bertulis kepada pihak polis untuk dijadikan asas tindakan. Selepas mendapat pengesahan rasmi daripada polis, barulah urusan pengkebumian boleh dilaksanakan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, pihak ibu kandung mangsa yang difahamkan berlainan agama juga diminta membuat laporan polis bagi menguatkan pengesahan berhubung status kedua-dua anak tersebut.
“Dokumen laporan polis itu akan menjadi rujukan utama bagi membolehkan JHEAINS menguruskan jenazah mengikut syariat Islam,” katanya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bahawa ketika proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Port Dickson, tiada ahli keluarga atau waris tampil menguruskan jenazah berkenaan, malah suasana di lokasi kelihatan sunyi kecuali kehadiran beberapa pengamal media.
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.