Guna ‘Teknik Autolyse’, Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Jadi DONUT Gebu Ada Ring! Nak buat donut memang ada pelbagai resipi dan tekniknya.’Teknik Autolyse’ ini antara yang boleh dicuba, donut kekal gebu dan lembut walaupun dah 2 hari.
Berbanding menggunakan tepung berprotien tinggi (High protien) untuk mendapatkan hasil donut yang gebu dan lembut, sebenarnya mak-mak boleh cuba teknik yang dikongsikan ini juga.
Buat sendiri donut memang puas hati, lebih jimat memandangkan anak-anak pun suka kuih ni.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Rahmah Rosmin ini sebagai panduan;
Guna 100 peratus tepung gandum biasa pun boleh jadi donut gebu ada ring. Yang penting uli doh sampai elastik. Nak mudah dapat doh elastik guna teknik autolyse.
Mula-mula uli semua bahan tanpa yis. Selepas ulian pertama masukkan doh dalam peti ais kejap dalam 15-30 min (lebih masa pun takpe).Kemudian masukkan yis dan uli lagi.
Hari ini guna tepung gandum bakers choice, guna cap rose pun ok. 2 hari pun masih lembut, yang penting simpan daalm bekas kedap udara.
Resepi dan cara lebih kurang sama je macam donut lain..bagi sis lebih suka guna tepung gandum dari tepung High Protien sebab rasanya lebih kurang macam donut kampung tak rasa macam roti. Ikut selera masing-masing la kan.
Ads
Bahan-Bahan:
2 cawan ( 250g ) tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh pelembut roti ( jika takde boleh gantikan dengan baking powder )
1 sudu besar (30g ) marjerin
Secubit garam
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan dahulu bahan cecair diikuti bahan-bahan kering kecuali yis.
2. Uli hingga habis masa (20 min).
3. Habis ulian pertama masukkan adunan ke dalam bekas bertutup dan rehatkan doh dalam freezer selama lebih kurang 15 min.
4. Cukup 15 min keluarkan doh,masukkan yis kering dan uli sekali lagi hingga habis masa (20 min).
6. Selepas habis ulian kedua timbang doh dan rounding.
7. Siap rounding rehatkan doh 15 -20 min. Kemudian leperkan sedikit doh dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol pun boleh.
8. Perap selama 30-40 min sehingga donut ringan ( bergantung pada keadaan).
9. Goreng guna api perlahan sahaja, balikkan sekali sahaja setiap bahagian supaya tak serap minyak.
Ads
Info Ekstra!
Saya uli guna breadmaker.
Untuk dapatkan doh yang elastik buat 2x uli..tapi kalau guna mixer heavy duty memadai sekali uli sahaja.
Yis terus letak tak perlu buihkan terlebih dahulu.
Resepi donut mana-mana pun lebih kurang sama je..cuma kita kena rajin practice untuk dapatkan hasil yang diinginkan..jangan cepat putus asa..itu yang penting.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat donut guna ‘Teknik Autolyse’ ni, tepung gandum biasa pun boleh hadi Donut gebu ada ‘ring, boleh buat untuk minum petang nanti.
“Mesti ramai yang suka kan. Sempoi simple aje tapi dia punya sedap ya ampunnn. Ada yang panggil ikan lengat sebab kukus tapi saya kukus pun duk panggil ikan rebus juga.
“Cara hidangan, letak ikan rebus dalam cabai picit sedia dinikmati. Kompom korang makan tak boleh berhenti. Jom buat.”
Resipi Ikan Rebus
Bahan-bahan
6 ekor ikan pelaling saiz besar
1 sudu kecil garam halus
Cara Buat
1. Bersihkan ikan dan kemudian lumur dengan garam.
1 mangkuk kecil asam jawa
1 biji limau kasturi – perah ambil jus / limau nipis
20 biji cili api – nak lebihkan lagi silakan
1 biji cili merah besar – diracik halus
25-30gm belacan
3 sudu makan gula pasir
1/2 kecil sudu garam halus – jika perlu untuk sesuaikan rasa
1/2 cawan air – boleh lebihkan
Cara Buat
1. Satukan semua bahan di dalam bekas, kemudian guna jari picit cili dan bahan-bahan lain.
2. Rasa secukup rasa, ada masam, masin, pedas dan ada manis-manis.
Cara Hidangan
Letak ikan rebus dalam cabai picit sedia dinikmati.
Adakalanya buntu juga nak sediakan sarapan pagi atau minum petang untuk seisi keluarga. Yang penting sedap anak-anak suka dan senang nak disediakan. Jika dekat rumah tu ada ‘wraps’ dan daging kisar, mak-mak boleh buat resipi ‘Beef Wraps’ yang mudah dan sangat sedap ni.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Irma April ini sebagai panduan;
Beef wraps.Bungkuih-bungkuih, boh dalam microwave sat bagi cheese btoi-btoi cayaq..Keliaaa… Ajom makan.
Ada dok tanya resepi. Kami tak pandai sangat ikut tekak sendiri ja. Tak tau nak habaq portion resepi tu banyak mana nak guna. Ampa agak-agak sesuai la na.
Bahan-Bahan:
Separuh bungkus Daging kisar (Minced beef) *kami guna brand saudi dalam tiub kecik tu.
5 keping Roti pita (wraps)
1 sudu besar marjerin/butter
1/2 biji Bawang holland
1 biji Cabai benggala (capsicum)
1 sudu besar Gula Perang
Cheese (slice & mozarella)
Bawang putih ni optional. *Cincang halus.
Sos Black pepper
Sos sweet & sour / plum sauce (boleh ganti sos tomato & cili)
Cara Membuat:
1. Panaskan butter/marjerin, masukkan bawang dan tumis sampai agak layu. Selepas itu masukkan gula perang dan kacau sampai jadi macam warna karamel. Orang kampung kami sebut caramelized onion.
2. Kemudian masukkan daging dan kacau-kacau sikit dan masukkan sos black pepper, bbq souce, sweet & sour atau plum sauce. Sos-sos ni kalau takdak ampa balance kan ja dengan gula dan serbuk perasa. Guna sos tomato atau buah tomato pon ok dah. Takyahla nak suruh encik laki ampa pederaih pi beli sos-sos tu pulak satgi lain yang dia beli.
3.Selepas itu dah masuk semua bahan ni kacau-kacau rata next masukkan cabai benggala tu dan terus tutup kuali dalam 3 ke 5 minit macam tu. Pastu siap.
4. Next step susun ja la camni. Saya buat filling ni ngam-ngam untuk 5 biji beef wraps.
5. Dah siap bungkus camni kalau ampa nak makan terus pon boleh kalau nak melt sikit cheese tu boleh masuk sat dalam microwave. Kalau nak garing-garing sikit kulit atas wraps tu boleh sapu butter atau merjerin pastu masuk dalam oven atau lagi mudah masuk dalam air fryer sat. Suhu 160c bakar dalam 3 ke 5 minit. Tepulang pada jenis air fryer masing-masing. Rupa wraps akan lagi cantik la garing-garing merelit gitu.
6.Ni rupa bila dah potong.Saja la nak tunjuk rupa dalam wraps camna hihi.
Selamat Mencuba! Sori na lau tak kena selera dan tekak ampa.. Kami tera-tera tu kena dah la selera.
Sedapnya Puding Pisang Nangka Kuah Kastard ni. Nak buat pun sedap. Sesuai sangat buat sebagai pencuci mulut untuk minum petang. Makan sejuk-sejuk dengan rasa lemak manis kuah kastard. Memang sedap di tekak ni.
Boleh cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Puan Zulaikha Ghazali ini sebagai rujukan;
“Sebab ramai yang ‘PM’ mintak resepi puding pisang ni nahhhh share sini la .Nanti dah buat jangan lupa hulur sebekas.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
1/2 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula pasir
kuning telur
Daun pandan
Kismis
Pisang Nangka
Mentega
Cara Membuat:
1.Masak semua bahan di atas api perlahan kecuali pisang, kismis dan mentega. Dah nampak macam pekat sikit boleh tutup api dan sejukan.
2.Cairkan mentega.
3.Kemudian goreng pisang tu dengan mentega . Bila pisang dah kekuningan tu boleh angkat.
4. Selepas itu, tuangkan sos kastard tadi atas pisang tu . Tabur kismis untuk hiasan .
Yeayy dah boleh makan.
MW: Mudah kan nak buat resipi Puding Pisang Nangka Kuah Kastard ni. Bahan-bahan pun tak banyak. Sedapnya, sesuai buat untuk minum petang.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.