Biasanya kalau setiap kali kita tebuk dinding guna drill (gerudi) akan menyebabkan habuk berterbangan, berterabur jatuh ke lantai. Habis berhabuk satu rumah. Ada juga yang gunakan vacuum sewaktu drill, namun akibatnya vacuum mudah rosak sebab tersumbat dengan habuk-habuk. Sebenarnya kita boleh kurangkan habuk bertaburan di lantai dengan gunakan botol mineral kosong seperti yang dikongsikan oleh Encik Fizi Husain ini.
Ikut tip ini tak payah nak sapu atau bersihkan lantai dengan habuk banyak selepas drill lagi. Lebih mudah dan jimat masa, sebab habuk semua berkumpul dan kurang berterabur.
“Saje share, cara kerja bersih sikit.Nak beli alatnya mahal, sebelum ni letak vakum bawah tu sambil tebuk.Pakat DIY je mudah. Peratus habuk tu dapatlah dikurangkan 80 peratus dari jatuh. Yang ada 20 peratus tu kat dalam lubang, atas lantai.”
Bahan Diperlukan:
Botol Mineral Kosong (saiz 500ml)
Pisau/Gunting
Cara Membuat:
1. Buang plastik minuman pada botol plastik yang kosong.
2. Potong separuh dan secara menyerong seperti dalam gambar.
3. Tebuk lubang pada bahagian atas botol dan masukkan mata gerudi.
4. Halakan pada dinding yang ingin ditebuk dan pastikan botolnya elok melekap bagi mengelakkan habuk jatuh berterabur.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ikut tip yang dikongsikan ini semoga dapat kurangkan habuk yang jatuh ke lantai. Jadi tak perlu beria kita nak sapu dan bersihkan lantai lagi. Selamat Mencuba!
Ruang cuci baju dalam rumah ini, bila bersusun kemas dan cantik, boleh mengundang mood positif pada pemiliknya. Tak perlu ruang yang besar, keluasan sederhana pun jika tuan rumah pandai mendeko akan jadi ruang cuci baju dalam rumah yang comel lagi cantik.
Nur Wahida Fahim berkongsi pengalamannya mendeko ruang halaman belakang rumahnya selain diletakkan mesin basuh untuk mencuci, ruangan itu juga jadi tempat simpan barang. Tak begitu diusik pemilik sejak tahun 2015 lagi. Dengan usaha selama 4 minggu, ruangan itu mejadi ‘laundry area’ yang cantik dekorasinya.
“Masa mula-mula pindah masuk rumah ni tahun 2015 dulu, memang dah buat laundry area pun. Tapi masa tu tak berapa nak kreatif kot, plus anak-anak pun kecik-kecik lagi time tu. So, tak fikir sangat pasal decor-decor ni.
Yang boleh terjadinya Laundry Area ni sebenarnya tanpa dirancang. 3 tahun lepas washing machine problem, water inlet valve tak function. Nak panggil orang repair sampai ke sudah tak panggil.
Jadinya terpaksa lah guna separa auto je. So, nak tak nak terpaksa ubah washing machine ke balcony. Senang.. Kemuncaknya, bulan Ogos aritu spin motor pulak tak function. Maka berhuhu lah cuci tangan je kain baju semua.”
Bulan Sept, ada rezeki lebih sikit Husband ajak pegi beli washing machine baru. So, ikut aje lah. Seminggu lepas order, orang kedai bagitau washing machine lambat lagi nak dapat aka takda stock. Stock delayed sebab Covid19.
Haaaa, disebabkan perkara delay ni lah yang boleh tiba-tiba terjadi dan ter’setup’ terus laundry area ni. Nampak tak? Di sebalik setiap kesulitan pasti ada cerita indah yang menanti, walaupun penat mengemas tu toksah cerita lah. Sementara tunggu washing machine sampai, gigih tu la google itu ini, pastu dok ngemas sorang-sorang. Memang tak bagi langsung anak-anak & Husband campur tangan, diorang tolong buangkan sampah je.
Start kemas : 13 Sept 2020
Siap sepenuhnya : 4 Okt 2020
Tempoh : 4 minggu (hari Ahad je Sis buat keja ni)
Hasilnya, memang puas hati sangatlah walaupun biashe biashe je sebab hasil tangan sendiri kan.
Ni hari pertama start kemas..
Habuk toksah cerita lah. 5 tahun barang-barang tu dok dalam kabinet tu. Memang takda hati nak kemas pun sebelum tu. Ada yang masih ber’sealed’ elok dalam kotak sama macam mula-mula pindah dulu.
Guna 3D Brick Foam Wallpaper (white) untuk dinding
Size : 70×77cm
Price : RM1.99/pcs
Ni beli kat Shopee. Tapi sorry tak boleh nak share link dah sebab kedai ni dah kena banned dengan Shopee. Maybe ada yang report, tak puas hati sebab dia jual murah sangat kot.
Beli 50 pcs, guna tak sampai 20 pcs pun.
Brick foam wallpaper ni, kalau nak cantik kena teliti sikitlah untuk match kan setiap sambungan tu. Lepas tampal kepingan yang pertama, untuk kepingan yang kedua, 1st layer kena gunting buang untuk samakan shape dia. Urmmm, camna tah nak bagitau. Tapi gitulah.
Ni dalam progress lagi. Tengah dok tampal-tampal, orang kedai call bagitau esok nak hantar washing machine.
Apa lagi, laju-laju siapkan tampal wallpaper belah dinding tempat nak letak washing machine dulu. Sebabnya kalau dah letak washing machine, payah dah nak tampal-tampal kat situ kan.. Mujur lah sempat siap sebelum washing machine sampai.
Yesss, seketul Wahida memang sangat gigih.
Washing machine dah sampai, terus test basuh kain tau.
Grass mat tu beli kat Mr Diy. Ada macam-macam jenis kat situ.
Pokok tu beli kat SSF, lama sangat dah. 2 tahun lepas kot. Entah, tak ingat.
Ni kira dah siap lah sebenarnya..
Tapi warna pintu kabinet tu macam tak match pulak dengan tema.
So, let’s tukar dia biar ngam dengan tema.
Tadaaaaaa..
Pintu kabinet dah bertukar, dari merah dah jadi putih.
Mesti ada yang ingat tukar pintu cabinet tu terus kan.
Taklah, tak tukar pintu tu pun.
Banyak pulak bajetnya kan.
Tampal wallpaper je. Corak ala-ala kayu gitu.. Jimat kos. Tak susah pun tampal wallpaper ni, janji teliti je.
Ubah sikit laundry area, puncanya sebab ambik balik pokok skybird yang letak kat tepi washing machine tu. Tak jadi letak situ. Kalau lah washing machine tu boleh bercakap mesti dia kata buruk siku kan. Dah letak ambik balik.
Rasa macam yang ni lagi better, sebab tak payah nak ubah-ubah pokok bila nak buka pintu kabinet tu. So, biarkan je la kosong kat situ. Takde apa nak ubah dah kot, sebab barang-barang pun dah tersusun elok kat situ, tinggal belum tampal label je.
Dan hari ni jugak, buat pertama kalinya Hubby Sis puji laundry area ni ~ “Cantik! Memang cantik! Pandai Eda buat (decor)..”
Berbunga-bunga hati bila Hubby yang puji. Sebelum ni dia senyum je.
Lagi better kan berbanding sebelum ni. Tak nampak crowded sangat tepi washing machine tu.
Suka tengok barang-barang tersusun elok camtu.
Btw ORITA Laundry Detergent tu memang Sis suka sangat.. Baru je beli stock aritu, tetiba Watson buat promo buy 1 free 1 pulak, memang wajib beli buat stock lah.
Tu pun ada lagi 6 botol dalam box, tak muat nak letak semua kat situ.
Ada yang tanya laundry area tu combine sekali dengan kitchen cabinet ke?
Sebenarnya tak..
Laundry area tu yard kat belakang. Sebab rumah ini paling hujung, so ruang tu agak memanjang. Kira luas jugak la untuk rumah jenis sangkar burung ni.
Belakang pintu coklat tu la laundry area Sis. Kiranya terasing lah dari kitchen.
Sekarang ni macam nak makeover kitchen cabinet ni pulak dari black & red jadi all white. Aci tak?
Ni pandangan sebenar dari pintu masuk rumah.
Masuk je rumah, terus dapur.
Yard belakang tu lah buat jadi laundry area.
MW : Kreatif betul. Walaupun ruangan terhad, bila bijak menyusun.. ruang nampak lebih luas dan teratur.
Bila makan mi sup, kue tiaw goreng atau masakan panas lain, rasanya tidak lengkap tanpa cili padi jeruk. Ini yang menambahkan selera sampai habis satu mangkuk pun tak sedar.
Biasanya, kalau nak makan cili jeruk nie, hanya ada kat kedai-kedai makan sahaja. Nak buat sendiri, bimbang tak kena cara atau tak jadi.
Sebenarnya, boleh saja kalau nak buat cili padi jeruk kat rumah. Rajin atau tidak. Kalau buat, dapatlah banyak dan boleh simpan buat stok.
Buuat penggemar cili jeruk ini, Wan Sabariyah Wan Amit ada berkongsi resipi dan cara nak buat. Tak adalah susah sangat pun. Nanti boleh cuba kat rumah.
“Kejadian petang ini. Buat stok cili padi jeruk yang sudah kehabisan di rumah. Memang tahan lama & rangup krup krap krup krap kejadiannya.
Resipinya seperti di bawah.
Sampai rumah mak, terus ke kebun sekangkang kera untuk memetik cili padi.
Kita buang tangkainya dahulu. Saya kurang gemar kalau tangkai berselerak dalam botol.
Rendam seketika dengan air kapur ya (saya rendam dalam 30 minit). Kemudian air kapur tersebut kita buang dan bilas bersih cilinya.
P/s: kapur adalah agen untuk merangupkan cili kita td ya
Celur cili dalam air yang mendidih sehingga layu.
Toskan cili dan ketepikan seketika
Didihkan air, cuka (saya guna cuka sepeperti dalam gambar ini), gula & garam. Sejukkan sebentar.
P/s: Kena didihkan/masak dulu cuka & air ni untuk tujuan supaya cili jeruk kita tahan lama dan tidak berkulat.
Masukkan air cuka & cili padi yang telah sejuk ke dalam botol dan bolehlah di simpan dalam peti ais. Esok-esok dah boleh makan dengan kuey teow goreng.
MW: Nak bagi ranggup kena rendam dalam air kapur dulu. Nanti bolehlah buat kat rumah.
Bawang Merah antara keperluan dalam masakan yang boleh dikatakan wajib dibeli setiap kali membeli barangan keperluan dapur. Namun harganya boleh tahan juga mahalnya. Jika mak-mak yang suka berkebun tu, ada baiknya cuba tanam sendiri bawang merah di rumah. Lebih jimat, organik dan bebas racun serangga.
Ada pelbagai teknik dan cara nak tanam bawang merah.Tapi pastikan sebelum tanam kena potong bahagian atas Bawang Merah dulu barulah tunasnya cepat tumbuh!
Tujuan bahagian atas dipotong adalah supaya tunas cepat tumbuh. Bawang yang tidak dipotong akan lambat perkembangan.
Boleh dicampurkan 1 bahagian tanah hitam, 1 bahagian cocopeat dan 1 bahagian tanah organik. Asalkan tanah poros dan tidak menyimpan air dan lembab.
3. Sediakan tapak tanaman atau boleh di tanam dalam polybag.
4. Tanam bawang dalam tanah tadi dalam keadaan separuh tenggelam. POKOK BAWANG MEMERLUKAN CAHAYA MATAHARI MAKSIMA UNTUK MENGHASILKAN BAWANG. Jangan tanam tempat yang bernaung.
Siraman perlu juga dilakukan 2 kali sehari tapi pastikan tiada air bertakung. Ini merosakan kualiti bawang.
5. Daun-daun bawang akan mula tumbuh dan bercambah dalam masa 10-12 hari.Pada masa ini bawang harus ditimbus sepenuhnya. Biar hanya daun yang kelihatan. Dalam masa 20-30 hari akan tumbuh sehelai daun yang agak keras dari daun-daun yang lain dan atasnya ada sedikit bonjol. Ini adalah kuntum bunga bawang. Potong kuntum bunga ini kerana bunga akan menghisap nutrient yang banyak, pembesaran bawang akan jadi terbantut.
6. Bawang akan terhasil selepas 35-45 hari penanaman. Apabila daun bawang semua telah bertukar kuning dan layu, bawang telah sedia untuk dituai.
NOTA
1. Kaedah penanaman bawang putih adalah berbeza.
2. Pokok bawang dan pokok daun bawang ada lah dua pokok yang berbeza.
3. Elakkan mengambil daun bawang untuk kegunaan. Kualiti bawang akan terjejas. Penghasilan bawang akan berkurang.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka berkebun nak cuba tanam bawang merah sendiri di rumah boleh ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Pastikan potong dulu bahagian atas bawang merah sebelum tanam barulah ia cepat bertunas.