Pernah tak terjadi, microwave oven yang kita guna jadi berasap, meletup dan keluarkan percikan api. Memang risau nak guna, mulalah rasa microwave rosak, kena beli yang baru ataupun nak kena hantar repair.
Sebenarnya sebelum plan nak tukar baru atau hantar repair, boleh check dulu keadaan “Mica Sheet” yang ada dalam Microwave tu. Sama ada masih elok atau rosak. Boleh tukar sendiri je, modal pun tak sampai RM10.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang rasa oven tu “rosak”, jangan terus nak beli baru atau repair hantar ke kedai. Cuba tengok dulu keadaan “Mica Sheet” nya elok lagi atau dah rosak. Tukar, pasang baru kos tak sampai RM10 pun. Selamat Mencuba!
Negeri Sembilan memang terkenal dengan masakan Masak Lemak Cili Apinya. Rasa pedas, masam, masin, manisnya kena semuanya secukup rasa. Namun walaupun simple, masih ramai yang anggap susah dah tak jadi buat masakan ni. Apatah lagi bila pecah minyak, kuah jadi berketul-ketul dan tak cantik. Sebenarnya nak buat Masak Lemak Cili Api ni ada cara dan tekniknya. Bahan-bahan yang digunakan pun kena betul dan tepat.
“Saya perasan ramai yang kata masak lemak cili api Negeri Sembilan susah.”
Pada saya ia antara masakan paling mudah.
Tak perlu banyak bahan.
Tak perlu minyak atau tumisan.
Tak perlu tunggu pecah minyak.
Okay, bukan tak perlu, sebaiknya jangan pecah minyak.
Masak lemak cili api mengambil konsep bak kata orang kampung saya; “less is more”.
Cili api, sebaiknya cili api kampung.
Cili api import boleh tapi kurang wangi.
Dan kena banyak.
Garam. Lautan boleh, bukit boleh.
Ikan masin pun boleh
Ikut suka mana yang ada. Asam keping boleh, bacang boleh, kulit atau daun rambai boleh, kundang boleh, daun mulberry pun ada yang pakai. Macam saya harini, sebab belimbing buluh tepi rumah tengah berbuah, itu yang saya guna.
Orang Negeri Sembilan kurang suka manis sebab memang kebanyakan dah sedia manis dipandang .
Setahu saya elemen manis yang dibenarkan hanyalah serai(masakan daging atau ayam) dan santan. Gula adalah dilarang sama sekali.
Walaupun rasanya lemak, santan memiliki kandungan lemak tepu (lemak jahat yang rendah). Hal ini berubah jika santan pecah minyak.
Sebab itu pentingnya santan tak pecah minyak, selain rasa lemak berkrim ia lebih sihat.
Santan kena pekat. Disamping kerana kekuatan lemak cili api pada rasa lemaknya,seperti yang saya sebut diatas, ia memberikan rasa sedikit manis yang tak membunuh rasa elemen elemen lain.
Saya punya formula, 1kg santan untuk 1kg bahan (daging, ayam, ikan) Tambah air kosong/masak sama banyak dengan santan.
Santan kotak boleh tak? Boleh juga.
Biasa santan kotak pekat lagi, jadi kena campurkan dengan air siap siap sebelum masuk (kacau elok elok atau blend je terus)
Ini elemen tambahan yang dapat menaikkan lagi kesedapan sak lomak cili api. Boleh ada boleh tidak, bergantung ada tidaknya bahan atau kesukaan. Peria boleh, daun maman boleh. Hari ini saya guna daun pegaga.
Ini wajib. Serbuk ke, buku ke, pada saya sama saja rasa lebih kurang cuma serbuk lagi senang simpan.
Teknik yang paling penting elak pecah minyak; api sederhana kuat, sekejap sekejap kacau. Kalau rasa api kuat sangat, perlahankan tapi tetap kena kacau. Santan kalau biar api perlahan dia pecah minyak. Kalau biar api kuat sangat atau tutup nanti dia berketul. Bila santan mendidih dan menjadi pekat, tutup api. Biasanya dalam 10-15 minit.
Jangan risau, masa mula mula tutup api nampak macam cair sikit.
Tunggu kejap lagi.
Cenggini.
Rencah bila nak masuk? Bergantung pada rencah apa. Rencah yang ambil masa lama nak masak sebaiknya direbus dengan serai kunyit dan garam dahulu. Bila dah lembut baru masukkan santan.
Ada juga yang masuk terus santan sampai masak tapi kena selalu kacau. Saya tak begitu rajin dan berkesempatan.
Kena yakin bahawa gabungan rasa rasa diatas sahaja dah cukup.
Masak lemak ni tak boleh takut takut.
Takut tak jadi lah apa lah.
Kalau dah terpecah minyak sedikit tak apa.
Rasa masih sedap insyaAllah.
Tetap hidang dengan muka yakin dan bangga.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan tu, ikut tip yang dikongsikan ini, barulah jadi. Sedapnya makan dengan nasi panas-panas dan kuah ‘banjir’.
Bagi memudahkan kerja memasak, mak-mak gemar sediakan pes siap-siap di hujung minggu agar proses memasak menjadi lebih cepat terutamanya pada hari-hari bekerja. Pes cili kisar antara pes yang wajib mak-mak buat dan simpan di dalam sejuk.
Namun begitu sesetengah mak-mak berdepan masalah apabila pes cili kisar yang disimpan menjadi berbau dan cepat berkulat. Ikuti perkongsian Nad Adleesya ini supaya masalah mak-mak dapat diatasi segera:
Kak Nad memang akan buat pes cili kering untuk memudahkan kerja memasak. Jadi sekali buat memang sekali banyak.
Jadi untuk dapatkan pes cili kering tahan lama. Ini saja yang selalu Kak Nad akan buat.
Cili kering 2 labu bawang putih
1. Guntingkan dahulu cili kering untuk lebih senang membuang biji-bijinya.
2. Basuhan pertama, cuci dengan air biasa.
.
3. Kemudian, baru rendamkan dengan air suam yang telah ditapis. Jangan sesekali gunakan air paip. Biarkan sekejap.
4. Setelah cili kering kembang, baru masakkan cili kering bersama bawang putih. Boleh tengok cara-caranya di dalam gambar. Masak dengan air yang sudah di tapis juga sampai mendidih. Tutup api.
.
5. Biar sejuk sedikit, kemudian tapis dan kisar macam halus. Kalau agak kering, tambahkan sedikit air anggaran 1/4 cawan. Kisar sedikit demi sedikit sehingga cili kering habis.
6. Masukkan dalam bekas kedap udara dan setelah sejuk baru simpan di dalam peti ais.
MW: Selepas ini, mak-mak tak perlu risau dan bimbang pes cili kisar berbau atau berkulat. Cara ini akan membuatkan pes mak-mak lebih tahan lama. Lebih mudah jika mak-mak dapatkan pengisar yang lebih bagus di sini.
Biasanya selepas menggunakan blender untuk kisar cili, bawang, kunyit dan sebagainya biasanya bau dan warnanya akan melekat pada bekas tersebut. Jadi masalah bila ada satu blender je dan nak digunakan untuk kegunaan lain pula, seperti kisar adunan kek atau air buah. Jangan risau, boleh atasi bau yang melekat ni dengan tip yang dikongsikan daripada Dapur Ibu ni.
“Saya ada 1 je jag blender. inilah jag untuk blend bawang / cili / blend air buah / blend adunan kek jugak.Dan setiap kali lepas guna, saya akan cuci dengan soda bikarbonat + garam + sabun pencuci pinggan. Blendkan semua bahan ni. Cuci bersih.”
“Segala bau semua hilang ye. Dan garam tu jugak befungsi untuk menajamkan lagi pisau blender tu.”
Ada yang buat macam saya jugak tak ?
Sukatan :
2 sudu soda bikarbonat + 2 sudu garam kasar + pencuci pinggan (ni agak-agak je ) + air 2 cawan
Air blend tu nanti saya akan guna untuk cuci pinggan mangkuk. Dan hasilnye pinggan mangkuk akan lebih bersih.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi setiap kali lepas guna blender, bolehlah bersihkan ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah bau yang melekat semua hilang.